Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Thursday, May 13, 2010

Ganas & Kejam Betul: 7 Kanak-kanak Mati Ditetak

Isss...teruk betullah manusia. Entah apa yang difikirkan ye. Sampai nak bunuh & tetak orang. Dahlah tu budak2 tadika, kecil lagi. Kasihan betul jadi mangsa manusia yang kejam ni. Itupun gara2 sebab sekolah tadika dibuka semula walaupun perjanjian sewaan telah tamat tempoh.



HANZHONG – Seramai tujuh kanak-kanak, seorang pengusaha tadika dan ibunya mati ditetak bertubi-tubi oleh seorang pemilik hartanah di utara China semalam dalam insiden keganasan terbaru melibatkan murid tadika.

Insiden tragis itu yang berlaku di sebuah tadika di Hanzhong, wilayah Shaanxi berakhir dengan penyerang berkenaan membunuh diri.

Ia merupakan serangan kelima melibatkan kanak-kanak dalam tempoh kurang dua bulan di sebalik tindakan pemerintah yang mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar sekolah-sekolah di negara berkenaan.


Agensi berita rasmi Xinhua memetik seorang pegawai di Jabatan Kecemasan Shaanxi sebagai berkata, serangan itu dilakukan oleh seorang lelaki, Wu Huanming, 48, yang bersenjatakan sebilah pisau pemotong daging.

Serangan ganas itu berlaku semasa tadika tersebut baru dibuka.

Seramai 11 lagi kanak-kanak cedera dengan dua daripada mereka parah.

“Pembunuh itu kemudian pulang ke rumahnya dan membunuh diri,” lapor Xinhua yang memetik kenyataan seorang pegawai tempatan, Wu Xiaoyan.

Siasatan awal polis mendapati Huanming telah menyewakan sebuah rumah untuk dijadikan tadika.

Namun, dia marah selepas tadika itu masih digunakan walaupun perjanjian sewaan telah tamat pada April lalu. – AFP,kosmo

Makin banyak berita mgenai pembunuhan kita dengar. Seram sejuk juga dibuatnya. Macam tak aman sudah dunia ni. Moga Tuhan lindungi kita semua. Amen.

4 comments:

Mr. Asada said...

mak aih.. orang tu nak mati, mati la sorang.. ni nk ajak orang lain, apedehal??

hurmm.. byk sangat dah kes bunuh skrg, mana2 dah jumpa. seolah-olah perkara biasa. uhh!

Admin said...

itulah...cubalah mati sorg je...tk susahkan org...hehe....entah tll biasa agaknya

.::WaNiE::. said...

:( kejam

Admin said...

mmg kejam...terukan...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."