Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Friday, April 30, 2010

Anak Kelawar Yang Kuit Miut....Jom Tengok!

Pernah tengok anak kelawar tak? Kalau tak pernah..nah tengok bawah tu. Kuit miut tak anak kelawar tu? Aku pun 1st time tengok anak kelawar ni. Yang emak bapak kelawar dah biasa tengok. Manusia kelawar pun pernah tengok...ha3. Nak tahu siapa manusia kelawar? Batmanlah!


Tattoo Di Perut Perempuan Mengandung....Nak Buat Ke? Elok Jangan!

Macam2lah manusia ni, suka buat hias2 kat perut. Cantik meh? Bagi mereka yelah. Bagi anda macam mana pula. Bagi orang muslim, buat tattoo tak elokkan. Payah nak tanggalkan nanti. Kalau tattoo sementara bolehlah tanggal. Kalau yang kekal tu. Kena siat kulit kot...ha3.



Apa2 pun jom tengok aneka tattoo di perut perempuan mengandung ni. Ada yang menarik, ada yang entah apa2. Mgikut citarasa sendiri...kan.
 

Alamak 'Love Bite' Macam Mana Nak Hilangkannya Ni? Malu Nanti Orang Nampak. Nak Tahu Baca!

Credit:Google

Agak memalukan sekiranya 'love bite' kelihatan di leher anda, ia pasti akan menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai gelaran, ini pasti mbuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Memang malulah...kalau saya pun...ha2.

Takut digigit…!!...mcm vampire pula nak gigit2 orang. Ha ni ada cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite tu. Makluman.....'love bite' ni jangan amalkan ye...khas buat yang dah kahwin. Yang belum tu tunggu lepas kahwin ye. Jangan nak pandai2 pula. Dosa tau!


1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.


2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.


3)Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.


4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.


Dah tahu caranya, so jangan lupa guna. Kalau tak orang sekeliling jeling2 semacam je. Pasti fikir yang bukan2. Nanti malu pula anda. Then tak mahu buat 'love bite' pula. Nanti merajuk pula suami anda..ha3.

Cucu Tak Guna, Nak Rompak Nenek Pula!

Apa nak jadi dengan generasi sekarang. Makin teruk betul. Cucu, yang ada hubungan darah daging sendiri sanggup bersubahat dengan perompak untuk rompak neneknya yang dah tua tu. Isss....tak guna punya cucu. Kalau nak duit, cubalah perah tenaga tu cari kerja. Buat pe nak buat kerja berdosa & memalukan ni.


Dahlah tu merompak nenek sendiri. Apalah teruk betul perangai. Kan dah kantoi. Nak tunjuk muka kat mana dah. Jenis cucu macam ni, patut simpan dalam penjara je. Merengkuk sampai tua...ha2. Jahatnya aku...tak elok2.



Petikan:KOSMO

Malang bagi seorang nenek apabila cucu sendiri bersubahat dengan tiga penyamun dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Jawa, Panchor di sini semalam.



Menurut Ruliah Abu Bakar, 75, ketika kejadian, dia sedang berbual bersama cucunya itu, Siti Napisah Harun, 14, sebelum didatangi tiga individu bermotosikal.


Ketiga-tiga suspek, dua lelaki berusia belasan tahun dan seorang wanita berusia 40-an itu sempat memberi salam sebelum naik terus ke rumah dan menyamun mangsa.


Ruliah berkata, dia langsung tidak menyangka ketiga-tiga suspek itu akan menyamunnya kerana wanita berkenaan adalah kenalan Siti Napisah.


Katanya, seorang suspek lelaki terus menutup mulut dan tangannya diikat dengan kain sebelum menutup kepalanya dengan kain tudung.

Selamat Hari Buruh Semua.....Blogger Anda Kerja Ke Hari Ni?

Credit:Google




Hai hai semua. Awal bangun...he3. Aku pun nak tuju ucapan 'SELAMAT HARI BURUH' buat semua buruh2 di dunia ni, termasuklah aku ni. Moga hari ni anda dapatlah relax2 sambil makan angin or p shopping habiskan duit gaji bulan lepas.




Aku dah habiskan semalam. Borong satu shopping complex..ha2. Apa2 pun harap hari ni ceria selalu. Bagi yang masih bkerja hari ni. Tak pelah gembira2lah kerja ye. Bagi para blogger...masih aktif berblog ye hari ni. Tak rehat berblog ke? Mana tau nak p mana2. P dating ke apa. Aku duduk rumah je kot...tengoklah macam mana....oklah chow dulu.

Bila Tak Berblog, Trafik Entah Apa2...Tak Caya Tengoklah!

2 or 3 hari aku tak berblog sangat, bz dengan kerja ofis & farewell dinner bos aku. Update blog pun satu dua entry je. Masa nak blogwalking pula agak terhad. Lebih2 lagi aku dalam kepenatan. Tapi malam ni, semangat pula aku nak update blog.


Yelah, esok cuti, so malam ni berblog sakan. Nampak gaya esok bangun akhir sikit ni. Plan nak jalan2 tak pasti lagi. Lagipun tadi dah keluar shopping beli barang dengan Kak Sal. Banyak juga kami dua beli barang. Sampai tak cukup tangan. Terpaksa berangkut b'ulang2..he3.




Tengok....trafik blog ni turun naik turun turun, bila masa berblog aku terhad macam nilah. Biasalah aku bukannya blogger sepenuh masa. Tak dapatlah nak maintain trafik yang tinggi2 macam blogger lain tu. Aku blog nak suka2 sambil jana duit Nuffnang...he3. Terus terang bah. Buat apa nak sembunyi2 kan? Oklah nak tido, mengantuk dah....nite.

Kau Penyeri Hidupku......Moga Berseri2 Hidupmu Ye!

Terasa boring pula malam ni. Yelah tak ada benda best nak tengok. Dari tadi asyik update blog & blogwalking  je sambil tu baca2 entry yang memikat hati nurani aku ni..he3. 


 Credit:Google

Kau Penyeri Hidupku
Kau hadir entah dari mana
Tiba-tiba menyapaku
Menghulur salam perkenalan
Ku sambut dengan hati terbuka

Hari demi hari
Hubungan kita makin mekar
Semekar bunga di taman syahdu
Seceria mentari menyinari alam semesta

Kau meluahkan hasrat hatimu
Tapi aku masih keliru untuk menerimanya
Kerana aku masih dalam bayangan seseorang
Namun kau tak pernah mengalah

Kau tetap menemaniku
Kau tetap menyapaku
Kau tetap menyeri hidupku dengan bunga sms
Dengan gelak tawa & usikan manja

Kerana sikapmu aku terpaut
Kerana keikhlasanmu aku terpikat
Kerana dirimu aku tertawan
Kerana kesungguhanmu aku tergoda

Sejauhmana perjalanan hubungan kita
Biar takdir saja menentukan segalanya
Andai sudah tersurat dirimu milikku
Aku menerimamu seadanya

Nukilan dari blog....Bicara Sentuhan Cinta


Nukilan yang penuh makna tu. Ada erti disebalik bait kata. Memang agak payah nak terima teman baru dalam hidup, kalau yang lama masih membayangi hidup kitakan. Pasti ada yang pernah alaminya...betul tak? Jangan tipu2. Aku taulah...he3.

Siti Nurhaliza Mahu Rehat Panjang Sebab Nak Dapat Baby? Gossip Je Tu

Credit:Google


Spekulasi & gosip sana sini kedengaran bila Datuk Siti kita ni myuarakan hasrat hati untuk berehat panjang bermula Jun ini selepas bgiat aktif dalam bidang seni suara selama 15 tahun. Biasalah dah namanya gosip, macam2 tanggapan orang kat kita kan. Lebih2 lagi artis tsohor Malaysia ni. Orang tkenal bah, siapa yang tak mahu kepoh2. Aku pun nak turut kepoh juga ni..he3.


Ada orang cakap, Datuk Siti nak rehat panjang ni sebagai langkah pertama untuk mengundur diri. Ye ke? Alah takkanlah Datuk Siti kita ni nak mgundur dirikan? Dah berada di kemuncak seni sudah. Rugilah nak undur2. Nanti peminat merajuk payah nak pujuk..ha2. Gurau je.


Sumber:Kosmo


Ada pula orang kata Datuk Siti merehatkan diri agar memudahkan dirinya untuk mendapatkan cahayamata yang menjadi idamannya sejak awal perkahwinannya lagi. Emmm...kalau tak rehat, tak dapat anak meh? Gosip ni memang2 tak betul ni. Yalah berehat atau tidak, Datuk Siti bersama suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, sememangnya berusaha untuk ke arah mendapatkan zuriat....tu yang Datuk Siti cakaplah. Bukan aku cakap2. Sebab tu hidup mereka ma.

Dera Anak Guna Rotan, Getah Paip. Gara2 Anak Hiperaktif....Tak Ada Cara Lain Ka? Asyik Nak Dera Je

Entah nak cakap apa dah dengan manusia sekarang. Macam tak msyukuri nikmat diberi oleh Tuhan kepada mereka saja. Nanti Tuhan tak bagi langsung rezeki baru menyesal. Bila dah ada buat macam2 hal...dera sana, buang sini, bunuh sana & apa2 lagilah yang bkaitan.


Kalau ye pun anak tu hiperaktif, janganlah nak dera guna rotan & getah paip sampai luka2 badan budak tu dibuatnya. Pastinya ada cara lain nak didik anak. Tak terfikirkah, dengan cara itu akan buat anak lebih jahat or apa2lah. Mana tau si emak & si bapa pula kena dera. Yelah asyik dera anak je. So anak pun ikut perangai macam mereka....he2. 




MELAKA - Polis menahan pasangan suami isteri selepas disyaki mendera anak lelaki mereka berusia 10 tahun dengan memukulnya menggunakan rotan dan getah paip di sebuah rumah di Umbai, Jasin baru-baru ini.


Pasangan berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 35 tahun Rabu lalu selepas menjumpai kanak-kanak tersebut ketika dia sedang merayau-rayau di sebuah pasar malam di Machap Umboo di sini dua hari sebelum itu.

Thursday, April 29, 2010

Kenapa Dia Menjadi Mangsa.....Sudah Hilang Akal Ke Anda?

Pembuangan bayi & kes penderaan budak2 ni memang tak pernah2 nak surut. Ada2 saja berita gempak membanjiri dada suratkhabar. Tak serik2 orang yang buat dosa ni ye. Agaknya hukuman kerajaan buat terlalu ringan sebab tu kes sebegini macam cendawan tumbuh selepas hujan je.


Entahlah manusia akhir zaman ni. Tak takut dosa sudah. Darah daging sendiri boleh buat macam tu, ni kan bukan darah daging sendiri. Sedangkan binatang sayang anaknya, inikan kita manusia yang Tuhan berikan akal lebih teruk pemikirannya dari yang tak berakal. Nanti kalau Tuhan tak bagi anak, baru tau. Baru nak menyesal tak sudah2. Bila sudah dibagi rezeki, buang macam sampah je.


Kalau dah tahu buat, tahulah tanggung. Jangan pula berkelakuan macam orang tak bertuhan ok. Sayangilah bayi & budak2 yang tak berdosa tu. Hargai rezeki dari Tuhan sebaiknya. Faham tak? 


Tengok gambar bawah ni...kasihankan budak yang kena dera. Kena cucuk dengan putung rokok. Orang yang buat perkara ni memang tak berakal. Tak sakit ke bodoh. Geram betul aku dengan orang macam ni. Cian tengok budak tu. Mudahan orang yang buat perkara ni akan mendapat balasan yang setimpal atas pbuatan kejamnya ini.


Tornado Menganas Di Miri, Sarawak Pada 26 April 2010

Smlm terima mail dr kwn2 psl tornado yg myerang miri 26 April 2010.
Terkejut juga tengok, ptama kali dengar.
Fikir di Malaysia tak ada tornado.
Cuba tanyalah member btl ke bandar miri ni.
Dia cakap...btl...so btllah.
Harap tak de korban nyawa hendaknya.
Setakat ni tk dengar apa2 pun or aku yg ketinggalan..ha3.

Apa Ada Dengan Simplysiti?


Tahniah buat Datuk Siti Nurhaliza sebab dah menjadi usahanita yang pastinya berjaya dengan kepopulariti yang ada segala impian akan tercapai. Kalau produk berkualiti lagilah bagus. Dapatlah setanding produk yang berjenama di pasaran dunia hendaknyalah. Mana tahu akan datang. Rezeki sorang2kan?


Ni nak tanya apa ada dengan Simplysiti ni? Pastinya ada apa2lah, kalau tak. Takkan ramai peminat Datuk Siti ni myerbu store yang berdekatan untuk mencuba produk kecantikan siti ni. Mana tau dapat secantik & sesimple siti...kan?



Bersemangat Datuk Siti kita ni, siap turun padang dan mengeluarkan idea demi menghasilkan produk terbaik untuk pengguna. Malah beliau sendiri turut menggunakan produk kecantikan dan kosmetik Simplysiti sejak ia dipasarkan sekitar dua minggu lalu....entah bila, saya pun tak tahu...tanyalah sendiri..he3.

Farewell Dinner Buat Bos - Hadiah Terindah

Credit:Google

Terasa masih penat lagi hari ni. Pagi tadi check stock di warehouse. Sampai berpeluh2 dibuatnya. Panas betul. Nasiblah dapat habis cepat. Smlm tak dapat berblog sangat. So trafik agak kuranglah sikit. Sedih tengok...he3.


Tapi semalam sebelum keluar pergi farewell dinner, sempat buat entry untuk instant cash project alpha week 9. Tiba2 pula ada topik baru. Fikir dah habis dah. Buat gempak je. Entah dapat jd 50 org btuah ke tak? Tak pelah sekadar cuba nasib...kan?


Farewell dinner semalam buat Admin Manager saya. Beliau akan ditransfer ke tempat lain. Biasalah arahan bos besar kenalah ikut. Sedih juga bila tau beliau ditransfer tempat lain. Beliau dah macam ayah bagi kami orang. Walaupun agak cerewet sikit namun memahami. Tu yang bestnya. Nampaknya gaya selepas beliau pergi, management akan berubahlah next month. Entah macam mana agaknya.


Bagi mengenang jasa beliau kami semua admin staff beli cenderahati buat beliau. Taklah mahal sangat, yang penting kami ikhlas memberi..betul tak? Ni ha....hadiahnya:

Angsa Pintar Cari Veterinar Bagi Menyelamatkan Dirinya

Memang pandai btl angsa ni.
Cari veterinar bg myelamatkannya dr panah yg tertusuk di badannya.
Kasihan btl angsa nikan.... jd buruan pemburu angsa.
Nasib baiklah angsa ni selamat & hinggap ditempat yg btl.


NEW JERSEY, Amerika Syarikat - Seekor angsa hinggap di sebuah laman seorang doktor dekat Kettlecreek di Sungai Toms, di sini dengan sebatang panah pemburu sepanjang 66 sentimeter yang tertusuk di badannya.


Seorang pesara doktor haiwan, Bernard Levine, 82, telah membantu menangkap angsa tersebut sebelum melakukan pembedahan dengan mengeluarkan anak panak dan beberapa peluru penabur serta memindahkannya ke pusat pemulihan burung terbesar negeri itu.


"Angsa ini sangat bijak. Ia singgah di laman seorang veterinar yang boleh membantu menyelamatkan dan menjaganya," kata Dr. Levine.


Setelah ia pulih daripada kecederaan di pusat pemulihan berkenaan, angsa tersebut dilepaskan ke sebuah terusan pada minggu lepas. -KOSMO

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Alamak nak tengok blog sendiri pun kena pergi CC. Boringnye. Nak berblog ke mana saja aku berada pun payah. Kalau macam tu nak update entry baru susahlah. Tak pasal2 trafik blog aku menjunam turun. Ni aku tak suka ni kalau asyik bawa modem yang bersambung berjela2 wayarnya semata2 nak online surf internet. 

Malah nak buat pembayaran secara online pun payah kalau macam tu. Nak chatting dengan member tersayang pun masalah. Alahai.........tak ade ke broadband yang menyenangkan hidup aku ni. Opp...apa ni P1 Wimax.

http://projectalpha.com.my/download/week9a_img.png

P1 W1max, macam best je. Memanglah produk yang makin hangat di pasaran sekarang. Nuffnang pun ada promote melalui project alpha. Kalau engko orang perasanlah. 

P1 W1max ni memang menawan kalbu. Reka bentuk & warna hitam yang memang coollah boleh menambat hati nurani anda. Bukan saja perkhidmatannya yang pasti memuaskan anda melayari internet dengan kelajuan yang tinggi, malah anda boleh bawa p1 W1max ni ke mana saja anda berada.

Tuesday, April 27, 2010

Entry Tengahari Yang Entah Apa2

Credit:Google

Ni 1st time buat entry tengahari ni. ambil kesempatan masa rehat sejam. Entah apa nak bebelkan ye? Rasa blank pula otak nak fikir.


Apa2 pun bagi yg syok mjamu selera, jangan lupa tinggalkan sikit utk saya ye...he3. Walaupun dah kenyang tapi nak juga makan. Tapi tak mau makan sampai badan naik. Nanti payah nak turun. Naya pula. Kena buat senaman hari2 pula kerjanya nanti.


Hari ni kerja oklah sikit. Lagipun cuaca mendung je. Hujan sekejap tadi. Malam nanti nak pergi dinner farewall untuk bos tersayang. Cewah. Bukan sayang sangat pun. Sebab dia baik, so pergilah. Lagipun makan free, siapa tak mahukan. Oklah tu je...nk siap turun kerja lagi ni. Petang nanti jumpa lagi. Cuma mlm tak dapat jumpa...hehe. Ada dinner...chow dulu.

Pertama Kali Dalam Dunia Blog Kena Tag...Kenalah Jawab Ni!!

Credit:Google

Baru perasan ada tag dari Shidi Shah. Nampak gaya kena balas tag beliau ni. Sebenarnya nilah julung2 kalinya aku dapat tag. Dulu aku fikir apa ke bendanya binatang ni..he3. Lama2 barulah aku faham sikit. So...mlm ni aku cuba balas tag beliau ni. Lepas tu cari mangsa utk kena tag lagi...ha3.

1. 5 org yg idop kat dunia neyh yg korg tak boleh lupe??

a)My family...ofcozlah.
b)My 1st bf..he3
c)Saudara2
d)Kawan2 yang baik hati
e)Teman hidupku


2. 5 benda yg korunk sayang nak buang??

a)Laptop kesayanganku
b)handphone 

c)cermin mata
d)gambar kenangan
e)sijil...apa2 sijillah

3. 3 benda yg korunk impi n akan jadi kenyataan satu hari nanti ?

a)punyai suami baik hati
b)kahwin
c)mau anak

4. based on question 3,,why??

a)sbb aku mau hdp bahagia
b)sbb nk hdup bhgia dgn buah hati
c)sbb nak ada generasi baru...he3


5. tyme bukak lappy website pe yg selalu korunk buka dulu??

Nuffnang, blogger

6. 5 org yg korunk nak tagged

 
sapa agaknya yg mjadi mangsa seterusnya.....



1)Kyuubi
2)Wanie
3)Syahira
4)Secret
5)Mathsensei


The end..................tu je.

Cerita Kedai Kopi Nuffnang: Trafik + Buffered Earning

Cerita kedai kopi malam ni tklah menarik sangat. Tengah penat ni. Nak fikir apa nk tulis pun macam no idea je. Tapi tetap bersemangat nak berblogwalking lagi. Misi balas membalas kunjungan blogger lain yang baik hati..he3.


Minggu ni, blog aku ni tak de kejutan menarik sangat macam minggu lepas. Biasa saja. Cuma sekarang trafik maintain 200+ pengunjung sehari. Oklah dari bulan2 sebelumnya yang cuma 100+ pengunjung je. Walau apapun aku nak naikkan trafik blog ni ke angka 400+ pengunjung mcm hari tu. Namun rasanya agak sukar sikit sebab aku ni bukannya berblog sepanjang masa.


Lainlah orang lain yang sentiasa ke mana je ada internet kat depan mata. Aku ni banyak kerja kena buat. Amboi macamlah aku je kerja..ha3.



Nilah jumlah pengunjung blog aku ni minggu ni. Ok tak? Bolehlah, ramai jugakan. Cuma tak mampu nak kalahkan otai2..ha3. Mimpi betullah aku ni, nak ikut jejak mereka.



Hari ni dapat rezeki lagi. Satu buffered earning baru. Pasal fashion2 punya. Kalau sudi terjahlah. Bagi yang serius nak tahu je ok. Yang saja2 nak main klik2 tu tak payah. Tinggal jejak je ok. Nanti aku akan myusur dari belakang. The End.

Kepenatan Kembali Berulang....Pernah Rasa Ke Macam Tu?

Penatnye....Credit:Google

Terasa penat betul hari ni. Ni pun baru balik kerja OT. Nak siapkan semua kerja check invoices & posting clerk lain buat. Due date hujung bulan ni. Dahlah tu sibuk dengan briefing untuk sistem baru fixed asset. Lusa pula ada stock take di warehouse. Aduh makin memenatkanlah macam tu. Hope dapatlah siapkan esok semuanya.


Biasalah dah namanya kerja, macam tulah kan. Anda pernah alami macam ni juga kah? Maybe lagi busy dari saya. Kalau yg duduk rumah jadi surirumah tu, busy hal lain pula. Kena uruskan urusan rumahtangga. Kalau ada anak ramai yang masih kecil2 tu & nakal2, rasanya lebih penat lagi nak layan. 




Bestnye time penat2 macam ni ada orang tolong urutkan. Macam kucing atas tu. Senyum bukan main lagi. Ha3. Apa2 pun yang penting hujung bulan dapat apa??? Dapat gajilah...he3. Oklah nak berblogwalking ni. Chow dulu....bye!.

Monday, April 26, 2010

Cerita Kedai Kopi Nuffnang...Apa Ada Pada Nuffnang Blog Ni?

Cerita kedai kopi Nuffnang aku taklah menarik seperti otai2 kita yang lain. Mereka tu terror bangat...ha3. Dah campur Indon pula bahasa. Betul bah aku cakap, blog aku ni belum setahun jagung lagi. Kalau tak aku dah masak or goreng habis2. Makan sampai kenyang..he3.


Oklah hentikan kata2 merepek tu. Kita tengok apa yang best sangat pasal Nuffnang aku minggu ni. Ehem...sebelum tu nak bagitaulah. Ni bukan khayalan or fantasi engko orang tapi realiti yang ada di blog aku ni. Kalau fantasi, gambar kat bawah ni hanya ilusi saja. Betul tak? Tapi jangan jeles kalau ia realiti.



Ini bukan nak tunjuk lagak tapi semangat buat blogger seperti aku ni. Think positif ok. Kalau negatif, negatiflah fikiran anda selamanya. Betul tak? Nilah hasil tuaian Nuffnang aku selepas bulan 2 (ingat2 lupa) aku cashout income pertamaku dari Nuffnang. 


Taklah banyak sangat pun. Tak macam otai2 kita yang dah beribu-ribu lemon mereka dapat. Aku ni sekadar blog fantasi yang aku nak realitikan. Entah bila, tak tahulah aku. Semua ni nak tahu hasil dari mana. Paling banyak melalui instant cash project alpha. Kalau tak de project alpha ni, tak dapatlah aku merasa income sebanyak ni...he3.

Rozita Che Wan Cantik Ke? Berbunga2 Sudah Hati Beliau Sekarang, Kenapa Ya?

Gambar Dr: Kosmo

Anda rasa Rozita Che Wan ni Cantik ke? Bagi aku makin cantik & menawan je dalam gambar tu. Janda berhias yang cun kan? Paling suka tengok, bulu mata beliau tu. Pandai betul beliau menghiaskan diri ye. Lebih2 lagi lepas jadi single. Makin mengancam.


Walaupun dalam dunia artis ni banyak pancaroba, Rozita Che Wan ni terpaksa terima. Nak buat macam mana dah pilih nak jadi artis. Kalau orang gossip & mengata tu, terimalah seadanya ye. Nak simpan dalam hati sangat tak guna juga. Terpaksalah makan hati berulam jantung...he3.


Sanggupkah Anda Lari Berbogel, Gara2 Takut Kena Cekup Polis?

Ini bukan gambar bogel..ha3...lari

Adat dunia ada manusia baik, ada manusia sebaliknya. Semuanya dengan perangai & sikap sendiri. Tapi kalau dah buat salah tu, eloklah mengalah jelah. Dari anda sanggup berbogel lari sebab takut kena cekup polis. 


Memang memalukan bila tengah syok buat projek mega, kena serbu dengan pihak polis. Nak pakai baju tak sempat, terus lari berbogel je. Alamak...malunya aku tengok? Jangan bayang lebih2 ok...ha2. Dahlah tu dapat kena tangkap lagi. Makinlah memalukan. Aduh2...merah muka. Nak sembunyi kat mana muka malu tu ya...ha2. Amboi aku ni gelak kat orang je. Minta dijauhkan dari pkara tak baik ni.

Credit:Kosmo

Hari Isnin Hari Yang Memenatkan, Betul Tak?

Credit:Google

Ramai yang tak suka hari isnin. Kenapa? Sebabnya, sebelum hari isnin kan hari ahad. Time orang lepak2, pergi shopping, pergi enjoy & banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan serta memenatkanlah. Bila esoknya hari isnin, semua muka nampak penat & tak semangat nak kerja sebab dah banyak tenaga luangkan pada hari ahad. Betul tak?


Lagipun nak bangun pagi2 hari isnin memang malas punya. Yelah hari ahad maybe ada yang bangun lewat. Nak balas dendam katakan...he3. Hari isnin juga memang banyak benda kena uruskan terutama yang bekerja. Kalau surirumah tu, tak payah cakaplah. Mereka ada rutin harian sendiri. 


Bagi yang kerja di pejabat tu, memang tak ceria sangat di pagi isnin. Banyak kerja mahu disiapkan. Entah2 bertimbun2 kerja yang menanti. Pengsan juga nak siapkan pada tempoh masa yang diberi oleh majikan...kan?



Sunday, April 25, 2010

Blogger Oh Blogger. Anda Jenis Blogger Yang Macam Mana?


 Credit:Google


Sekarang rata2 kebanyakan remaja mempunyai blog sendiri. Pelbagai jenis blog mewarnai dunia maya kita ye. Bermacam-macam cerita yang dipostkan. Ada yang menarik hati dan sebaliknya. Ada pula yang coretkan pasal kehidupan peribadi, info terkini, gossip artis, tips2 berguna, makanan, traveling, giveaway dan banyak lagilah. Tak larat nak tulis kat sini…he3.


Dalam asyik berblog ni, anda sebenarnya kategori blogger jenis apa? Blogger friendly, blogger mulut laser, blogger gossip2, blogger sombong, blogger pemalu….dan sebagainyelah. So mana satu anda? Kalau saya tak tahulah. Terpulang kepada pengunjung sendiri menilainya.


Saya ni masih baru dalam dunia blog, banyak lagi yang perlu saya pelajari. Biasalah masih merangkak lagi. Gaya penulisan di blog pun tak cukup matang dan menarik seperti otai2 kita. Tak mampulah nak ikut jejak mereka tu. Lagipun saya just mahu jadi blogger sempoi je. Blog untuk suka2 sambil jana duit online bersama kekasih hatiku Nuffnang.

Perlukah Jual Maruah Diri Untuk Biayai Teman Lelaki? Berbaloikah?

Just hiasan je-Credit:Google

Dalam dunia bercinta bermacam-macam berlaku yang menagih satu pengorbanan yang tak terkira nilainya. Tapi perlukah berkorban menjual maruah diri semata-mata untuk biayai teman lelaki? Just teman lelaki yang belum pasti menjadi hak milik anda.


Dan pasti belum tentu teman lelaki anda itu menerima anda setelah anda sanggup menjual diri anda. Tak terfikirkah anda, kalau betul teman lelaki anda sayang anda. Masakan teman lelaki anda sanggup menyuruh anda biayai dia dengan cara menjual diri. Tidak adakah cara lain yang lebih baik dari memilik jalan yang membawa penyesalan di penghujung hari.


Kita tak pasti apa akan berlaku di kemudian hari dan kita tidak tahu apakah yang sebenarnya teman lelaki anda mahu. Entah2 teman lelaki anda itu sekadar ingin mengambil kesempatan ke atas anda yang terlalu menyayangi dia. 

Saturday, April 24, 2010

Cantikkan Wajah Anda Di Hujung Minggu.....Pasti Si Dia Tertawan Nanti, He3

Credit:Google

Kecantikan wajah amat dititikberat oleh semua wanita. Tak kiralah wanita tu dah sedia cantik or sebaliknya. Penjagaan wajah menjadi tangga teratas dalam kehidupan harian setiap wanita. Tak kira tangga mana satu pun, ia tetap or mesti ada dalam kamus hidup seorang wanita.


Bagi wanita kecantikan itu amat penting kerana kecantikanlah yang mampu menarik & memikat hati lelaki. Tapi taklah semua wanita berfikir ke arah itu saja. Jangan salah faham ok. Semua perkara sebenarnya penting. Namun menjaga kecantikan wajah perlulah diutamakan bagi seorang wanita.


Selalunya bagi wanita yang bkerja, waktu hujung minggulah amat sesuai untuk anda relax2 sambil membuat penjagaan wajah dengan masker or apa2 jenis barangan kecantikan yang anda mampu beli ye. Belaikan wajah anda & berilah ia kenikmatan vitamin serta kesegaran, agar wajah anda semakin ceria & berseri selalu. Dengan itu kekasih hati or suami anda makin terpikat & terpegun melihat keayuan anda.

Blog 'Fantasi & Realiti, Duniaku' Berada Di Bloglist Ben Ashaari....Percayalah Ye!


Hari tu saya ada buat entry psl nk masuk bloglist Ben Ashaari ni. Ni entrynye....'Sebab Perlu Berada Di Blog List Ben Ashaari'.


Hari ni saja terjah blog beliau, tengok entry tbaru beliau. Entry terjah menerjah blog blogger lain. Beliau ni memang rajin nak trejah blog blogger. Entah bila agaknya giliran blog saya pula ye. Lama lagi maybe. Beratur tunggu giliranlah. Takkan nak potong line pulakan?


Sebenarnya baru perasaan link blog saya ni berada di bloglist Ben Ashaari. Tak percaya ka? Percayalah kerana ia benar...ni ha, buktinya. Kalau masih ragu...check blog Ben Ashaari sendiri di section Top 5 Newbie.


Kalau saya selalu update blog memang akan berada di tangga top 5 tu. Dah puas...percaya? Hehehe....apa2 pun thanks kepada Ben Ashaari sebab sudi letak link blog saya ni di bloglist beliau. Hope makin cerialah blog saya ni ye...he3.

3 Rahsia Lelaki Yang Wanita Mesti Tau!.....Wajib Ke Tahu Ni? Payah Betul!

Hiasan Je - Credit:Google

Bila myentuh mgenai rahsia, setiap lelaki mahupun perempuan mempunyai rahsianya sendiri. Tak kira besar ataupun kecil, rahsia tetap rahsia bagi sesetengah orang. Yelah hak setiap orang ma. Betul tak? 


Ni entry khas untuk panduan kaum wanita....ingat anda perlu tahu 3 rahsia penting lelaki ni bagi mgekalkan hubungan yang bkekalan. Sama ada betul ke tak rahsia ni, anda boleh tanya kaum lelaki kerana mereka lebih tahu mgenai diri mereka sendiri. Sebab tak semua yang kita tahu, sama dengan apa yang ada dalam fikiran mereka. Biasalah setiap orang lain2 fikirannya.


3 rahsia lelaki itu ialah..........

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

Maut Dalam Longkang, Akibat Berkhalwat........Balasan Atas Dosa Yang Dilakukan

Iss...bahaya juga ye, sampai mati macam tu skali.
Jatuh dari bangunan terus meninggal dlm longkang.
Adakah itu balasan yg Tuhan balas atas pbuatan dosanya?
Fikir2kanlah??


Gara-gara takut dicekup pihak berkuasa kerana dipercayai berkhalwat, seorang pelajar lelaki sebuah kolej komuniti nekad melarikan diri dengan keluar melalui tingkap di tingkat lima, Apartmen Jelutong di Selayang Heights di sini awal pagi semalam.
 
 
Bagaimanapun tindakan pemuda berusia 21 tahun itu mengundang padah apabila dia terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Difahamkan, kejadian pada pukul 1.40 pagi itu disedari oleh ahli jawatankuasa masjid berdekatan yang pergi ke rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan berhubung satu pasangan bukan muhrim yang bersekedudukan.

Ini Impian Fantasiku, Anda Pula Macam Mana??


 Mimpi fantasiku
(Credit:Google)

Kalau masa sekolah dulu impianku hanya satu iaitu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, Universiti. Impianku itu dah tercapai. Dapat kerja di sebuah syarikat besar dan kerja di bwh air-cond dengan gaji yang agak memuaskan pun dah tercapai.


Sekarang impianku utk hidup lebih senang bukan bermaksud hidup dlm kemewahan. Aku tak impikan suami yg kaya raya. Cukuplah yg rajin kerja dan menyayangiku hingga akhir hayatku di dunia ini. Kalau boleh di alam satu lagi. Ini sekadar impian fantasiku. Kalau realiti alangkah baguskan. Hehe3.


Impian pertamaku selepas mendapat kerja ialah ingin memiliki kereta sendiri. Yelah dah ada lessen takkan tak mau beli keretakan. Itupun mengikut kemampuanku. Kereta idamanku ialah kereta buatan Malaysia je iaitu MYVI. 

Wonder Girls, Apa Yang Best Sangat Tentang Mereka Ni?

Credit:Google

Sebut je Wonder Girls ni, pasti semua tau kan? 4 orang gadis Korean yang cute & seksi terdiri daripada Ye-eun, Sunye, Sohee, Sunmi & Yubin. Mereka ni terkenal dengan lagu 'Nobody'. Saya pun suka dengar lagu mereka ni.Beeeeest.


Sebenarnya apa yang best sangat tentang mereka ni, sampai popular habis? Adakah kerana mereka ni cute miut ataupun sebab mempunyai bentuk body yang menawan & pakaian meraka yang sentiasa seksi?  Sampai kadang2 buat mata lelaki terbeliak keluar. Entah2 ada yang air liurnya meleleh je...ha3. Maybe juga sebab lagu mereka 'Nobody' yang memang sedap didengar?


Apa2 pun sebabnya tpulang kepada individu itu sendiri. Bagi saya lagu mereka memang top hitlah walaupun saya ni tak faham sangat apa mereka nanyikan. Tapi terhibur juga. Lagipun gaya tarian dengan rentak lagu amat menarik hati. Memang tak dinafikan mereka ni mempunyai body yang memang menjadi idaman semua wanita. Saya pun..he3. Oklah...jom layan lagu mereka ni....menari bsama ye!!

Buffered Earning + Trafik = $$$, Wah Bolehlah Tiap Bulan Cashout Ni!



Pemulaan tahun ni, memang musim bertuah bagi semua blogger. Sebab dapat durian runtuh dari Nuffnang. Yang dulu tak dapat buffered earning, sekarang boleh tersenyum gembira. Yelah dapat extra income ma. Siapa tak happykan? Aku punya happy juga dapat banyak buffered earning.


Namun dah berapa banyak earning anda peroleh dari campaign buffered earning ni ya? Kalau trafik macam jalan kura2 je, memang payah nak dapat berpuluh2 earning dari campaign buffered earning ni. Aku pun taklah banyak sangat pun dapat. Cukup makan je. Tapi oklah dari tak dapat langsungkan.


Tadi terjah & terokai sekejap blog eyriqazz. Kenal tak? Takkan tak kenal Great Teacher Onizuka tu. Tak pelah tak kenal. Lambat laun kenallah tu..he3. Beliau ni aku tengok aktif berblog tau. Nak tau berapa beliau dapat earning untuk campaign buffered earning. Hah...tengok gambar bawah ni:


 

Datuk Usia 64 Tahun Cabul Murid Tahun Satu.....Kubur Dah Panggil2, Masih Nak Buat Dosa Lagi

Apalah datuk ni, usia dah 64 tahun tp msh ingat nk buat dosa je.
Adakah murid darjah satu jd mangsa dia.
Kurang ajar betul.
Tak ingat ke? Rumah suruh pergi, kubur suruh datang.
Isss...manusia2 sekarang..payah nk ckp.

Credit:Google

GOMBAK: Tidak ubah seperti manusia bertopengkan syaitan apabila seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di sini, cuba memuaskan nafsu gilanya dengan menjadikan seorang murid tahun satu sebagai mangsa cabul dalam tandas sekolah berkenaan.

Suspek yang layak dipanggil datuk berikutan usianya mencecah 64 tahun menarik mangsa ke dalam tandas sekolah sebelum meraba dan mencabul kemaluan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu.

Namun perbuatan jijik dilakukan lelaki tidak sedar diri itu terbongkar selepas kanak-kanak perempuan terbabit menceritakan insiden hitam dialami kepada ibunya sejurus pulang dari sekolah, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintanden Rosly Hassan, berkata ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 32 tahun yang tinggal di Bandar Tasik Puteri, Rawang, dekat sini, membuat aduan polis pada jam 12.35 tengah hari kelmarin mendakwa anak perempuannya dicabul ketika berada di sekolah.

Cheeseburger Dalam Tin....Siapa Nak Try Dulu?

Siapa pgemar cheeseburger, bolehlah rs cheeseburger dlm tin ni.
Tak taulah sedap ke tak.
Setakat ni, saya blum jumpa di supermarket lg.
Kalau ada pun, tak maulah beli.
Elok buat sdiri.....sbb msh ragu2 dgn mutunya..he3.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."