Credit:Google
Kita ni kalau terfikir pasal hadiah, pasti ingat benda2 yang boleh nampak & dimiliki je, yang boleh dibeli di shopping complex. Sebenarnya ada banyak benda lain yang boleh kita beri kepada sesiapa sahaja yang anda ingini & kasihi tanpa melibatkan kos yang banyak, malah free pula tu. Cuma yang penting keikhlasan hati anda je.
Disini disenaraikan 10 hadiah yang paling senang dan sesuai anda berikan kepada yang dikasihi. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
Sumber: TentangCinta
Semua hadiah ni menarikkan. Senang je kalau nak buat pun.Tak melibatkan kos langsung, yang diperlukan hanya keprihatinan & kejujuran hati anda saja. Betul tak?
5 comments:
yg last best..org kdg2 tlupa tntg i2..tmasuk sy..huhu
banyak nya hadiah..
mmg selalu terlupa..
hehehee
biasalah tu..bukan dpt ingat semua..ha2
hadiah terima ksih tade ke?
"terima kasih untuk entri ni"..
boley buat seseorang rasa dihargai kan?ngaa~
btl tu kembatolo...terima kasih...he3
Post a Comment