Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, January 2, 2010

Anda Sunyi Tanpa Lelaki, Sebab Itu Anda Mencari Ramai Lelaki



Anda. Ya, anda. Adakah anda kesunyian tanpa lelaki disisi anda? Adakah setiap masa anda ingin ditemani lelaki? Adakah seorang lelaki untuk dijadikan boyfriend, tidak cukup untuk anda? Berapa lelaki lagi anda mahu?

Bagi saya, mencari ramai teman lelaki tidaklah menjadi masalah pun. Cuma dalam pilihan hidup, biarlah seorang. Seperti juga dalam bercouple. Untuk apa mempunyai ramai boyfriend kalau tidak mampu untuk menguruskannya. Tak pasal-pasal nanti menyusahkan hidup anda. Tidak bolehkah anda setia pada yang satu, yang betul-betul menyayangi anda.

Saya percaya, kalau sesiapa berlaku curang dan permainkan hati orang lain. Pasti akan mendapat balasannya. Cuma cepat atau lambat je menjadi persoalan. Sebab itulah dalam perhubungan saya berfikir, kalau kita ikhlas menyayangi orang yang kita sayang. Insyallah, pasti kita akan dapat balasan ikhlas dari dia juga. Saja nak think positif. Kalau asyik fikir negatif, takkan pergi ke mananya.


Saya ada seorang kawan dululah. Tapi sekarang tak kawan sudah. Kenapa? Baca post saya pasal Kerana Seorang Lelaki, Kau Sanggup Tikam Aku Dari Belakang. Itulah berlaku. Saya kadang-kadang tidak faham kenapa orang suka nak pasang ramai boyfriend. Takkanlah kerana sunyi, kita nak pasang lagi satu. Kalau macam tu, bila dah kahwin nanti. Macam mana pula. Takkanlah nak cari lelaki lain time tu, tu curang namanya dan memang perempuan tak senonoh.

Jawapan yang member saya bagi, tiap kali saya tanya dia ialah belum jumpa yang betul-betul hatinya sayang. Kalau belum jumpa, buat apa nak ambil sebagai boyfriend then melukai hati orang? Kalau saja nak suka-suka, cakap je. Tak payah nak kaburkan pandangan orang lain, Macamlah tak tahu, yang diri tu sunyi tanpa lelaki. Amboi sedapnya mulut berkata-kata..hehehe.

Saya tak nak kisah sangat pasal dia pasang ramai boyfriend. Asalkan jangan libatkan saya dalam urusan pengurusan boyfriend dia tu. Ni tak, boyfriend dia cari saya pasal dia. Geram betul. Sampai kena ugut pun ada. Bagi anda yang ada member macam ni, elok belah je. Menyusahkan hidup kita saja.

Memang tak dinafikan semua orang sunyi, kalau tidak ada teman disisi. Tapi jangan sampai kesunyian anda membabi buta. Sampai sanggup pilih siapa saja sasaran anda. Kalau mencari teman biasa, tidak apa. Tapi kalau teman dot dot, yang tu yang bahaya. Pernah jumpa kawan macam ni. Tak tahu kenapa dia macam tu. Mungkin sunyi agaknya.

Oklah malas nak bercakap banyak, lagipun masih dalam mood tahun baru ni. Penat badan, asyik pergi jalan-jalan sepanjang hari. Akhir kata….SELAMAT TAHUN BARU  2010 & JANGAN SUNYI LAGI OK.

Nukilan; 


5 comments:

AJ said...

huhuhuhuh ada perempuan sampai jadi lesbian pasal kecewa dan begitu juga lelaki sampai jadi gay

Admin said...

yelah...entahlah..lumrah dunia kot

1Malaysia Online 2014 said...

Hehe. Sebab tu manusia dijadikan berbeza fitrahnya.

Rahadzibi said...

I tak sunyi sbb dah jumpa lelaki yang di idamkan haha.. malu ja statement ni, tapi ni la yang ada dlm hati ku skrg.. harap relation kami berkekalan dan direstui semua..insyaAllah

Admin said...

mudah2an....

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."