Anda. Ya, anda. Adakah anda kesunyian tanpa lelaki disisi anda? Adakah setiap masa anda ingin ditemani lelaki? Adakah seorang lelaki untuk dijadikan boyfriend, tidak cukup untuk anda? Berapa lelaki lagi anda mahu?
Bagi saya, mencari ramai teman lelaki tidaklah menjadi masalah pun. Cuma dalam pilihan hidup, biarlah seorang. Seperti juga dalam bercouple. Untuk apa mempunyai ramai boyfriend kalau tidak mampu untuk menguruskannya. Tak pasal-pasal nanti menyusahkan hidup anda. Tidak bolehkah anda setia pada yang satu, yang betul-betul menyayangi anda.
Saya percaya, kalau sesiapa berlaku curang dan permainkan hati orang lain. Pasti akan mendapat balasannya. Cuma cepat atau lambat je menjadi persoalan. Sebab itulah dalam perhubungan saya berfikir, kalau kita ikhlas menyayangi orang yang kita sayang. Insyallah, pasti kita akan dapat balasan ikhlas dari dia juga. Saja nak think positif. Kalau asyik fikir negatif, takkan pergi ke mananya.






