Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Friday, July 30, 2010

Milk Drinking Fish...Menarik, Rugi Tak Tengok!!

1st time aku tgk ikan minum mknan dlm botol susu.
Layazzzz....


Wednesday, July 28, 2010

Edisi Imbasan: Kahwin Cerai, Sekilas Pandangan

Credit: Google
Dalam membuat keputusan berkahwin, adakah anda pernah terfikir apa sebenarnya tujuan anda berkahwin? Adakah kerana ikutan nafsu semata-mata ataupun kerana anda ketika itu asyik di lamun cinta asmara? Mungkin juga kerana faktor usia yang mendesak anda berkahwin tanpa memikirkan keserasian ataupun tempoh untuk mengenali si dia agak singkat.


Selain itu, faktor rakan sebaya juga boleh menjurus kepada kahwin awal. Yelah nampak semua kawan sebaya sudah berumahtangga, anda pun terasa ingin mengikut jejak mereka kerana takut dikatakan tidak laku. Jadi terus mengambil keputusan untuk memilih sesiapa saja yang anda kenal dalam masa yang agak singkat tanpa mengenal hati budi masing-masing.


Sebenarnya tidak salah pun untuk berkahwin awal dan memilih si dia yang anda kenali dalam masa yang singkat. Kalau itu sudah jodoh, ia tidak akan menjadi masalah. Tapi kalau itu pilihan yang salah, macam mana pula?


Cuba fikir dalam masa yang agak singkat anda mengambil keputusan kahwin dengan si dia tanpa anda tahu sejauh mana hati budi si dia. Apa akan berlaku sekiranya sesuatu yang kurang baik berlaku dalam hubungan selepas kahwin anda. Sekiranya pilihan anda betul, pasti ia akan membawa kebahagian hingga akhir hayat. Tapi sebaliknya, ia akan membawa sejarah hitam dalam hidup anda, iaitu perceraian yang sering melanda masyarakat kita sekarang.

Pasangan Pengantin Baru Tertua Di Britain...Wow, Cinta Tak Kenal Usia Macam Itulah

Cinta itu indah, kalau dua2 pihak faham apa itu cinta.
Cinta bukan sekadar ucapan manis saja tp keikhlasan hati dlm mgungkapkan kata2 tsebut.
Tak sangkakan ada juga pengantin baru tertua di dunia ni.
Biasalah cinta tk kenal usia bah.
LONDON - Seorang lelaki, Henry Kerr menamatkan zaman bujangnya sekali lagi pada usia 97 tahun dengan pasangannya yang berumur 87 tahun, Valerie Berkowitz, lapor sebuah akhbar semalam. 


Kerr berusaha selama empat tahun untuk memenangi hati wanita tersebut dengan menulis puisi-puisi cinta selain menghabiskan masa selama berjam-jam untuk berkongsi pengalaman hidup dengannya. 


"Saya mungkin sudah melamarnya sejak dahulu lagi jika saya tahu bahawa wanita yang cantik dan bijak berusia 87 tahun itu masih meminati lelaki tua seperti saya," kata Kerr. 


Dia percaya kehidupan cintanya berakhir ekoran kematian isterinya, Glady pada tahun 2004. 


Namun, perasaan cinta timbul semula apabila dia bertemu dengan Berkowitz di sebuah rumah penjagaan di utara London. 


Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis tradisional Yahudi yang dihadiri oleh 90 orang tetamu. 


Mereka yang sudah mempunyai anak dan cucu itu akan pergi berbulan madu di sebuah lokasi rahsia. - Agensi

Tuesday, July 27, 2010

Kenapa Aku Sedih??

Credit:Google


Hari ni jiwaku tak tenteram. Entahlah sejak beberapa hari ni, hati aku rasa pilu je. Banyak pkara yg aku fikirkan. Kadang2 rasa tension dgn kehidupan seharian dan juga kerja. Rasa nak marah pun ada. Tapi syukurlah rasa tu dapat dikawal lagi. Asalkan tak de sesiapa yg buat hal.


Kenapa harus aku sedih pula? Aku pun tak pasti. Adakah kerana pjalanan hidup yg aku lalui terasa payah semakin mjangkau usia matang? Kadang2 terfikir, makin kita meningkat dewasa, macam2 mslh dan liku2 kehidupan harus kita redah. Sama ada kita mampu menempuh segalanya, itu yg mjadi persoalannya. 


Aku sendiri pun agak pedih menempuh duri2 kehidupan ini. Lebih2 lagi dlm dunia pcintaan. Entahlah payah nak kata...........aaaaaaaaaaaaaaa tension betul hidup ni. Oklah tu je....haha3.

Monday, July 26, 2010

Earning NuffnangKu....Layan Jelah!!



Hari Isnin memang hari Nuffnang, rsnya semua blogger tgh check akaun mrk hari ni. Yelah nk tgk earning ada naik ke tak or ada buffered earning baru ke tak. Macam aku ni. Hampir hari2 jeling2 akaun aku di Nuffnang. Suka tgk earning tu btambah2...hehe.


Tak byk pun btambahnya, sikit je. Tgk, just dapat RM0.60 je. Fuh...lama lagi nak cashout ni. Tapi syukurlah ada buffered earning baru yg tgh hangat berlawan2 nak tonjolkan diri kat blog aku ni. Hope lamalah 2 buffered earning aku ni beroperasi. Yelah kalau lama, ada untung sikit. Kalau kejap, sikitlah untungnya. Anyway syukur apa yg ada...betul tak???


Oklah, aku nak layan drama Korea ni dulu. Baru nak tgk. Masa tgh hangat di pasaran, tak mau tgk. Hehe...biasalah bz katakan. Chow dulu...byeeeeeee.

Saturday, July 24, 2010

Berita Pagi Ahad: Buffered Earning Menganas Lagi, Keyword Pula Lucah2 Punya


Berita pagi ahad, alkisahnya aku tengah nak usha2 akaun Nuffnang. Mana tau terjumpa seketul emas. Seketul cukuplahkan. Jangan tamak sangat..hehe. Tak sangka betul2 terjumpa. TQ Nuffnang bagi aku seketul buffered earning yang amat berharga ni. Nilah campaign buffered earning aku terbaru tu.



Patutlah aku tengok iklan ni bersinar2 semacam je smlm. Rupa2nya buffered earning aku. So, siapa berminat dgn iklan Celcom tu. Sudi2 terjah ya. Tapi jangan main terjah, nanti patah tangan pula....kahkah. Ok, tu cerita buffered earning. Ni cerita keyword lucah yg tengah hangat bermain2 di dalam blog aku ni. Entah siapalah peminat setia benda2 mcm ni ye?? 



bogel-lucah,blogspot.com........siapalah punya blog tu agaknya ya. Aku malas nak terjah cari benda tu. Bz dengan berblogwalking ni dan juga facebook...haha. Rata2 semua keyword blog aku ni lebih menumpu pada benda lucah dan seks. Dah jadi macam blog seks pula tapi just sekadar keyword. No gambar2 porno tau....tak elok mjadi tatapan pgunjung blog aku ni. 


Ok...tu je berita pagi ahad ini. Semoga happy sundaylah engko org semua. Dan ucapan TQ buat yg sudi singgah dan bg komen ye..........bye bye.

Edisi Imbasan: Mahu Kahwin Tapi Bakal Mertua Tidak Suka

Credit:Google

Mahu kahwin tapi bakal mertua tidak suka. Perkara ini memang tidak asing di kalangan pasangan yang bercinta sekarang. Baru-baru ini pun saya ada mendengar cerita kawan saya, yang kawan perempuannya sedih sampai demam mengenangkan nasib diri apabila hajat untuk bersama mendirikan mahligai dengan si dia yang dicintai selama 3 tahun berkecai hanya gara-gara ayah sebelah lelaki tidak menyukainya.


Apakan daya hubungannya terpaksa diputuskan apabila beberapa kali pujuk, ayah si dia tetap berkeras tidak mahu anak lelakinya mengahwini perempuan tersebut. Entah apa salahnya, saya pun tidak tahu. 3 tahun bercinta bukan masa singkat juga tu. Masa dihabiskan bersama orang tersayang. Bila tiba masa untuk berkahwin. Lain pula jadinya. Mana silapnya, kita pun tak tahu.

Bagi pendapat sayalah, cuma pandangan kasar sahaja. Harap orang yang membaca nukilan saya tidak terasalah. Lagipun setiap orang ada pandangan tersendiri. Yelah setiap apa berlaku ada hikmahnya.


Saya fikir-fikirlah kenapa ayah si lelaki tadi tidak mahu menerima perempuan itu? Memang saya tidak nafikan orang tua lebih tahu apa yang mereka buat. Tapi adakah semua apa yang mereka fikirkan itu baik untuk masa depan anak mereka? Tidakkah mereka terfikir yang tindakan mereka akan mengecewakan anak mereka?


Yelah, anak mereka yang nak kahwin dan akan menempuh hidup bersama dengan pilihan masing-masing tapi kenapa mereka nak menghalang keinginan anak mereka? Hanya alasan kerana mereka ibubapa yang telah memelihara kita sampai besar menjadi halangan untuk meneruskan hayat murni tersebut.

Health Watch - Detox Foot Pads, Sekadar Info Je!!

Saja nak tahu pasal Detox Foot Patch yg tgh hot di pasaran skrg.
Yelah siapa tak mau buang toksin dlm bdn yg boleh mdtgkan bmcm jenis pyakit.
Semua mahukan......so layan jelah video ni.

Ada b'mcm jenama detox foot patch skrg ye.
Biasalah semua nak hasilkan detox foot patch sbb permintaan makin meningkat skrg.
Ye ke....entahlah....apa2 jelah.
Jom check sini: MayaOnlineShop

TINYTINI GIVEAWAY!

Jom join giveaway ni...menarik tau!!

Syarat pyertaan tklah susah sgt...'Just leave your comment in this post and it would be great if you could promote about this giveaway in your blog. Thank you.' Tuan umah cakaplah..huhu2.

6 pemenang btuah akan memenangi hadiah berikut:
2 sets of surprise sets

2 sets of Mickey set

Wajarkah Polis Pamer Pelacur Di Tepi Jalan?

Cuba fikir kejap...wajarkah tindakan polis China ni?
Pasti ada yg menentang tindakan tsebut dan juga sebaliknya.
Kalau aku....entahlah...sukahati engko orglah...haha3.


GUANGZHOU - Polis China mula bertindak tegas bagi memerangi kegiatan pelacuran di bandar raya ini yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Asia XVI pada November depan, lapor sebuah akhbar semalam.


Namun, orang ramai terkejut apabila beberapa pelacur yang ditangkap berdiri tanpa kasut dengan tangan bergari di tepi jalan.


Pekerja-pekerja seks yang ditangkap itu berdiri pada waktu panas bagi mengelak mereka melarikan diri.


Seorang wanita China yang dikenali sebagai Wan Yu sempat merakamkan gambar-gambar pelacur tersebut menerusi telefon bimbitnya dan kemudian dihantar kepada beberapa laman Internet.


"Wanita-wanita itu masih muda dan sepatutnya mereka diberi sedikit rasa hormat.


"Mempamerkan mereka di jalanan seperti haiwan itu di depan orang ramai bukanlah cara untuk melayan mereka," katanya.


Seorang jurucakap polis mempertahankan tindakan mereka selepas pekerja seks itu enggan bekerjasama mendedahkan maklumat tempat aktiviti pelacuran.


Pelacur-pelacur itu berjalan bersama seorang lelaki yang dipercayai sebagai bapa ayam ke sebuah balai polis di Guangzhou.


Kegiatan pelacuran berjaya dikekang semasa Presiden China pertama, Mao Zedong memperkenalkan Revolusi Budaya pada 1960-an hingga 1970-an dengan mengasingkan lelaki dan wanita serta membanteras habis-habisan aktiviti tidak bermoral.


Namun, aktiviti pelacuran haram meningkat selepas China mengalami pertumbuhan pesat ekonomi dan nilai-nilai Barat dibawa masuk sehingga banyak bandar kecil mempunyai kawasan pelacuran manakala perkhidmatan seks ditawar di hotel-hotel. - Agensi

Friday, July 23, 2010

Ayat-Ayat Mengurat Yang Perlu Anda Tahu, Edisi Ke-2


 Credit:Google


Kita cont' edisi ke-2 Ayat2 Mengurat ni.....baca betul2 ye:


Ayat Mengurat Romantis

Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting. 
 

“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.
 

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.
 

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.
 

Dan di zaman ini, GUA yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengurat.


Ayat Mengurat Terus Terang

“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan GUA yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.
 

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.
 

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.
 

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

Sumber: Unknown.....lupa dah dr mana dtg entry ni. Anyway enjoy mbaca ye!!!

Thursday, July 22, 2010

Terjatuh Semasa Berasmara.....Ni Pasti Kes Terlalu Asyik Agaknya!!

Alahai ni pun boleh jadi.
Yg buat dekat dgn tingkap tu apa kes.
Tak pasal2 tgk syok terjatuh...dah nasibkan...mcm2 hal.

LUBECK, Jerman - Satu pasangan yang sedang berbogel dan berasmara cedera selepas mereka terjatuh dari tingkap sebuah flat di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


Menurut jiran-jiran, pasangan itu terjatuh dari tingkat satu dalam keadaan bogel di laluan pejalan kaki.


Mereka, berkata, pasangan itu kerap bertemu di flat tersebut.


"Kami tidak pernah melihat mereka tetapi kami pernah mendengar suara mereka," kata seorang jiran.


Seorang pegawai polis berkata, semasa kejadian, wanita itu terjatuh ke belakang dari tepi tingkat semasa mereka berasmara dan dia turut menarik teman hidupnya bersama.


Pasangan itu mengalami patah tulang dan cedera di muka serta di kepala kelmarin.


Namun, wanita tersebut cuba menutup malu dengan menyatakan dia tidak ingat berhubung insiden jatuh itu. - Agensi

Majikan Beri Amah RM14 juta...Wow Banyak Tu??

Bertuah betullah Amah ni...dpt jd jutawan segera.
Itulah balasannya kalau kita berbuat baik pd org tapi hati mesti ikhlas juga.
Betul tak???


SINGAPURA - Seorang amah Filipina yang setia berkhidmat selama lebih 20 tahun menjadi jutawan segera kerana majikannya memberikannya sebanyak S$6 juta (RM14 juta) menerusi wasiat, lapor sebuah akhbar semalam. 


"Sama ada memiliki atau tidak wang itu, saya merupakan amah yang paling bertuah di Singapura," katanya yang dikenali dengan nama Christine. 


Berusia 47 tahun dan masih belum berkahwin, dia enggan mendedahkan identiti dirinya dan mahu dikenali sebagai Christine kerana bimbangkan keselamatannya di Filipina yang merupakan negara yang sering menjadi lokasi penculikan untuk mendapatkan wang tebusan. 


Dia mendapat wasiat itu daripada majikannya yang juga seorang wanita, Dr. Quek Kai Miew yang meninggal dunia pada tahun lalu semasa berusia 66 tahun.


Kekayaan segera itu meliputi wang tunai dan sebuah pangsapuri mewah berhampiran pusat beli-belah Orchard Road.

Wednesday, July 21, 2010

Keyword & Buffered Earning Yang Macam2 Kes


Mlm ni nak cerita pasal keyword yg tgh mganas dlm jantung blog aku ni. Buat ptama kali dlm dunia berblog aku ni, aku jumpa begitu panjangnya keyword. Entah siapa cari aku sdiri pun tak tahu. Keyword panjang ni bkaitan ttg aksi bogel lucah. Fuh...mmg lucah habis...hahaha.




Oh ya...nk tengok lebih jelas. Clik je picture tu ya. Kalau tak kabur2 je mata engko org tgk. Kebanyakan keyword yg bmain2 dlm blog aku ni ialah keyword yg mmg bab lucah je. Nak kata aku buat entry lucah or post benda lucah taklah juga. Maybe pgunaan keyword lucah tu sendiri yg ada daya magnetnya sendiri...hehe. Apa2lah asalkan ada pgunjung singgah.


Sambil check keyword, check earning Nuffnang juga. Tak de perubahan besar sangat. Earning masih kosong lagi selepas aku cashout bbrp hari lepas. Cuma beberapa buffered earning masih beroperasi dengan susah payahnya. Lagipun hari ni dapat buffered earning baru. TQ Nuffnang kerana masih sayang blog aku ni...hehe.




Aku harap buffered earning ni lama beroperasi agar aku dapatlah bpeluang dapat habuan yg lebih ok lo...hehe macam tamak pula bunyinya. Ah...apa aku peduli.....blog aku, dunia aku....hahaha. Ok...time to jalan2. TQ yg sudi singgah dan bagi komen ye. Mudahan kita semua murah rezeki hendaknya. Amin.

Keldai Guna Payung Terjun....Kasihan Keldai Tu!!

Apalah punya manusia, adakah patut buat keldai mcm tu.
Kasihan tau......gila punya kerjalah tu.
MOSCOW - Pengunjung-pengunjung sebuah pantai di selatan Rusia terkejut apabila mereka melihat seekor keldai terjun dengan menggunakan payung terjun pada minggu lalu, kata polis semalam.


Haiwan itu kelihatan ketakutan semasa ia hendak mendarat di sebuah pantai di kampung Cossack.


Menurut seorang jurucakap polis, haiwan itu sebenarnya melakukan aksi pada satu kempen iklan yang dibiayai beberapa ahli perniagaan untuk menarik kehadiran orang ramai ke pantai berkenaan.


Namun, ia kini menjadi satu siasatan polis selepas gambar keldai itu disiarkan media yang mengkritik penggunaan haiwan tersebut.


Akhbar Taman melaporkan bahawa kanak-kanak di pantai itu menangis dan bertanya kepada ibu bapa mereka kenapa keldai tersebut diikat pada payung terjun. - Agensi

Tuesday, July 20, 2010

JOM JOIN GIVE AWAY RUSIA & MESIR

 
Giveaway baru ni...baru jumpa, mmglah baru.
Nampak menarik, so aku joinlah.
 
Ada 10 hadiah ditawarkan kepada 10 blogger yg btuah.
Maklumlah Tuan umah nak balik Msia hujung bulan ni.
Seorg di Rusia, seorg pula di Mesir.
So, bawa hadiah pulang buat kita semua.
Tapi kenalah joinlah...kalau nk hadiah tu...hope kita sama2 btuahlah ye.
 
 
Syarat pyertaan kenalah rujuk di blog Tuan umah.
Just klik link di bawah banner atas tu ya.
Simple je syaratnya...tak payah perah otak sgt.
 
 
Tarikh tutup pyertaan: 31 Julai 2010

Melayu Paling Ramai Tengok Porno, Betul Ke Berita Ni???

Ye ke berita ni??? Jgn main serkap jarang je.
Nanti mereka marah, baru padan muka.
Lainlah mmg tkena batang hidung sendiri...hahaha.
KUALA LUMPUR - Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.


Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.


Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus. 


Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan (gambar) yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.


Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.


"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.....petikan KOSMO

Ayat-Ayat Mengurat Yang Perlu Anda Tahu

Credit:Google

Hari ni aku tak tau nak post entry apa, so aku pilih tajuk ayat2 mgorat ni utk dikongsi bsama anda yg sudi mbaca. Tak sudi, tak pelah. Aku apa kisah...hahaha....ok teruskan pbacaan.

Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.


Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.


Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur. Orang Timur harus lebih bersopan apabila mendekati wanita dan tidak menggunakan ayat-ayat berunsur seks. Contohnya, ayat seperti, “Want to see my hard drive? I promise it isn’t 3.5inches and it ain’t floppy” akan mengundang pelempang yang mungkin mencacatkan muka.


Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.

Monday, July 19, 2010

Nuffnang Oh Nuffnang Kenapalah Akaun Aku Jadi Kosong Ni???


Berita gempak..............earning Nuffnang aku dah kosong. Apa dah jadi ni? Apa kes? Kenapa boleh jadi kosong ni? Siapa rompak duit aku ni? Bukan main susah aku cari, sampai sakit punggung duduk atas kerusi cari trafik yg meletup2..hehehe.


Tiada siapa nak rompaknya...aku sdiri dah cashoutkan tadi. Saja nak cashout awal. Supaya aku dapat terima cek sebelum hari raya. Dapatlah merasa duit Nuffnang di hari raya yg mulia nanti. Macam duit raya dari Nuffnang pula...hehehe.


Fikir nak tunggu sampai earning tu mcecah angka 1k. Tapi fikir2 risau pula aku. Mana tau apa2 tjadi kat Nuffnang...hilang pula duit yg aku usahakan ini..haha. Apa2 pun Nuffnang tetap the best. Hope kekal dan sentiasa mantap di hari2 mendatang.


Nak tau berapa earning Nuffnang aku kumpulkan sejak aku cashout awal tahun ini....jeng jeng....pasti anda semua teruja melihatnya...bukan nak tunjuk tapi sebagai dorongan utk berblog. Sekurangnya dapat berkongsi apa yg patut....kan??


Anda pasti dah dapat agak, berapa akan aku dapat utk cashout ke-2 dari Nuffnang ni. Oklah...jom berblogwalking bersama aku...tambahkan trafik dan earning Nuffnang anda. Sayang Nuffnang.

Nak Kekal Menawan, Kenalah Jaga Paras Rupa...Ye Ke?

Kadang2 fikir jadi perempuan payah. Yelah kena sentiasa jaga paras rupa dan penampilan diri. Tapi jangan keterlaluan pula, sampai nak beli barang2 mahal yg tak mampu dibeli, hanya gara2 nak cantik. Salah tu. Jaga sikit2 sudahlah. Simple asalkan nampak bergaya...hehe.


Sebab itulah aku ni kerap jaga paras rupa, agar sentiasa ceria dan kekal menawan..kahkahkah. Alah sebenarnya hati dah cantik oklah tu. Lagipun paras rupa tak kekal lama..kan. Namun wajib juga jaga. Biasalah perempuan, benda2 cantik ni dah mjadi kewajipan dalam hidup mereka.

Salah satu benda penting dlm hidup seorang perempuan ialah face mask.

Inilah  face mask yg aku pakai smlm:

Green Tea Extract Mask


Suka bau mask ni...bau green tea. Best juga pakai.
Malam2 pakai sampai tertido dibuatnya..hehe3.

Saturday, July 17, 2010

Biscuit City....Semua Diperbuat Daripada Biscuit

Memang kreatif org yg merekacipta bandar biskuit ni.
Menarikkan....bolehlah kita makan sambil usha2..haha3.


Sotong Paul Ramal Bakal Presiden Rusia...Hebat Sangat Ke Sotong Paul Ni??

Aku ni tk brp tahu sgt psl sotong paul ni.
Sbb aku tk nk kisah sgt...wpun aku ada baca pslnya.
Tapi aku tk brp nak tahu sgt...ha3.
Hebat sgt ka sotong paul ni??...emmm??
 


MOSCOW - Sebuah akhbar ternama Rusia, Komsomolskaya Pravda semalam mendedahkan, sotong psikik sensasi Piala Dunia 2010, Paul telah pun ditugaskan untuk membuat ramalan siapakah bakal presiden baru negara itu baru-baru ini.


Namun, keputusan daripada hasil tilikan sotong itu yang dijalankan oleh pihak berkuasa Rusia secara rahsia di akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman diarah untuk tidak didedahkan kepada umum sehingga selesai Pilihan Raya Presiden pada 2012.


Akhbar itu melaporkan, Paul seperti dilakukan ketika memilih pemenang antara dua pasukan bertanding, turut diminta memilih antara dua bekas tertera nama calon iaitu Perdana Menteri, Vladimir Putin and Presiden Dmitry Medvedev.


Rakyat Rusia sehingga kini masih keliru dengan keadaan politik negara itu apabila Putin dan Medvedev dilihat sama-sama berkuasa sebelum dua pemimpin itu mengarahkan pilihan raya dibuat bagi menyelesaikan kemelut itu. - Agensi

Maya Karin Cerai Talak Satu....Satu Persatu Orang Bercerai Ni???

Permulaan nampak bahagia dan mesra, tapi kita tak tahu phujung dlm sbuah phubungan.
Itulah yg selalu kita lalui dlm meniti kehidupan di dunia ini.
Apa yg blaku ke atas Maya Karin dan Mohammad Ali pun begitu juga.
Punca pceraian mmg payah nak kita tahulah.
Soal peribadi masing2.
Cuma...entahlah, terlalu banyak kes cerai sejak kebelakangan ini.
Mana silapnya, aku sdiri tak tahu.


KUALA LUMPUR - Pengesahan nikah yang dibuat pelakon dan pengacara Maya Karin serta suaminya, Muhammad Ali dua minggu lalu gagal menutup kemelut dalam rumah tangga pasangan itu apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.


Menurut sumber mahkamah, Maya, 31, dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya, Steven David Shorthose, 41, dilihat hadir di mahkamah secara berasingan untuk bercerai secara baik.


Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain memutuskan pasangan itu sah bercerai selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.


Bagaimanapun butir-butir lanjut mengenai perceraian mereka tidak diketahui memandangkan pasangan tersebut mengambil pendekatan berdiam diri dan merahsiakan daripada media.


Peguam syarie, Norhusniah Husin hadir bagi pihak Maya manakala Muhammad yang juga seorang guru Matematik di sekolah antarabangsa tidak diwakili peguam.


Perceraian tersebut semalam menjawab teka-teki berhubung tindakan pasangan itu yang hanya memohon untuk mengesahkan nikah mereka setelah dua tahun berkahwin baru-baru ini.


Status rumah tangga pasangan itu kembali menjadi bualan setelah mereka hadir di mahkamah pada 24 Jun lalu memohon untuk mengesahkan nikah di Itali dengan 7 Julai kemudian, Hakim syarie Shaiful Azli Jamaluddin mengesahkan pernikahan tersebut...petikan:Kosmo

Friday, July 16, 2010

Shiseido Blackhead Removal Mask, Aku Dah Cuba

Shiseido Blackhead Removal Mask baru sampai beberapa hari lepas. Aku apa lagi cubalah pakai. Yelah nak tanggalkan blackhead kat muka ni. Ada sikit je.


Shiseido Blackhead Removal Mask ni memang amat popular di Taiwan mahupun Jepun. Itupun kalau tak silap akulah. Apataknya di rekomen oleh famous make up artist in Taiwan Tv Shown iaitu 'Nu Ren Wo Zui Da'. Siapa dia, aku sendiri pun tak kenal..kahkah. 
Testing Shiseido Blackhead mask.
Aku pakai yg packet hitam dulu.


Satu muka aku sapu....jgn gelak..mmg hitam.
Tunggu sampai kering semua.

Dah kering tanggalkan...mcm picture kat atas tu.
Aku try ambil gambar blackhead or apa2 je kat muka yg kena tarik dgn mask ni.
Tapi hasilnya..gambar tk jelas...mcm kosong je.
Kamera tak cukup canggih kot..haha.

Sbnrnya ada mcm ni:

Tp aku tk byk blackhead...lgpun baru cuci shari sebelum pakai.
So kesan tk ketara sgt.
Namun aku amat bpuas hati dgn mask ni.
Tak sama dgn mask yg aku beli dgn satu jenama tu...sama tp tk serupa.

Ok..nak tahu lg...singgah MayaOnlineShop

Thursday, July 15, 2010

Bila Wanita Menguasai Dunia.....Apakah Ini Akan Terjadi????

Bayangkan kalau wanita mguasai dunia.
Apakah mereka akan buat?
Aku pun sebagai wanita belum terfikir ke arah nak kuasai dunia ni.
Ingat senang ke buat kerja macam tu...payah tau.

Wednesday, July 14, 2010

Apakah Kerja Yang Paling Busuk Di Dunia?

Tak terfikir pula aku, apa kerja paling busuk di dunia.
Kalau setakat buang sampah tu, taklah.
Tapi ni buang kumbahan manusia...bayangkan baunya itu.
Pasti muntah2 dibuatnya...betul tak?
Siapa sanggup kerja mcm tu, angkat tangan?
Mmg aku respect sama lu...haha3.



LEICESTER - Sekumpulan pekerja profesional menggali timbunan bahan buangan yang berbau busuk setinggi bas sembilan tingkat untuk dialihkan dengan menggunakan penyodok di dalam terowong kumbahan di bawah Dataran Leicester, London, lapor sebuah akhbar semalam.


Bukan sahaja kumbahan manusia yang mereka perlu alihkan tetapi kertas tandas yang dibuang menerusi lubang tandas dan minyak masak sehingga menyebabkan bahan buangan bertimbun.


Operasi itu bermula pada pagi semalam dan ia didakwa sebagai operasi pebersihan kumbahan paling terbesar pernah dilakukan.


Seorang pekerja di sebuah syarikat pembersih kumbahan, Danny Brackley berkata, pada mulanya pekerja-pekerja tidak dapat memasuki terowong kumbahan tersebut kerana ia disekat oleh timbunan bahan buangan.- Agensi

Hadiah Giveaway CoretanMaya OTW 2 Pemenang


Giveaway CoretanMaya dah berlalu pergi.
Hadiah pula dlm pjalanan ke destinasi pemenangnya iaitu:

 
 
Kedua2 pemenang giveaway aku ni tak de kat Malaysia sekarang.
 
Kak Ummu sekarang berada kat Mesir...kalau tk silap.
Study agama...nk jd Ustazahlah tu.
Manakala Wadud pula kat Aceh.
Sama juga belajar agama...nak jd Ustaz.
Mudahan mereka dua ni sukses dlm study jd pdidik agama.

Apa2 pun tahniah kepada mereka dua.
Aku dah kirim hadiah smlm guna pos express.
Lupa nak ambil gambar...anyway plz inform kalau dah terima ye...he3.

Tuesday, July 13, 2010

Update Earning ManggaOnline Ads...Menarik Aku Tertarik!!


 Siapa yg dah join Mangga Ads ni pasti dah dapat earning yg memuaskan...betul tak?
Wpun bbrp hari join.....kita dah dapat earning yg mgujakan.
Semangat untuk berblog tu bukan main lagi berkobar2.

Tapi aku biasa je...hahaha.
Wpun rasa teruja sikit2 tapi agak penat juga.
Entahlah sejak uruskan business online ni...mcm2 benda kena uruskan dan fikir.
Namun update blog itu penting..kalau tk, tk de pgunjung pula.
Nanti earning Nuffnang dapat siput je...sayu je hati nanti..he3.

Oklah...jom tgk brp earning aku dapat minggu ni.
Agak kurang sikit dari minggu lepas.


Dapat setiap minggu RM2.00 ok jugakan tp lama juga nak sampai RM100.
Jumlah cashout yg ditetapkan oleh Mangga Ads..kalau tk silaplah.

Aku tgk2lah...earning ni byk aku dapat dr eCPM...entah apa tu, aku kurang pasti.
eCPM ni...kat situ tulis Effective Cost PerMile...ada siapa tahu bgtau ya.
Share2 sikit pgetahuan tu...jgn kedekut...haha2.
Jgn marah...nanti aku jual.

Oklah...mls nk bebel panjang...nk p blogwalking pula.
Oh ya jgn lupa singgah ke blogshop MayaOnlineShop.

Monday, July 12, 2010

Lucky Draw RASP...Jom Join Ramai2

Kali ni aku join lucky draw yg ni pula.
Siapa yg bminat clik je link kat bwh picture ni ya.
 

 
 
Syarat pyertaan simple je.
(Petikan dr blog tuan umah)

Syarat2nya adalah :-

1) Just copy paste gambar lucky draw tu ke blog uols...

2) Buat a simple entri kat blog uols pasal lucky draw ni or nak copy paste syarat2 nie pun ok je...

3) Tinggalkan komen kat entri ahkak ni bila dah settle steps 1 & 2 ...

4) Peserta tak semestinya follower pun, and tak perlu jadik follower i ....

5) Peserta haruslah mempunyai alamat di Malaysia ya.....
 

Tarikh tutup pyertaan: 28 Julai 2010.

3 pemenang akan dipilih...Keputusan adalah muktamad!

Sunday, July 11, 2010

Bestnye Ada Orang Belanja KFC...Kesedapan Hingga Menjilat Jari!!

Aku just pesan tolong beli KFC, tapi kawan aku sorg ni baik hati sgt.
Dia belanja aku KFC pula....TQ ya. 
Lain kali belanja lagi...huhu3.



Yum yum....sedap tau!!


Bestkan dpt makan free ni.
Tapi member beli KFC original...kalau spicy lg sedap..hehe3.

Eh...Buffered Earning Barulah...TQ Nuffnang!!


Rasa macam lama pula tak tengok2 akaun Nuffnang.
Tadi tgerak hati nak check.

Tempat ptama p jenguk...biasalah nak tgk earning berapa.
Dan tgk2 ada campaign buffered earning baru ke tak.

Tak sangka ada....entah bila dapatnya, aku pun tak tahu.
Fikir buffered earning hari tu...tgk2 campaign lain.

Yang hari tu dah jadi metered earning...cepat juga.
Tak pelah...harap yg ni lama sikit hendaknya.




Iklan yang engko org selalu nampak biru2 je muncul tu.
Itulah iklan buffered earning aku.
So.....jgn malu2 nak tgk, apakah yg menarik celcom nak bg kat anda semua.

OK..the end...hehe3.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."