Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, January 31, 2011

Alamak RedMummy Reveal Incomelah! Wow..Banyaknye RM12,608.20!!!

Credit:RedMummy


Wow...banyaknye. RM12,608.20 tu beb.Nasiblah mata aku tak tersembur keluar melihat banyaknye duit dalam akaun Nuffnang RedMummy ni. 


Aduh....jeles tahap gaban aku tengok income dia ni. Angan2 bilalah aku boleh dapat income sebanyak ni. Dalam mimpi je dapat capai, kalau realiti...entahlah. Itulah sebabnye blog aku ni diberi nama 'Fantasi and Realiti, Duniaku'. Sebab aku ni suka berfantasi tapi dalam realiti tak tercapai pun keinginan tu. Tapi syukurlah apa yang ada...betul tak?


Itu baru income bulan Januari, kalau bulan sebelumnye. Entah berapa RedMummy ni dapat ye. Kalau aku, memang tak payah keje dah. Duk umah, buat keje umah and online memanjang je. Kalau keje pun, buat sekadar yang termampu je...hahaha....pemalas betul...angan2 bah.




Hah..yang ni pula income dari Churp2.Siapa yang belum join tu, joinlah sekarang. Rugi tau tak join. Kalau tak, pasti dah banyak macam income yang RedMummy dah dapat ni. Seribu lebih beb...aku yang baru join bulan lepas, just dapat RM0.40 je. Boringnye aku nak tunggu sampai beribu2 tu. So, aku tak bergiat sangat dengan Churp2. Dapat ke tak dapat, aku biarkan jelah. 


Yang penting income Nuffnang aku, naik naik naik. Tapi lambat macam siputlah sikit...sebab blog aku bukan blog red diva ni. Blog aku hanyalah blog fantasi sahaja...hehehe...:) 

 
Cerita menarik, klik sini:

Naik Naik Naik: RON97 Naik 10 Sen Kepada RM2.50 Tengah Malam Ini

Credit:Google


Alahai...asyik dengar berita minyak naik je. Barang lain pun aku ada dengar member cakap naik juga. Parah parah parah. Barang naik, gaji naik sikit je. Entah macam manalah nak hidup ni hoi...kalau semua asyik nak naik je. Bilalah nak turun2nye.


PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.


Nampak gaya lepas ni, ramailah orang merungut. Lebih2 lagi pemandu kenderaan yang memang sering pakai minyak RON97. Ok.....sebelum tengah malam ni...cepat2 isi penuh tangki minyak kamu orang. Lepas tu minyak akan naik. Makin parahlah kita....alahai. Apalah nasib.

Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan? Issss...Gila Ke Apa!!!

Credit:Mstar


Isss....siapalah yang dengki sangat dengan Farid Kamil ni, iye? Sampai tulis di ruangan pojok pada sebuah akhbar mengatakan ingin melihat pelakon itu bercinta dengan seekor orang utan. Tak patut...tak patut.....memang kes dengki gila dengan Farid Kamil yang popular macam nak rak ni. Kalau tak, takkan sampai tulis macam tu. 


Memang tak sopan betullah orang tulis ayat tu. Siapa tak kecil hati mendengarnya. Ni kan Farid Kamil, kalau aku. Fuh memang siap kena tiaw dengan aku orang macam tu.

"Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia.

"Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya," katanya dengan nada sinis.


Tapi, apa pun sabar jelah Farid Kamil, biasalah manusia macam tu. Tak senang tengok orang senang. Kalau dengki sekali pun, jangalah kaitkan seseorang tu dengan haiwan. Diakan manusia, jangan letak taraf orang lain tu setaraf dengan haiwan. Manusia dan haiwan berbeza tau. Kalau tak tau beza, p masuk sekolah rendah balik. Ulang belajar lagi...hehehe. Jangan marah, nanti kena jual.


Info penuh baca sini:

"Bercinta Dengan Orang Utan" - Farid Kamil Kecewa

Video Lucah: Ariel Peterporn Terima Hukuman Dengan Senyuman

Credit:Mstar


Aku tadi terjah ke Mstar dan tertariklah pasal kes Ariel Peterporn ni. Kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari yang tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit. Memang gempak gila beb...tapi aku belumlah tengok video tu...eh malulah...hahaha...tak elok layan.


Tak sangka juga, walaupun Ariel mengedarkan video lucah dengan kekasihnya, Luna Maya tu. Luna Maya tetap setia disisinya. Kalau anda macam mana pula? Masih disamping si dia ka? Entahlah aku pun tak tau nak jawap apa. Hal masing2 dan semestinya ada sebab jugakan.


Melalui berita aku baca, Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham ni, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung hari ni setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.
 
 
Nampak gaya merengkoklah dia dalam penjara. Takkanlah tak tahu akibat mengedar video lucah tu....isssss tak fikir langsung. Tapi masih ada juga peminat wanita si Ariel ni menangis mendengar berita mengenai hukuman dia. Masih ada juga peminatnya rupanya, walaupun berkelakuan sebaliknya...tau2 jelah, tak payah aku cakap.
Si Ariel pula, kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
 
 
Emmm.....hope ni pengajaran buat kita semua, jangan nak buat benda tak elok. Nanti macam ni  akibat yang akan anda terima. Ni baru di dunia, di akhirat kelak. Tak taulah aku nak kata lagi. Lu fikirlah sendiri...hahahaha.

Cuti2 Malaysia Ke Kuching - Taman Sahabat (3)

Hampir terlupa aku, masih ada kesinambungan edisi cuti2 Malaysia aku ke Kuching. Baru teringat tengahari tadi..hehehe. Oklah bagi sesiapa yang sudi nak terjah edisi cuti2 Malaysia aku ni...klik link2 di bawah ni. TQ!!

Cuti2 Malaysia Ke Kuching - Taman Sahabat (1)

Cuti2 Malaysia Ke Kuching - Taman Sahabat (2)

 

Ok...kita teruskan perjalanan kita ke seberang dari tempat tugu Laksamana Ching Ho berada. Di sebelah sana, suasananya ada sikit macam di negara China. Agaknyelah..;0


Kalau anda melintas tambatan or apa namanye..apa2 jelah.

Anda boleh tengok ikan berenang2 riang dalam kolam di taman tu.

Banyak...rasa nak tangkap beberapa ekor..goreng..hehehe.

 

Di pintu depan or belakang taman sahabat ni kita boleh tengok bangunan yang mungkin tempat dewan berkumpul untuk orang cina. Aku pun tak pasti...tak tanyalah pula.

Patung kucing dan panda yang menemani anda duduk tu pun cute.

Aku ada ambil gambar tapi taklah tunjuk kat anda semua.

Simpan buat koleksi katakan.


Nilah rupa pintu or gerbang masuk ke taman sahabat ni.

Maybe yang ni pintu belakangnye.

Cantikkan...macam sebahagian dari ukiran cina di negara China pula.

 

Bagi sesiapa yang tersesat ke apa, boleh rujuk peta taman sahabat ni.

Luas juga kawasan taman ni. Pusing2 situ juga.

Apa2 pun, kalau datang ke Kuching, jangan lupa singgah ke taman sahabat ni.

Lepak sambil tengok ikan...:)

Ok...lepas ni aku nak p bercuti mana pula?

Fikir dulu.......bye!!!

Sunday, January 30, 2011

Malunye Nak Luahkan Rasa Cinta..Macam Mana Ni? Nak Tau Macam Mana, Baca Sini!



Salam....dah malam rupanye..hehe. Aku nak share sikit petua untuk luahkan rasa cinta anda kepada orang yang anda sayang bangat tu. Nak simpan dalam hati sampai bila entahlah, buat pe. Eloklah luahkan. Kalau malu, nanti rugi sebab kita tak tau apa si dia fikirkan tentang diri anda. Kalau si dia jua seperti anda, sayang dan cinta dengan anda. Takkan rugi tu, kalau terlepas. Tapi kalau sebaliknya, janganlah bersedih sangat. Pasti akan jumpa yang sama2 berkenan di hati..betul tak?


Aku dulu pun bukannya pandai nak luahkan rasa cinta sayang ni. Kalau tak dimulai oleh si dia tercinta...hehehe pemalu katakan. Itu tak pe, sebab aku perempuan. Bah kata orang, takkanlah perigi mencari timba kan. So, patut timbalah yang mencari perigi. Tapi sekarang kadang2 keadaan terbalik. Perempuan lebih berani luahkan rasa hati dari lelaki. Hebatkan...hahaha. Apa2lah asalkan bahagia.


Petua luahkan rasa hati terpendam...hehehe :) 
1. Ungkapkan cinta dengan sesuatu 
- Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.


2. Ungkapkan cinta secara langsung 
- Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.


Saya, sayang awak.


3. Kenali si dia dengan baik 
- Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.


4. Siapkan Mental  
 - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.


5. Berdoa sebelum mengungkapkan cinta 
 - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.



Sudah habis baca, so sekarang amalkanlah apa lagi. Manalah tau berkesan or tak. Tapi yang penting sebenarnya diri anda sendiri. Tak kisahlah pakai petua or tak, kalau diri anda sendiri tak berani. Manalah nak menuju ke step seterusnya.....just ungkapkan jelah rasa cinta tu, agar rasa lega sikit dihati :).

Manusia Tak Berperikemanusiaan...Buang Bayi Macam Buang Sampah

Credit:Kosmo


Tak sudah2 dengan isu pembuangan bayi ni, semacam tiada tindakan tegas dilakukan oleh pihak berwajib bagi menangani masalah manusia yang tak berhati perut dan tak berperikemanusiaan. Pandai buat tapi tak pandai nak pikul tanggungjawab.


Wahai manusia tak berhati perut ni, kalau anda rasa malu untuk berdepan dengan masyarakat, janganlah bertindak kejam dengan bayi tak berdosa ini. Ingat, di dunia anda terlepas. Di akhirat kelak, taulah anda macam mana rasanya. Setiap dosa kita buat walau sekecil mana pun akan diadili. Ini kan tindakan anda yang membuang bayi tak berdosa ini semacam sampah saja. Cubalah diri anda dibuat macam tu, apa anda rasa?

Mayat bayi dicampak dalam longkang

BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.


Memang buat aku panas hati je baca berita sebegini. Berbuih dah mulut berkata2. Tapi macam tu juga akhirnya. Entah mana silapnya lagi. 


Harap pihak berwajib dapat ambil tindakan tegas mengenai masalah pembuangan bayi ini. Dan masyarakat jangan terlalu menekan mereka yang mengalami masalah mengandung anak luar nikah. Kerana kadang2 tindakan kita akan membawa gejala ini lebih serius. Jangan hina tapi bimbing mereka balik ke pangkal jalan yang diredhai Allah. Sebab kita semua bukannya sempurna.


p/s: Emm...kasihan tengok bayi2 tak berdosa ni dibuang macam tu je. Sedangkan orang yang sukar nak dapatkan bayi, bukan main berusaha lagi. Ni kan pula yang senang2 dikurniakan bayi, buang macam sampah je. Alahai...tak bersyukur langsung. Entahlah tak tau nak cakap apa dah.

Saturday, January 29, 2011

Ngankung Full Movie Online...Jom Tonton!!



Salam ahad semua, tadi tengah nak balas kunjungan rakan2 blogger lain. Tersinggahlah blog 'jiwakacau'. Tengok2 ada movie 'Ngankung' online. Full movie lagi tu, so layanlah kejap tadi. Memang best juga ceritanya. Pengajaran buat yang suka sangat main nombor ekor...hehehe.


Ok..ni sinopsis movie 'Nangkung'...petikan dari blog 'jiwakacau'.

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.
Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati?

So.....bagi sesiapa yang belum tengok movie ni di pawagam, boleh tengok online di blog 'jiwakacau'. Sila klik link di bawah ni:


Orang Kahwin Makin Ramai, Orang Cerai Pun Lagi Ramai...Apa Puncanya?

Membawa haluan masing2.



Fenomena kahwin dan cerai makin menghantui alam perkahwinan manusia akhir zaman sekarang. Tak kira kahwin muda or dah lama kahwin. Perceraian seolah2 satu kewajipan dalam sebuah perkahwinan sekarang. Rata2 yang mengalami proses perceraian ini ialah yang kahwin muda. Salahkah kita kahwin muda? Adakah kahwin lewat usia, semua berakhir dengan happy ending macam cerita dogeng fairy tales? 


Tak kira kahwin muda or lewat usia, yang menjadi persoalan sebenar kenapa perceraian harus berlaku dalam sebuah perkahwinan yang diharumi dengan kasih saying permulaannya? Kenapa? Pelbagai jawapan dan pendapat aku dengar di facebook bulan lepas.


Ada yang mengatakan tiada jodoh penyebab penceraian berlaku. Itu memang tidak dinafikan sekali. Bila dah tak de jodoh, kita sendiri tak dapat nak buat apa2kan. Ada juga sebab keluarga yang suka bising2 bila anak dah menjangkau remaja, sibuk nak suruh anak kahwin cepat. Sedangkan anak masih belum mengenal erti tanggungjawab sepenuhnya dan pendidikan belum cukup lagi di dada. Hah..perlukah salahkan keluarga dalam hal ini? Anda fikir sendiri.


Punca yang lain ialah sebab diri kita sendiri. Sepertimana komen salah seorang di facebook. Dia cakap ‘berapa juta kaum hawa tak tutup aurat atau tutup tapi saja melekok2kan apa yang terlekok. Sebab itu suami boring. Lama2 si isteri di hempok. Sebab kaum hawa memang tak reti jaga maruah dan iman. Biasalah dalam neraka pun ramai kaum hawa.’ Rata2 pengomen terlalu menyalahkan kaum hawa dalam hal ini. Bukan aku menafikan apa yang dikatakan beliau. 


 Tolong jangan lepaskan saya.


Memang ada setengahnya kaum hawa sedemikian. Namun, harus diingat punca sesebuah perkahwinan runtuh bukan hanya terletak pada bahu kaum hawa. Terokai diri anda sendiri sebelum menuding jari kepada sepisis berlawanan. Bila kaum hawa tergelincir ke landasan iman, sebagai suami haruslah membimbing tangan kaum hawa menuju ke arah iman yang diredhai Allah. Bukannya menuduh dan membiar kaum hawa terkapai begitu saja. Fikirlah sendiri. 


Sebenarnya banyak punca perceraian yang berlaku. Nak tulis semua kat sini, rasa tak larat pula. Paling ringkaslah lengkapkan diri dengan agama dan iman di dada. Praktikkan ilmu rumahtangga yang telah diterangkan semasa kursus kahwin, cuba fahami tanggungjawab sebagai suami isteri sebelum or selepas kahwin. Jangan kahwin hanya kerana rupa dan nafsu kerana ia hanya membawa keruntuhan rumahtangga.


Bagi lelaki yang ingin mencari wanita solehah, lengkapi diri anda dahulu sebelum mengimpikan untuk memiliki mereka. Begitu juga wanita, jagalah perilaku dan maruah anda lebih2 lagi sudah menjadi isteri. Pelajari tanggungjawab anda sepenuhnya. Jaga kerukunan rumahtangga anda sebagaimana anda menjaga maruah diri anda. 


Akhir kata, maaf kira entry ini menguris rasa sesiapa pun. Aku tak berniat untuk menyalahkan sesiapa kerana masalah ini berpunca dari semua pihak tak kira anda lelaki or perempuan. Semua bertanggungjawab dalam hal ini. Renungi diri dan fikir sebelum bertindak. Moga kita dijauhkan dari masalah ini. Moga harmoni rumahtangga yang dibina kerana kita insan biasa, tak pernah lari dari melakukan kesilapan. 



Nukilan;



 

Friday, January 28, 2011

Keputusan 'GA CoretanMaya 2010'

Giveaway 'GA CoretanMaya 2010' pun dah berakhir. Keputusannye........siapa agaknye pemenang bertuah itu ye??

Seperti di beritahu masa mula2 giveaway ni berlangsung, hanya seorang pemenang akan memenangi hadiah berikut:

 ...pin brooch...
...aloe extract +  vit. E mask...
...crystal collagen eye mask...
...magicboo hair treatment...
...caviar gold BB cream...

 
Walaupun hadiah tak seberapa tapi penyertaan dari member2 blogger amatlah mengalakkan. Terima kasih banyak2 buat mereka yang sudi join. Kalian memang hebat...hehe.


Oklah......pemilihan pemenang bermula.....?????



Oppp....sebelum tu nak bagitau, pemilihan pemenang adalah berdasarkan system 'Random.Org'...so, pemilihan secara rawaklah. Dan setiap peserta mewakili no yang telah tercatat di list peserta terhormat dalam entry aku yang lepas2 tu. 

Ok..pemenangnya ialah:
V

V

V

proses generate pun bermula :)

V


V


V

Tahniah buat:

32. Farhana

dari blog:
Bagi yang tak menang, jangan risau banyak lagi giveaway yang pasti menanti anda. Lagipun lepas ni aku nak buat contest simple je. So...tunggu ye...dalam beberapa hari ni. 

Bagi pemenang...Farhana pula, silalah emailkan nama penuh, alamat dan no. h/p anda untuk proses penghantaran hadiah ke melurputih123@gmail.com. Lagi cepat, lagi bagus. Sebab aku nak hantar keluar hadiah tu next week before aku balik bercuti tahun baru cina......:)

Lady Gaga Nak Bertunang...Siapa Frust Dengar Berita Ni? :)

Bagi peminat Lady Gaga yang pelik ni pasti gembira agaknya. Aku pun tak pasti, sebab aku bukan peminat dia pun. Tak berapa gemar nak dengar lagu2nya yang juga kadang2 pelik. Ada yang kata lagu2nya ada membawa maksud yang seolah menyeleweng dari landasan agama. Betul ke? Entahlah. Sendiri fikirlah. 


 Credit:Kosmo

Lady Gaga nak tunang

LADY GAGA ingin bertunang! Itu berita terbaru mengenai penyanyi berimej pelik tersebut. Gaga dikatakan akan bertunang dengan bekas kekasih yang kini kembali bercinta dengannya, Luc Carl.
Gosip tersebut begitu kencang diperkatakan selepas Carl berpindah ke kediaman Gaga di Bel Air.
Menurut laporan Daily Star, pasangan yang pertama kali berpacaran empat tahun lalu, sebelum Gaga menjadi terkenal pada tahun 2008 itu akan bertunang segera.
Hal itu disahkan oleh beberapa teman kedua-dua mereka dengan mendakwa pengumuman pertunangan mereka akan dibuat sebelum Gaga melancarkan album terbarunya pada 13 Februari nanti.
Bagaimanapun menurut sumber itu, walaupun sudah bertunang, mereka tidak terburu-buru untuk berkahwin.
"Dia dan Carl tidak akan terburu-buru mengumumkan tanggal pernikahannya. Bahkan Gaga masih belum punya cincin pertunangan, kerana Carl tak mampu membelinya," ujar salah seorang teman dekat pasangan tersebut.
Gaga kembali memberi peluang kedua kepada Luc yang curang kepadanya pada tahun lalu untuk menyambung semula cinta mereka. Tindakan tersebut dilakukan Gaga kerana penyanyi itu dikatakan terlalu mencintai lelaki tersebut.


Apa pun tahniah buat Lady Gaga ya....bagi siapa yang frust tak dapat memiliki dia, jangan menangis banyak sangat. Membazir je...hehehehe....gurau je.

Thursday, January 27, 2011

Penyertaan 'GA CoretanMaya 2010' Ditutup...Harap Maklum :)

 
 
Harp maklum....penyertaan 'GA CoretanMaya 2010' ditutup secara rasminye hari ni...hehehe. Bagi yang tak sempat nak join...tunggu giveaway baru pada tahun baru cina ni, sempena majlis pertunangan aku.
 
 
Oklah...inilah senarai terakhir peserta terhormat giveaway aku setakat ini. Seramai 52 orang yang mencuba nasib untuk memenangi hadiah yang aku berikan ini. Terima kasih banyak2 ye sebab sudi join dan maaf sebab hadiah tak seberapa. 
 

Senarai peserta terhormat:
TERKINI

  1. syuhada
  2. zaikulim
  3. cik firus
  4. nadiah
  5. jieda
  6. sofiaHB
  7. hana kirana
  8. shera haifa
  9. miss nadrah
  10. nadratul
  11. erawatie
  12. cute mum
  13. lissa
  14. nureen
  15. myra jay
  16. azatiesayang
  17. nana
  18. miza yusof
  19. the lekat lekit story
  20. fara_dikri
  21. sayangku
  22. nad@mamazakwan
  23. fa10
  24. cikanna
  25. lynn azlina
  26. cempakakuning
  27.   eB ezrin
  28. izzatbahiah
  29. tiefazatie
  30. Fadzillah Kamarudin
  31. Huda
  32. Farhana
  33. Nea Flerida
  34. deela cakap merepek
  35. Hidayah Othman
  36. parasit dunia
  37. Cik Z@i Pen@ng
  38. Nur Ezzat
  39. Dinaz
  40. cikpuanhady 
  41. kakngah
  42. Fateen
  43. ekinashikin
  44. Kehelan
  45. Lya m@m@ Asya
  46. shidasyakirin
  47. hani syahida
  48. miera momo chan
  49. kayyana
  50. Arol DSHW
  51. azleen 
  52. syafieka


Keputusan akan diumumkan esok or sebelum aku bercuti tahun baru cina ni. Pemenang akan dipilih secara random. So, good luck buat semua peserta ya.

Wednesday, January 26, 2011

Terkini: Senarai Peserta Terhormat 'GA CoretanMaya 2010'

 
 
Hari ni merupakan hari terakhir penyertaan 'GA CoretanMaya 2010', so bagi sapa2 yang nak join tu, cepat2lah ikut serta sebelum detik 12 malam ini.
 
 
Oklah...inilah senarai terbaru peserta terhormat giveaway aku ni. Bagi yang ikut serta tu, sila semak nama anda. Kalau ada nama yang tercicir tu, silalah bagitau sebelum 12 tengahari esok ye. Lewat dari itu, tak akan dilayan.
 
 
Senarai peserta terhormat:

  1. syuhada
  2. zaikulim
  3. cik firus
  4. nadiah
  5. jieda
  6. sofiaHB
  7. hana kirana
  8. shera haifa
  9. miss nadrah
  10. nadratul
  11. erawatie
  12. cute mum
  13. lissa
  14. nureen
  15. myra jay
  16. azatiesayang
  17. nana
  18. miza yusof
  19. the lekat lekit story
  20. fara_dikri
  21. sayangku
  22. nad@mamazakwan
  23. fa10
  24. cikanna
  25. lynn azlina
  26. cempakakuning
  27.   eB ezrin
  28. izzatbahiah
  29. tiefazatie
  30. Fadzillah Kamarudin
  31. Huda
  32. Farhana
  33. Nea Flerida
  34. deela cakap merepek
  35. Hidayah Othman
  36. parasit dunia
  37. Cik Z@i Pen@ng
  38. Nur Ezzat
  39. Dinaz
  40. cikpuanhady 
  41. kakngah
  42. Fateen
  43. ekinashikin
  44. Kehelan
  45. Lya m@m@ Asya
  46. shidasyakirin
  47. hani syahida
  48. miera momo chan
  49. kayyana
  50. Arol DSHW
  51. azleen
 
 
GOOD LUCK SEMUA :)

Hadiah Hari Jadi Buat Sahabat Dan Orang Tersayang


Semalam hari jadi member cina aku, sebelumnyakan dia ada jemput aku ke majlis makan2 sampai balik bilik kekenyangan aku dibuatnya..hehehe. Bagi memperingati hari jadinya itu, aku belilah sesuatu yang aku rasa cute2. Lagipun dia jenis suka benda cute2 juga. So, aku dengan amoi cina pilihlah hadiah ini:


 
Cute tak?
Semestinya cute..boleh dibawa tido malam sekali.
Letak kat leher, pasti lena dibuatnye....:0

Sebelum bagi kat member hadiah, kenalah balut dulukan.
Tadaaa......nilah hasilnya.


Pembalut love2 gitu.
And diserikan juga kad ucapan ringkas serta lebihan kertas teddy bear.

Oklah juga...aku bukannya pandai nak hias cantik2 pun.
Yang penting sampai ke tangan memberku.
Lega hati, dia suka dengan hadiah itu.
 

Hari jadi yang paling special bulan ni ialah hari jadi my boyfriend..:)
'Happy Birthday' aku ucapkan buat si dia.

Hari jadi dia 28hb ni, tapi tak dapat nak sambut sama2 pun.
Sebab dia jauh di mata.
So, aku dah sediakan hadiah awal2 untuk dia.
Dan sudah pun bagi dekat dia, semasa dia datang jumpa aku tempoh hari.
Yang bawa aku jumpa bakal mak mertua aku..hehehe :)

Inilah hadiah yang tak seberapa aku berikan untuk dia.


Jaket.

Aku beli masa tahun baru 2011 hari tu.
Jenuh juga aku fikirkan hadiah apa nak bagi untuk dia.
Last2 aku terfikirkan dia minat kumpul jaket.
So, aku belilah jaket ni untuk dia.
Epy sangat sebab dia suka jaket yang aku belikan ini...:)
SELAMAT HARI JADI BUAT SAHABATKU
AND
ORANG YANG AKU SAYANGI.

Monday, January 24, 2011

(Gambar) Aktiviti Makan2 Sempena Hari Jadi Member

Hari sabtu, malam ahad minggu lepas, aku dapat jemputan khas dari member cina satu ofis aku ni sempena hari jadinya hari ni. Dia buat majlis makan2 awal, sebab time tu je ada masa. Kalau hari ni, suaminya kerja di luar kawasan...hehehe.


Ramai juga kenalan member aku ni datang. Semuanya sama kerja di bawah satu syarikat. Cuma tak berapa nak kenal sangat sebab kawan suaminya yang ramai datang. Apa2 pun, yang penting perut kenyang.

Antara makanan yang dihidangkan malam hari jadi member aku tu ialah:

Mee umur panjang yang digoreng2.
Mee ni dalam bahasa cina...aku tak tau nak eja..:)

Tauhu goreng bercampur dengan seafood.
Aku tak pandai makan tauhu, so aku tak makan lo.

Haha...setengah tinggal.
Yang ni ayam goreng lemon...sedap.

Yang ni paling aku suka.
Udang goreng...sedap beb!!

Sayuran campur......aku suka makan cendawan je :)

Satay ayam and daging...bolehlah tahan rasanya.

Mula2 aku fikir satay tu menu terakhir, rupa2nya ikan stim ni.
Makan jelah walaupun masa tu perut penuh..:)

Dan dalam tengah2 makan tu...ada upacara potong kek.
Nilah kek hari jadi member aku ni.


Emm...sedapkan semua makanan tu, harganya aku tak tahu. Lupa nak tanya member aku tu...hehehe. Lepas perut kenyang and semua dah habis...apa lagi, baliklah..:)
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."