Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Tuesday, November 30, 2010

Add Link Anda Disini, Barulah Senang Diterjah Bila2 Masa

Wajah blog dah ubah, add itu....add ini. Hampir semua sudah. Walaupun ada kurang tapi tak pelah. Masih dlm proses belajar katakan. Lagipun yg penting sekarang, nak tingkatkan trafik agar meletup2 income buffered earning tu...hehehe. Mata duitan betullah aku ni. Ah apa aku kisah. Bukan kikis duit org lain pun. Aku usaha sendiri dgn bantuan para pengunjung serta sahabat yg setia mjenguk teratak buruk aku ni.



Clik picture comel, kasi membesar dgn sihat


Bagi anda yg suka singgah2 je tu, sini nak khabarlah sikit ye. Selain tinggalkan link dan kata2 indah bak puitis tu di Cbox, tinggalkan juga link anda di tempat yg aku dah sediakan khusus utk anda. Dgn segala hormatnya tu....aku bagi sepenuh kebebasan anda meletak seberapa byk link yg anda mahu. Tapi kalau dah bagi betis tu, jangan nk minta paha pula. Pandai2lah bsyukur ye!!. Jgn bagi spam pula tempat 'Add link' aku tu. Nanti aku spam kamu org balik baru tau...hahaha.


So, bagi yg bminat nak letak link anda di kotak 'Add Link' aku tu. Silalah klik button 'ADD LINK ANDA DISINI' di pages atas sekali tu. Kalau tak nampak, tu ada picture aku postkan sekali kat sini. Tak nampak juga...pandai2lah klik, bagi tumbuh dengan besar ye. Kalau masih tak nampak. Aku tak tau nak kata apa lagi.





Sesudah anda klik button 'ADD LINK ANDA DISINI', anda akan temui kotak seperti picture di atas ini. So, isilah tempat kosong tu ya. Dengan nama anda or nama blog anda yg indah bak bulan purnama dan jangan lupa letak link anda ye. Jangan letak sebarang link yg tak berkaitan. Nanti aku ketuk kepala baru tau...hahaha. Then last sekali tekan button 'Enter'. Tu je...senang dan mudah.


Sebenarnye benda ni dah lama di pasaran, cuma aku je belum tergerak hati nak guna. Bila aku dah belajar macam mana nk buat pages. Barulah aku letak benda ni, bagi melariskan jualan yg entah bila nak larisnye...hehe. Oklah, kawan2...jgn lupa tinggalkan link anda kat situ ye. So, mudahlah aku terjah blog anda bila2 masa. Di mana jua anda berada...:)

CoretanMaya: Rogol Sana, Rogol Sini…Tak Sudah2 Dengan Nafsu Iblis Tu

Ahli keluarga sdiri pun, tk leh caya!!


Dari dulu hingga sekarang, kes rogol ni asyik kedengaran di mana2 dada akhbar. Apa tindakan kita? Apa yang sudah dilakukan oleh pihak kerajaan? Apa hukuman yang telah dikuatkuasa? Apa kesudahan nasib kita sebagai perempuan yang sering menjadi mangsa nafsu serakah kaum lelaki yang durjana ini?


Takut betullah, bila fikir2 jadi perempuan ni. Di mana2 ada saja mata jahat yang cuba mengambil kesempatan. Tak kira anda berpakaian seksi atau berselubung penuh.Tak kira anda remaja, tua ataupun bayi, Kes macam ni semacam menjadi lumrah dalam hidup kaum jantan yang tak bermoral ini. Mana pergi pertimbangan akal anda? Tak takutkah anda, Tuhan yang sentiasa memerhati setiap kelakuan hina anda itu? Aduh payah betul.


Bukan saja orang luar tak boleh dipercayai. Tapi orang yang paling dekat dengan kita pun tak boleh percaya. Ayah, abang, adik dan saudara. Mereka ini paling membahaya. Bukan semualah. Tapi golongan inilah yang sering menghangatkan dada akhbar sekarang. Yang baru2 ni, saya ada terbaca pasal bayi yang mati kerana diliwat ke apa. Apa kes? Bayi secomel & sekecil itu diperlakukan sebegitu. Aduh, dah hilang akalkah manusia sekarang? Si ibu pula sanggupkah anda berdiam diri melihat kejadian begitu? Jangan kerana sayang, kita menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram. Bertindaklah sewajarnya dari menangung dosa.




Penat bila fikirkan kes semacam ini. Tak ada penghujung ceritanya. Perkara yang sama saja berlaku. Entah apa tindakan keras yang diambil oleh kita atau kerajaan? Sekadar hukuman yang biasa2 tu. Mana orang nak takut dah. Makin menjadi-jadi adalah. Ok..para perempuan, berhati-hatilah sepanjang masa. Mudahan kita dijauhkan dari perkara tak elok ini. Mudahan Tuhan sentiasa bersama kita. Amen.

Nukilan;

Monday, November 29, 2010

CoretanMaya: Selepas Kahwin, Perlu Ke Berkerja?….Khas Buat Wanita

Credit:Google

Ada sesetengah orang dulu-dulu, kata wanita hanya sesuai duduk rumah uruskan urusan rumah tangga je. Tapi tidak semua yang berfikiran begitu di era moden ini. Setiap lelaki atau wanita sekarang mengejar kerjaya daripada duduk terperuk dalam rumah je. Wanita sekarang lebih maju selangkah dengan kaum lelaki.

Di mana-mana kita dengar wanita sekarang makin menembusi kerjaya yang belum pernah wanita ceburi dulu. Serta boleh merasa bangga kerana seiring dengan apa yang kaum lelaki boleh lakukan. Walaupun secara fizikalnya, ada setengah kerjaya kaum lelaki tidak mampu dilakukan oleh kaum wanita sepenuhnya. Tapi kaum wanita boleh mencuba kerana wanita sekarang lebih suka menyahut cabaran era moden masa kini. Cuma yang penting tidak melampaui batas kewanitaan.

Emm…bagaimana pula dengan anda? Mampukah anda meneruskan kerjaya selepas memasuki alam perkahwinan? Saya rasa ya. Kenapa? Bagi saya kebanyakan wanita sekarang lebih pentingkan kerjaya dan juga mereka tak abaikan urusan rumah tangga. Mungkin ada sesetengahnya yang bersikap terlalu pentingkan kerjaya sampai mengabaikan keluarga yang akhirnya mengakibatkan kepincangan rumahtangga. Kalau dua perkara ini dapat diuruskan secara bijak dan kerjasama antara dua pihak, rasanya tidak ada masalah sangat.



Kahwin+Kerja

Kenapa wanita perlu kerja selepas kahwin? Kenapa ya? Cuba kita tengok keadaan sekarang. Banyakkan dengar berita mengenai perceraian. Cuba fikir adakah hidup anda sebagai wanita terjamin sekiranya perceraian berlaku? Saya tahu sebagai wanita Islam kita ada undang-undang sendiri yang uruskan hal mengenai nafkah selepas kahwinkan. Hal ni saya tak berapa arif, so kena rujuk kepada orang betul-betul pakar. Kalau tersilap kata payah pulakan.

Tapi takkan kita nak bergantung sepenuhnya pada undang-undang je. Kita sebagai wanita perlu ada persiapan khas untuk menempuh perkara macam ni. Misalnya mempunyai simpanan peribadi sendiri, bukan bermaksud menyingkir peranan suami yang mampu menyara anda atau mengandaikan perceraian akan berlaku. Not that. Anda boleh buat simpanan sendiri sebagai keperluan anda untuk masa depan. Mana tau anda mahu beli sesuatu yang diidamkan atau apa-apa je yang anda ingin buatlah.


 Oh duit duit...hahaha

Zaman sekarang rata-rata saya tengoklah, lebih mengejar kemewahan. Payah kita nak cari seseorang yang betul-betul menyayangi kita kerana diri kita. Mungkin sebab ekonomi yang semakin menekan ataupun memang dah gaya hidup orang sekarang yang lebih suka mengejar orang ada duit je. Malah sekarang selalu je dengar kes perceraian. Entah mana silapnya. Kahwin cerai kahwin cerai. Aduh letih macam ni. Kalau kes macam ni. Kita, wanita harus pentingkan kerjaya sebab kita tak tahu apa akan berlaku sekiranya anda tiada tempat untuk bergantung kelak bila perceraian melanda.

Kalau perceraian tu membawa banyak musibah, kan naya je. Kalau dulu anda senang lenang duduk rumah je. Tapi bila bercerai, anda hilang punca income. Nak bayar tu, tak de duit. Mana nak cari, kalau anda tak mempunyai kerjaya. Dulu lainlah, masa ada suami. Tak payah fikir banyak. Minta je kat suami. Bila tak de, baru fikir kerjaya tu penting. Sebenarnya semua ni bergantung pada nasib. Kalau nasib ok, hidup pun bahagia je.

Kalau sayalah, saya mahu kerja selepas kahwin. Bukan kerana saya tidak percaya suami saya. Cuma ingin mencapai cita-cita yang saya impikan. Lagipun buat apa belajar tinggi-tinggi kalau asyik duduk rumah je….kan. Buang masa dan duit je. Pendapat saja tu. Perjalanan hidup kita sendiri yang pilih. Oklah….pilihlah haluan anda sendiri. Nak duduk rumah atau teruskan kerja.

Nukilan;

Sunday, November 28, 2010

CoretanMaya Berwajah Baru

Hari ni, aku habiskan masa mcari template yg memikat hati nuraniku. Byk juga template yg aku bkenan tp bila dah siap psg, ada mslhlah pula. Element or gadget template yg aku bkenan npk bmslh je. So, cari2 punya cari aku jumpalah template yg aku pakai ni skrg. Tiada pilihan juga, kena juga pilih template ni...hehe. Mcm tpaksa pula.



Mcm mn? Ok tak, gaya wajah baru blog aku ni? Pastinye simple je. Lagipun aku mmg dah lama nk cari template yg ada 2 column ni. So, tk pyh aku letak byk sgt widget kat dlm blog aku ni. Ini pun dah byk. Aku harap tklah berat sgt loading blog aku ni ye. Aku nk terima kasih kpd Uncle yg bg pendapat agar aku memilih template yg ada 2 column kerana ia lebih senang dan simple je. TQ ya Uncle.........siapa Uncle tu...nilah dia...clik sini: UNCLE


Walaupun sudah setahun lebih aktif dlm dunia blog, masih byk lagi aku tk tahu mgenai blog ni. Nk buat blog pun aku tk tahu dulu. Tp sebab semangat nk join Nuffnang, aku belajarlah serba sedikit cara2 buat blog. Hari ni aku dah pelajari buat pages kat bhgn atas skali tu, bwh follower. Toturial utk buat pages tu, aku google je kat laman carian. Nk tanya org lain, tk tau nk tanya sapa. So, belajarlah sendiri.




Buat yg ptama kali singgah ke blog aku ni, inilah wajah lama blog aku. Cute dan simple juga...hahaha. Dulu ms aku tukar ke template ni, rezeki blog aku agak baik juga. Selalu je dapat buffered earning dr Nuffnang. Aku harap dgn penukaran wajah baru yg lebih simple ni, mbuka lebih luas rezeki buffered earning buat blog aku ni. Serta ramai pgunjung singgah dgn kemunculan kembali GengBlogger yg mmg meletop punya. Ok...SELAMAT BERBLOG SEMUA AND TQ YA!!

Saturday, November 27, 2010

CoretanMaya: Sana Sini Gossip….Macam-Macam Ada

Credit:Google


Selalunya kita dengar, tak payah dengarlah. Kata. Orang perempuan memang nombor satu dalam bab bergossip ni. Betul ke? Hakikatnya memang betul tapi jangan fikir lelaki pun tidak pandai nak bergossip. Kadang-kadang kalah orang perempuan tau.


Gossip sana, gossip sini. Kepoh sana, kepoh sini. Entah apa yang best sangat tu ya. Kalau perkara benar, tidak apalah. Kalau perkara tak betul, just angin-angin kosong je. Buat pe? Buat tambah dosa adalah. Tapi kan selalunya gossip ni mendapat liputan meluas. Macam pisang goreng panas.


Contoh paling sensasi. Kita tengok sendiri macam mana media hiburan mengekplotasikan cerita sensasi dan hot-hot gitu tentang para artis. Hebatkan media hiburan dalam bergossip ni. Adakalanya apa mereka hebohkan betul dan adakalanya jauh dari landasan kebenaran.


Tapi dalam hal ni, kita tidak sepatutnya menyalahkan media hiburan semata-mata. Kadang-kadang para artis tu sendiri cuba mengambil kesempatan untuk mensensasikan tentang mereka hanya bertujuan untuk melariskan album ataupun untuk menjadi popular. Alahai…macam-macam halkan.


Ingat best ke kena gossip ni. Kalau gossip perkara baik tak pe. Ni perkara buruk lebih menyerlah dari perkara baik. Biasalah manusia ni, suka sangat cakap perkara buruk dari baiknya. Nak tambah dosa katakan…hehehe.


Gossip dalam office tidak kurang hebatnya juga. Baru minggu lepas kawan saya yang kerja bahagian operator telephone cerita kepada saya yang dia kena tegur dengan suaminya. Hanya gara-gara dengar gossip, entah dari siapa. Pasal dia ada scandal dengan budak cina bahagian HR. Saya nak tergelak dengar cerita dia tu. Yelah tak pernah dengar cerita macam tu sebelum ni.


Angin-angin pasal gossip scandal mereka dua pun tak ada. Entah dari mana suami kawan saya dengar cerita tu agaknya ya. Kawan saya ni memang marahlah dengar. Yelah perkara tak pernah dibuat, tiba-tiba ada. Orang yang paling disyaki ialah kawan lelaki suami dia. Yelah, tak ada orang yang paling rapat dengan suami dia yang perangai ikut musim tu.


Itulah saya cakap, sekarang ni bukan perempuan je pandai bergossip. Lelaki pun apa kurangnya. Cuma bilangan mereka kuranglah, kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Pesanan saya, kalau nak bergossip tu boleh tapi janganlah sampai memusnahkan hidup orang lain…ok. SELAMAT BERGOSSIP.

Nukilan; 

Mengapa Wanita Mudah Menangis? Adakah Air Mata Wanita Terlalu Murah?

Credit:Google

 
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.
 
 
Persoalannye apa yg myebabkan wanita mudah menangis? Adakah saja2 je mereka nak nangis? Or ingin dapat phatian dr seorang yg disayanginye? Or memang lumrah wanita itu sendiri yg memang mudah menitiskan air mata? Or air mata seorang wanita itu terlalu murah harganye?
 
 
Apa pun sebab yg diberikan, sebenarnya wanita menangis adalah berpunca beberapa faktor. Persoalan mengenai ' Mengapa wanita menangis??' ini telah berjaya dirungkaikan oleh Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah, dalam sebuah rancangan TV. 
 
 
Jadi, disini dihighlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau:
 

1) Punca wanita menangis.

-Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)

-Mengurangkan stress.

-Tanda keinsafan @ penyesalan.

-Sebagai ugutan emosi.

 
Seperti kita maklum, perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekelilingnya. Daya tumpuan akal seseorang wanita , banyak dipengaruhi oleh emosi samaada ia memberi kesan baik mahupun buruk.


Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2 @ 3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.


2) Kesan tangisan.

-Dapat perhatian

-Suasana rumah tangga tergugat.

-Lelaki jadi bingung.

-Orang lain dapat mesej.

-Mata bersih dan sihat.

Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira..


Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1) Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih
= Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2) Selalu berdoa kepada Allah.
3) Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4) Sentiasa tersenyum - Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
 
 
Nk nangis...huhuhu


Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati - Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. ( Ia terpendam dan terbuku dalam hati. )


Kena cari punca tangisan.

- Ramai yang tidak tahu, bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar @ tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!!


Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.



Kesimpulannye...bagi aku, wanita menangis sebab jiwa mereka terlalu sensitif dan ingin luahkan rasa yg terpendam dalam hati mereka. Maybe adakalanye mereka tak mampu nak luahkan dengan kata2. Sebab itulah dengan cara menangis saja dapat menenangkan hati mereka. Untuk sebab lain tanya wanita itu sendiri...hehe.

Wow Super hot #CelcomBiz Promo: Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800. Jom dapatkannya sekarang!



BlackBerry® Bold 9780

RRP RM1,888



BlackBerry® Torch 9800

RRP RM2,188

Semuanye ada di CelcomBiz

CoretanMaya: Tak Layan Kata Sombong, Layan Pula Kata Murah...Entah Apa2lah!!

Credit:Google

Kalau nak gorat perempuan, lakilah yang nombor satu. Takkan perempuan kot. Tu lesbian namanya. Lelaki ni memang pandai guna kata-kata manis untuk memikat hati perempuan yang diminati. Entah-entah kata-kata lelaki ni lebih manis dari gula-gula agaknya.


Bagi laki yang kaya pula, apa lagi gunakan kemewahan yang ada untuk mengorat perempuan yang cantik-cantik, cun melecun dan sexy gitu. Sexy sampai mata pun rasa seksa nak tengok. Mostly laki kaya ni akan dapat apa mereka hendak. Yelah, kebanyakan perempuan sekarang terutamanya perempuan lawa-lawa ni pasti mengejar lelaki kaya kerana ia merupakan motif utama sesetengah mereka. Siapa tak mahu hidup senang beb. 



Bagi yang dapat lelaki kaya yang baik, selamatlah. Bahagia hingga akhir usia. Cewah macam lirik nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza pula. Bagi yang dapat laki buaya dan tak guna, asyik nak permainkan perempuan, memang malanglah kot. Tapi nasib merekalah, yelah nak sangat lelaki kaya. Sabar jelah ye.


Oh ya…saya bukan nak cakap pasal mereka ni. Maaf ye, saya bukan anti lelaki kaya or perempuan cun melecun ni. Cuma setengah dari perangai golongan ini yang meluat ditengok mahupun didengar terutamanya perempuan gedik. Aduh, nak muntah tengok perangai gedik ni. Memang anti sangat-sangat.
 Penat layan kerenah manusia mcm2 ni


Oklah, direct to point. Perkara ni pernah saya alami. Adakah patut lelaki tu nak gorat, last-last bila kita tak layan, maksud saya macam kita tak suka nak hubungan serius. Mulalah maki dan kutuk kita. Cakap yang bukan-bukan, benda yang mengarut-garut. Hoi…orang dah sudi layan dan tegur tu, kira cukuplah. Taklah sombong macam bangka. Ni bila dah layan dan orang tak terima, mulalah keluarkan kata-kata kurang ajar.


Nilah sesetangah orang kita, bila tak layan kata sombong. Bila kita layan, kata murah dan kutuk macam-macamlah bila hajat tak tertunai. Buang masa dan air liur saya je cakap dengan orang bengap ni. Kalau gorat stail macam tu, tak payahlah. Buat sakit hati orang je. 

Oppss…bukan semua lelaki macam ni tau. Ada yang gentleman dan menghormati pilihan orang lain. Tapi, ada tapi juga. Berhati-hati dengan hati manusia, kita tak tahu apa mereka fikir. 

Nukilan; 

Friday, November 26, 2010

Boleh Ke Tengok Perwatakan Seseorang Melalui Payudara?

Credit:Google


Jeng jengggg...entry bukan hangat sgt pun and semestinye bukan lucah tau. So, buka minda anda secara positif sblum fikir ke arah negatif...hehe. Aku saja je nk tulis entry ni hari ni. Sbb aku tertariklah dgn post seorg blogger  mgenai 'Perwatakan Melalui Payudara'. Memang menarik gitu!!



Menurut artikel yg aku cari dlm Google, sebuah akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor dirinya. 
 
 
Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. 
 
 
 Jgn pdgn tgh...hehe



Utk memendekkan penerangan, diperturunkanlah wasiat mcm kat bawah ni. So, tk payahlah anda terjuling mata baca entry yg pjg lebar yg entah apa2 phujung ceritanye. Jgn malu2 pilih mana satu yg bkenan Ok!!


Payudara besar dan bulat seperti tembikai
• wanita tersebut memiliki sifat keibuan
• Ingin selalu dipuji
• Inginkan dimanja
• Tapi perempuan jenis ini tidak suka melakukan hubungan seksual secara kerap


Payudara yang tertonjol seperti buah lemon

• seorang yang sangat-sangat ceria dan selalu memeriahkan suasana
• suka ketawa bersendirian
• inginkan kehidupan yang seimbang


Payudara pejal dan bujur seperti nenas
• seorang yang pintar
• lebih memikirkan kerjaya
• romantik dalam percintaan
• seorang yang setia pada yang Satu
 

Payudara pejal dan lembut seperti limau gedang

• prestasi seks yang kurang memuaskan
• sering terperuk dirumah
• lebih suka memanjakan kekasih dan kemesraan
• jarang naik angin
• berkeyakinan tinggi
 

Payudara kecil seperti buah ceri

• seorang yang lucu dan cerdik
• menghiburkan kekasihnya
• agak ghairah


Payudara seperti buah pear

• kerap menduakan suami
• agak curang


Sumber dipetik dr:

Perwatakan melalui payudara

Tentukan Perwatakan Melalui Saiz Payudara

Thursday, November 25, 2010

CoretanMaya: Bila Dah Ada Boy/Girlfriend, Lupa Kawan!!

 Credit:Google
 
 
Dalam hidup ini bermacam-macam perkara kita lalui. Lebih-lebih lagi dalam hubungan persahabatan. Ada suka & duka. Begitu juga dalam hubungan couple, suami isteri mahupun dengan family. Tapi saya tidak mahu nak cakap pasal semua tu. Just nak sentuh pasal hubungan persahabatan sahaja.


Rasanya ada antara anda pernah alami situasi di mana kawan rapat anda sudah mempunyai boy/girlfriend, tidak mempedulikan anda lagi. Bila time boy/girlfriend tak ada disisi, barulah terhegeh-hegeh mencari anda. Bermakna anda diperlukan hanya bila dia rasa perlu saja. Kawan macam ni memang hampeh je. Paling tak suka kawan sebegini.


Dia ingat kita ni siapa?  Kawan just perlu time susah je. Time happy, entah menghilang ke mana. Batang hidung pun tak nampak. Bila tak dilayan, cakap bukan-bukan. Elokkah kawan macam tu? Anda mahu kawan sebegitu? Kalau saya tak mahu, buang masa saya je.
 
 


Bukan kita tak suka kawan rapat kita rapat dan sentiasa berkepit dengan boy/girlfriend dia. Cuma jangan buat kita macam diperlukan bila dia rasa perlu je. Saya pernah alami keadaan sebegini. Selepas dia break dengan boyfriend lama dia, dia sering bersama saya. Tak kira time susah dan senang. Kira kawan rapatlah. Time dia nak gorat lelaki yang dia suka, saya sokong je. Lagipun lelaki tu kawan satu office dengan kami.


Tapi bila dah bercouple, dia mula rengang dengan saya. Begitu juga dengan kawan rapat dia yang lain. Kami tiga sekawan. Time dah ada boyfriend, dia memang tak peduli kami. Asyik sepanjang masa layan boyfriend dia tu. Kami taklah kisah sangat. Sebab kami faham, orang dah ada boyfriend dah. Mesti nak rapat macam belangkas. Tapi perangai yang kami tak suka ialah bila time susah baru nak cari kawan. Time gelak-gelak dan happy-happy bersama boyfriend,tak peduli kawan dah. Bila tak peduli, cakap yang bukan-bukan pula. So, salah siapa.


Bosan dengan kawan sebegini. Lebih-lebih lagi kawan yang suka tikam dari belakang. Awas….jangan terlalu percaya orang. Manusia ni ada macam-macam perangai. Hati pun lain-lain. Yang baik boleh jadi jahat, yang jahat boleh jadi baik. So, terpulang kepada diri sendiri untuk menilai seseorang.


Nukilan; 

Remaja Lelaki Dirogol 4 Wanita, Biar Betul??

Gambar hiasan je


Kadang2 rs tk percaya juga bila dengar lelaki kena rogol dengan perempuan. Selalunye kes rogol ni berlaku ke atas perempuan bukan lelaki. Tapi terbalik pula sudah dunia ni. Ni lelaki pula jadi mangsa rogol. Tapi terfikir juga, lelaki tu kalau kena rogol akan alami trauma seteruk perempuan ka?  Maruah diri mereka akan tercemarkah or mereka lebih rasa seronok diperlaku demikian? Yelah, dpt nikmat yg tk diduga. Entahlah.


Apa2 pun kalau bkait mgenai rogol. Memang pkara yg tk baik punya. Memang mcemar seluruh jiwa raga mangsa. Trauma dan macam2 perasaan yg mganggu jiwa si mangsa. So, sebagai perempuan bhati2lah di mana jua anda berada...pesanan ni bukan buat perempuan je tau. Lelaki juga harus waspada kerana dunia skrg tbalik. Jgn pula anda jd mangsa rogol perempuan pula nanti. Macam kes dalam berita di bawah ni:

PAPUA - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diserang oleh 10 orang wanita yang bersenjatakan pisau di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pegawai polis, Teddy Tei memberitahu, sekumpulan wanita tersebut menyerang remaja sekolah tersebut pada Jumaat lepas.
"Lebih 10 wanita bersenjatakan pisau menyerang remaja tersebut dan empat daripadanya telah mengadakan hubungan seks dengannya.
"Saya selalu memberi amaran kepada wanita untuk berhati-hati pada waktu malam, namun kini saya memberi amaran tersebut kepada lelaki juga," katanya.
Tei memberitahu, dia bimbang wanita-wanita tersebut mungkin menghidap HIV/AIDS dan telah menjangkiti remaja tersebut. - Agensi

Fuh...mmg ganaslah 10 org wanita ni, guna pisau serang si mangsa. Nasiblah 4 org yg rogol dia. Kalau kesemua 10 org, tk taulah nk cakap apa...sdiri bayangkan jelah. Teruk btl. Mudahan dijauhkan pkara tk baik ni. Tk kira ke atas perempuan mahupun lelaki.

Wednesday, November 24, 2010

CoretanMaya: Kerana Seorang Lelaki, Kau Sanggup Tikam Aku Dari Belakang

Credit:Google


Pernahkah anda alami situasi di mana, kawan baik anda yang memang rapat dengan anda. Tikam anda dari belakang, hanya gara-gara seorang lelaki. Bagi yang pernah, memang rasa pedih hatikan.


Walaupun lelaki tu hanya kawan rapat anda saja, bukannya kekasih hati pun. Kawan perempuan anda sanggup berbuat demikian. Kan senang, kalau suka bagitahu je. Daripada memburuk-burukkan kawan sendiri dari belakang, sampai hubungan persahabatan antara anda terputus dan lelaki itu fikir negatif tentang diri anda.


Ini baru kawan rapat je. Kalau kekasih hati juga dia ingin kebas, entah apa punya kawanlah itu. Elok buang je dalam sampah. Buat menyusahkan hidup kita je. Kawan yang suka tikam belakang ni patut dielakkan. Boikot mereka, yelah asyik buat dajal je kat kawan.


Perkara ni, pernah berlaku pada saya. Kawan rapat yang makan tidur dan sentiasa bersama. Ada masalah sama-sama cuba selesaikan tapi bila masuk bab lelaki. Memang siallah. Pandai berpura-pura dan berlakon macam tidak pernah berbuat salah terhadap kawannya. Salah saya juga sebab cepat percaya dan tidak cepat mencurigai orang. Dah nasib.
 


Tapi sejak kena tikam ni, saya hilang dah kepercayaan pada member yang macam ni. Saya selalu ragu keiklasan orang yang nak berkawan dengan saya. Apa yang telah berlaku sebagai ikhtibar bagi saya agar tidak cepat percaya dengan sesiapa pun. Jadi, kawan biasa macam tu jelah. Nak percaya sangat, tak mahulah.


Hubungan saya dengan kawan lelaki saya tu, berakhir macam tu je. Entah apa yang member saya bagitahu dia, saya pun tidak tahu. Tidak diberi peluang nak bercakap. Cuma dapat message, jangan ganggu saya lagi. Dah orang tidak mahu berkawan, saya malas nak kisah sangat. Biar jelah. Member yang jahat hati tu, saya pasti dia akan mendapat balasannya kelak. Sebab saya percaya setiap perbuatan ada balasannya. 


Pengajaran...jangan cari kawan yang suka tikam belakang dan jangan percaya orang sangat. Percaya boleh tapi mesti ada curiga sikit, Ok. 


Nukilan; 

Rapunzel A Tangled Tale....I Like It!!



Macam best je cerita cartoon Rapunzel A Tangled Tale baru ni. Wajib tgk ni. Aku mmg peminat no satu, cerita2 fairy tales. Dulu ms budak2 or remaja, kalau ada cerita2 fairy tales di tayangkan di TV. Tak kira dlm bentuk animasi or real manusia. Aku tetap layan. Peminat setia katakan.


Semua cerita dlm fairy tales mcm Cinderella, Show White, Little Mermaid dan sewaktu dengannye dulu, tk pernah aku ketinggalan nk tgk. Best cerita2 ni. Biasalah aku ni jenis suka berangan2, nasiblah tk jd macam Mat Jenin. Lagipun cerita2 mcm ni b'akhir dgn happy ending. Wpun kita tahu dlm hidup ini, tk semuanye happy ending. Apa pun, kita haruslah berusaha untuk mcapai apa yg kita ingini then bdoa dan akhir skali barulah btawakal. Mudahan semua ok...betul tak?



Secara ringkasnye: 
Sebuah animasi terbaru dari Walt Disney Pictures "Rapunzel : A Tangled Tale". Filem ini menggunakan suara Mandy Moore, Zachary Levi, Donna Murphy. Filem ini diarahkan oleh Bryon howard dan Nathan Greno. Lirik lagu dalam filem dicipta oleh Glenn Slater dan komposer oleh Alan Menken. Filem ini bergenre animasi fantasi. "Rapunzel : A Tangled Tale" akan mula berfantasi pada 25 November 2010. Jalan ceritanye, sama je dgn jalan2 cerita Rapunzel yg dulu2 tu...kalau tk silaplah...hehe. Nak tau, kenalah serbu pawagam ok.
 Ni watak heroinnye.....bestkan punyai rambut yg pjg mcm ni. Tp jenuhlah nk jaga.

Ni pula heronye...hensem gitu, jgn cair pula..haha.

Akhir skali...jom layan trailer Rapunzel A Tangled Tale...sblm kita layan di pawagam pula nanti.


Credit:Youtube

Tuesday, November 23, 2010

CoretanMaya: Calon Teman Hidup, Pilih Rupa Atau Hatinya?

Syg kamu


Dalam mencari teman hidup, kita pastinya ingin memilih yang terbaik untuk diri kita. Sebab ia adalah masa depan kita. Bukannya hidup bersama untuk sehari dua tapi sepanjang hayat kita di dunia ini.


Rata-rata kebanyakan orang lebih memilih rupa seseorang dulu sebelum mengenal hati budinya terlebih dulu untuk mengenali seseorang. Maybe taklah semua.


Kalau ditanya saya pun saya tengok rupanya dulu tapi paling utama hati budi. Macam mana perangai dia dan peribadinya. Saya tak mengharapkan rupa yang kacak dan seseorang yang kaya menjadi teman hidup saya. Bagi saya cukuplah saya rasa orang tu cute di pandangan mata saya, rajin bekerja and bla bla bla.



Mungkin ada setengah antara kita yang terlalu cerewet memilih pasangan hidup. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau semua tak boleh, eloklah kahwin dengan diri sendiri dari menyusahkan orang lain kan? Naik fed-up juga dengan orang yang begini.

Bagi sesiapa yang memilih pasangan yang kacak atau cantik rupa, berhati-hati ya. Semua tu tak menjamin sepenuhnya kebahagian anda. Kacak atau cantik rupa tak semestinya hati pun cantik. Kalau harap rupa cantik je, hati busuk macam taik tu. Elok lupakan. Buat naya hidup je kahwin dengan orang macam ni.


aku pilih hatimu...sedia nk panah ni


Ada setengah orang tu suka mengambil kesempatan atas kecantikan atau kekacakan yang ada untuk mengorat lelaki kaya. Bila dah dalam gengaman mereka, mereka akan mengkikis harta mereka sedikit demi sedikit. Yang ni jenis perempuan pisau cukur dan lelaki kasanova. Baik elakkan, jangan terpedaya dengan rupa dan tingkahlaku mereka itu.


Sebenarnya agak payah juga nak menilai hati orang ni. Kadang-kadang orang akan tunjuk baik je masa kenal. Bila dah lama, dah jadi suami isteri. Perangai jahat akan timbul. Masa tulah kita dapat tengok rupa sebenar seseorang tu. Nak pusing balik dah tak dapat. Terpaksalah tempuhinya.


Macam mana nak kenali seseorang yang baik hatinya ya? Saya tak tahulah macam mana. Cuma saya harap dan berdoa bertemu orang yang baik hati untuk menjadi teman hidup saya. Walaupun dah jumpa, tapi perlu kenal sejauhmana keserasian juga. Hati atau rupa, rasanya dua-dua penting. Bergantung pada penilaian masing-masing. Saya memilih dua-dua tapi hati paling utama. Bagaimana pula anda? Tepuk dada tanya hati anda.

Nukilan;

CoretanMaya: Perlukah Jual Maruah Diri Untuk Biayai Teman Lelaki? Berbaloikah?

Just hiasan je-Credit:Google
 
 
 
Dalam dunia bercinta bermacam-macam berlaku yang menagih satu pengorbanan yang tak terkira nilainya. Tapi perlukah berkorban menjual maruah diri semata-mata untuk biayai teman lelaki? Just teman lelaki yang belum pasti menjadi hak milik anda.


Dan pasti belum tentu teman lelaki anda itu menerima anda setelah anda sanggup menjual diri anda. Tak terfikirkah anda, kalau betul teman lelaki anda sayang anda. Masakan teman lelaki anda sanggup menyuruh anda biayai dia dengan cara menjual diri. Tidak adakah cara lain yang lebih baik dari memilik jalan yang membawa penyesalan di penghujung hari.


Kita tak pasti apa akan berlaku di kemudian hari dan kita tidak tahu apakah yang sebenarnya teman lelaki anda mahu. Entah2 teman lelaki anda itu sekadar ingin mengambil kesempatan ke atas anda yang terlalu menyayangi dia. 


Ingat sayang, sayang juga, Cinta, cinta juga. Tapi jangan sampai kita diperbodohkan oleh perasan cinta dan sayang yang tidak mengenal erti dosa. Jangan mengikut kata hati yang kadang2 membawa musibah diri.


Menyintai seseorang ada batasnya. Bila teman lelaki anda meminta lebih. Kita kaum perempuan harus ingat sejauhmana kita perlu lakukan untuk teman lelaki kita. Jangan mengikut membabi buta. Kalau tak kesudahan yang malang akan mengiringi  hidup kita. 
 

Sebagai renungan.....baca petikan berita ni: Biayai Teman Lelaki

Monday, November 22, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows Cecah Kutipan RM190.5 Juta...Wow Banyak Tu!!

Credit:Google


Movie Harry Potter baru dah ditayangkan tp aku blum lg tergerak hati nk tgk. Semua org dah habis layan barulah rs nk tgk...hahaha. Ketinggalan btllah. Bukan apa, tk brp minat sgt nk p wayang tgk. Nk beli vcd, fikir byk kali juga. Wah...kedekutnye aku....hehe.


Sebenarnye aku kureng minat movie Harry Potter ni. Tp adalah juga tgk sikit2. Sekejap je, lepas tu mgantuk. Rs bosan pula. Maybe sbb tk ikuti sepenuhnye jalan cerita dr episod ptama hingga akhir, so rs tgantung je jalan ceritanye bila tgk kejap2 ni. Tk pelah, sapa bminat tu. Layan jelah.


Yg bestnye movie Harry Potter ni, tiap kali tayang je. Pasti mcecah jutaan dollar kutipan. Sbb itulah pelakon2 dlm Harry Potter semakin kaya beb. Rezeki mereka katakan.


Filem Harry Potter cecah kutipan RM190.5 juta

LOS ANGELES - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$61.2 juta (RM190.5 juta) pada hari pertama tayangannya. 

Tayangan pembukaan pada hujung minggu lalu mencatatkan kutipan terbaik dalam siri filem Harry Potter sebelum ini. 

Tayangan pada Jumaat lalu, meletakkan Deathly Hallows di landasan yang betul untuk melepasi kutipan filem sebelumnya, Harry Potter and the Goblet of Fire yang mencatatkan jualan tiket mencecah AS$102.7 juta (RM319.7 juta) pada tahun 2005.

Filem terbaru Harry Potter itu menduduki tempat kelima dalam carta box-office bagi kutipan terbesar pada hari pembukaan.......berita lanjut terjah KOSMO ye.

Sunday, November 21, 2010

Edisi Imbasan: Cinta Jarak Jauh, Sejauhmana Anda Percayakan Dia

Credit:Google

Bila saat dilamun cinta, kita bagai di awan-awan. Semua yang kita alami, rasa indah dan membahagiakan saja. Apa saja silap di pandangan orang lain, anda pasti tidak nampak. Yelah cinta telah mengaburi mata hati anda. Tapi tidak semua yang begitu.


Cinta, sama ada jarak dekat ataupun jarak jauh. Tidak ada bezanya sangat. Yang penting kepercayaan ke atas insan yang anda cintai. Tanpa kepercayaan, cinta yang terbina akan hancur dan diselebungi hirisan luka di jiwa.


Bagi yang bercinta jarak dekat, dapatlah anda mengetahui sejauhmana pergerakan si dia dan sentiasa bersama si dia walau dimana pun berada. Selalunya orang yang masih baru bercinta, memang asyik nak berkepit macam belangkas. Bila dah kahwin, lain pula jadinya. Ini memang selalu berlaku dan sering kita dengar rungutan orang yang dah berkahwin. Kalau yang dapat suami atau isteri yang romantik, cinta dan kasih sayang tetap berseri walaupun selepas kahwin.


Bagi yang bercinta jarak jauh selalunya persoalan ini akan bermain di minda anda. Sejauhmana anda mempercayai si dia? Adakah dia seorang yang boleh dipercayai dan setia dalam menempuh onak duri bercinta? Bagaimana pula anda, setiakah anda? Mampukah anda mempertahankan cinta yang anda bina? Semua ini terpulang pada sejauhmana keikhlasan cinta di hati antara anda dengan si dia.


Memang payah nak mempercayai si dia bila si dia jauh dari mata. Yelah kita tidak tahu apa yang si dia buat. Entah-entah si dia berlaku curang pun kita tidak tahu. Tapi harus ingat tidak semua cinta jarak jauh ini berakhir dengan sejarah luka. Ada yang bahagia membina mahligai. Semuanya bergantung pada kepercayaan dan jodoh yang telah ditentukan oleh Tuhan. 
 




Bganding tgn kita menempuh segala dugaan


Bagi saya senang saja. Kalau kita ikhlas pasti apa yang kita terima pun ikhlas juga. Setiap perbuatan pasti ada pembalasannya. Jadi, nikmatilah hidup dan jangan terlalu berfikiran negatif. Cubalah mempercayai si dia, walaupun ada sedikit perasaan curiga mengetuk pinta hati anda. Tidak salah mencurigai si dia tapi janganlah keterlaluan sampai memburukkan hubungan anda dan memyebabkan si dia terasa terkongkong, akhirnya cinta yang terbina putus begitu sahaja.


Ingat, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Usahakan apa yang patut. Moga bahagia menemani hidup kita. Amen.


Nukilan; 
 
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."