Kinohimitsu...pasti ramai yang dah tau rangkaian produk Kinohimitsu ni rasanyakan. Lebih2 lagi Kinohimitsu bagi aku lebih sinonim dengan Foot Detox Patch. Sebab masa mula2 kawan aku bagitau nak beli Kinohimitsu, aku fikir dia mahu beli Kinohimitsu Foot Detox Patch. Tapi rupanya Kinohimitsu J'pan Beauty Drink Collagen.
Kinohimitsu J'pan Beauty Drink Collagen ni merupakan produk kecantikan yang bermula dari dalam. Dari dalamlah keserian dan kecantikan wajah terserlah. Betul tak? Malah ia juga berkesan mengembalikan keremajaan kulit, bukan saja pada wajah, tetapi pada seluruh tubuh termasuklah leher dan payudara. Menarik bukan? Apa kata try hari ni.
Pek yang aku beli ni, pek promosi. Dalamnya ada 12 botol dan free 4 botol dengan harga RM135 di Lau Pharmacy, Bintulu. Kalau di tempat lain rasanya sama harga dengan yang tertulis di kotak tu Rm149.90. Mahal juga. Tapi sebab promosi, so belilah try. Mana tau bagus. Lagipun rasa air Kinohimitsu Collagen ni sedap.
So, bagi anda yang mengalami masalah seperti kedutan, parut akibat jerawat, garis2 halus di sekeliling mata dan sewaktu dengannya, bolehlah try Kinohimitsu Collagen ini. Tapi tak paksalah. Setiap orang ada pilihan sendiri..hehe. Lagipun sekarang di pasaran bermacam jenis produk collagen ni. Pilih je mana yang terbaik untuk anda.
Oh ya..belum habis lagi bagi info Kinohimitsu Collagen ni. Untuk pengetahuan anda, produk ni berfungsi memelihara, melembapkan, merangsang, membaikpulih, memudakan dan mencerahkan kulit anda. Kesannya pastinya terbaik. Sepertimana produk lain, produk ni juga anda perlulah amalkan selalu mengikut panduan yang akan disertakan dalam risalah Kinohimitsu ni.
Emm...lepas ni nak beli produk Kinohimitsu jenis apa pula ye? Banyak jenis keluaran produk Kinohimitsu ni. Untuk suami isteri pun ada, buang lemak, mata dan banyak lagilah. Kenalah rajin2kan diri google website Kinohimitsu. Jom minum collagen...kekalkan awet muda dan kulit yang cantik berseri.












