Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label bosan. Show all posts
Showing posts with label bosan. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Pakej Tukar Suami Isteri..Ada Juga Orang Tak Betul Buat Macam Ni Ye!!

Issss......tak sangka ada juga orang amalkan pakej tukar suami isteri ye. Memang nak menghalalkan maksiat je kerja mereka ni. Cukuplah layan suami isteri sendiri. Janganlah sampai nak tukar2 pula.
 
 
 
 

JOHOR BAHRU: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.

Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing....berita lanjut baca METRO


Orang yang suka buat macam ni, agaknye terlalu bosan dengan hidup dan tak menghargai pasangan masing2. Siapa yang sanggup melihat suami or isteri ditiduri orang lain. Issss...tak sanggup aku. Minta dijauhkan perkara yang dimurkai Allah ini. Amin.

Thursday, November 25, 2010

CoretanMaya: Bila Dah Ada Boy/Girlfriend, Lupa Kawan!!

 Credit:Google
 
 
Dalam hidup ini bermacam-macam perkara kita lalui. Lebih-lebih lagi dalam hubungan persahabatan. Ada suka & duka. Begitu juga dalam hubungan couple, suami isteri mahupun dengan family. Tapi saya tidak mahu nak cakap pasal semua tu. Just nak sentuh pasal hubungan persahabatan sahaja.


Rasanya ada antara anda pernah alami situasi di mana kawan rapat anda sudah mempunyai boy/girlfriend, tidak mempedulikan anda lagi. Bila time boy/girlfriend tak ada disisi, barulah terhegeh-hegeh mencari anda. Bermakna anda diperlukan hanya bila dia rasa perlu saja. Kawan macam ni memang hampeh je. Paling tak suka kawan sebegini.


Dia ingat kita ni siapa?  Kawan just perlu time susah je. Time happy, entah menghilang ke mana. Batang hidung pun tak nampak. Bila tak dilayan, cakap bukan-bukan. Elokkah kawan macam tu? Anda mahu kawan sebegitu? Kalau saya tak mahu, buang masa saya je.
 
 


Bukan kita tak suka kawan rapat kita rapat dan sentiasa berkepit dengan boy/girlfriend dia. Cuma jangan buat kita macam diperlukan bila dia rasa perlu je. Saya pernah alami keadaan sebegini. Selepas dia break dengan boyfriend lama dia, dia sering bersama saya. Tak kira time susah dan senang. Kira kawan rapatlah. Time dia nak gorat lelaki yang dia suka, saya sokong je. Lagipun lelaki tu kawan satu office dengan kami.


Tapi bila dah bercouple, dia mula rengang dengan saya. Begitu juga dengan kawan rapat dia yang lain. Kami tiga sekawan. Time dah ada boyfriend, dia memang tak peduli kami. Asyik sepanjang masa layan boyfriend dia tu. Kami taklah kisah sangat. Sebab kami faham, orang dah ada boyfriend dah. Mesti nak rapat macam belangkas. Tapi perangai yang kami tak suka ialah bila time susah baru nak cari kawan. Time gelak-gelak dan happy-happy bersama boyfriend,tak peduli kawan dah. Bila tak peduli, cakap yang bukan-bukan pula. So, salah siapa.


Bosan dengan kawan sebegini. Lebih-lebih lagi kawan yang suka tikam dari belakang. Awas….jangan terlalu percaya orang. Manusia ni ada macam-macam perangai. Hati pun lain-lain. Yang baik boleh jadi jahat, yang jahat boleh jadi baik. So, terpulang kepada diri sendiri untuk menilai seseorang.


Nukilan; 

Wednesday, April 21, 2010

Jangan Berlagak Pandai Boleh Tak? Kalau Tak Tahu, Tanyalah!

Credit:Google
(Geramnyeeeeeeeee)


Manusia ada bermacam2 perangai. Biasalah kehidupan kalau tak macam ni, tak meriahlah dunia ni..he3. Tapi kalau dah tak tahu tu, janganlah berlagak pandai. Kan ada mulut tu. Gunalah. Tanya ...kalau tak faham ke, tak tahu ke or keliru ke. Ni tak diam je & berlagak macam tahu semua. Last2 menyusahkan orang lain & diri sendiri je.


Macam kes semalam ni. Amboi bukan main serah kerja yang dah disiapkan pagi2. Bila dicheck seimbas lalu. Buat geram je dibuatnya. Nasiblah saya ni dapat tahan marah dengan orang yang eksen je ni. Buat kerja tiap hari or bulan. Perkara yang sama, boleh lupa. Dahlah rujuk kerja yang lepas. Masih macam tu juga.


Tak tahu, tak pandai nak tanya orang pula. Macamlah orang kat tepi dia tu nak makan dia. Tu lah berlagak pandai tak bertempat. Last2 semua kerja salah. Tak pasal2 kena buat semula. Asyik buat kesilapan yang sama. Bengang betul dibuatnya. Kalau masih baru, boleh saya terima. Ni dah lama dah kerja.


Payah kerja dengan orang macam ni. Nak berlagak, jadi bos sendirilah. Jangan nak menyusahkan orang.

Friday, April 9, 2010

Asyik Sengeh2 Je, Dah Gila Ke!!

Credit: Google


Sengeh2 or senyum sorg2 bukan gilalah. Adalah sst yg difikirkan tu. Member ofis saya sll tegur. Senyum sorang2. Bukan apa rs geli hati bila baca sms member. Sbb tu sll senyum. Bukan saja2 nk senyum bah.

Kalau saja2 senyum tanpa sbb tu lain kes. Maybe dah sot wayar agaknya. Saya masih baik lagi. Wayar masih tahan lama, guarantee 100%. Hahaha…mcm2 hal. Kadang2 bosan juga kerja je memanjang, so sms memberlah. Terasa senang sikit hati, tklah tension psl kerja je.

Saturday, June 6, 2009

Relax Saja Hari Ni

Best btl bulan ni asyik cuti je...bila time start nk keje nanti...mulalah rs malas..hahaha..lama sgt cuti, mcm tu lah jadinye.

Hari ni pula cuti bzday Agong..duduk umah je, relax. Sambil update apa yg ptt kat blog ni. Tk de idea nk tulis sbenarnya.

Sambil fikir apa nk buat....jenguk2 blog member yg lain..mn tau dpt idea sikit..wpun tk byk.
Bila bosan baca blog member, relax tgk movie cerita vampire...best btl. Lebih2 lg internet hari ni laju je...so loading movie pun laju.

Skrg tgh tgk movie cartoon Vampire Hunter D...mcm cerita Twilight pula. Yelah vampire bcinta dgn manusia...sy ni suka tgk cerita mcm ni..hehehe.
Nk tgk cerita ni...cari kat youtube...best tau.korek jgn tk korek..hahaha
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."