Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label asmara. Show all posts
Showing posts with label asmara. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Edisi Imbasan: Kahwin Cerai, Sekilas Pandangan

Credit: Google
Dalam membuat keputusan berkahwin, adakah anda pernah terfikir apa sebenarnya tujuan anda berkahwin? Adakah kerana ikutan nafsu semata-mata ataupun kerana anda ketika itu asyik di lamun cinta asmara? Mungkin juga kerana faktor usia yang mendesak anda berkahwin tanpa memikirkan keserasian ataupun tempoh untuk mengenali si dia agak singkat.


Selain itu, faktor rakan sebaya juga boleh menjurus kepada kahwin awal. Yelah nampak semua kawan sebaya sudah berumahtangga, anda pun terasa ingin mengikut jejak mereka kerana takut dikatakan tidak laku. Jadi terus mengambil keputusan untuk memilih sesiapa saja yang anda kenal dalam masa yang agak singkat tanpa mengenal hati budi masing-masing.


Sebenarnya tidak salah pun untuk berkahwin awal dan memilih si dia yang anda kenali dalam masa yang singkat. Kalau itu sudah jodoh, ia tidak akan menjadi masalah. Tapi kalau itu pilihan yang salah, macam mana pula?


Cuba fikir dalam masa yang agak singkat anda mengambil keputusan kahwin dengan si dia tanpa anda tahu sejauh mana hati budi si dia. Apa akan berlaku sekiranya sesuatu yang kurang baik berlaku dalam hubungan selepas kahwin anda. Sekiranya pilihan anda betul, pasti ia akan membawa kebahagian hingga akhir hayat. Tapi sebaliknya, ia akan membawa sejarah hitam dalam hidup anda, iaitu perceraian yang sering melanda masyarakat kita sekarang.

Thursday, July 22, 2010

Terjatuh Semasa Berasmara.....Ni Pasti Kes Terlalu Asyik Agaknya!!

Alahai ni pun boleh jadi.
Yg buat dekat dgn tingkap tu apa kes.
Tak pasal2 tgk syok terjatuh...dah nasibkan...mcm2 hal.

LUBECK, Jerman - Satu pasangan yang sedang berbogel dan berasmara cedera selepas mereka terjatuh dari tingkap sebuah flat di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


Menurut jiran-jiran, pasangan itu terjatuh dari tingkat satu dalam keadaan bogel di laluan pejalan kaki.


Mereka, berkata, pasangan itu kerap bertemu di flat tersebut.


"Kami tidak pernah melihat mereka tetapi kami pernah mendengar suara mereka," kata seorang jiran.


Seorang pegawai polis berkata, semasa kejadian, wanita itu terjatuh ke belakang dari tepi tingkat semasa mereka berasmara dan dia turut menarik teman hidupnya bersama.


Pasangan itu mengalami patah tulang dan cedera di muka serta di kepala kelmarin.


Namun, wanita tersebut cuba menutup malu dengan menyatakan dia tidak ingat berhubung insiden jatuh itu. - Agensi
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."