Anda. Ya, anda. Adakah anda kesunyian tanpa lelaki disisi anda? Adakah setiap masa anda ingin ditemani lelaki? Adakah seorang lelaki untuk dijadikan boyfriend, tidak cukup untuk anda? Berapa lelaki lagi anda mahu?
Bagi saya, mencari ramai teman lelaki tidaklah menjadi masalah pun. Cuma dalam pilihan hidup, biarlah seorang. Seperti juga dalam bercouple. Untuk apa mempunyai ramai boyfriend kalau tidak mampu untuk menguruskannya. Tak pasal-pasal nanti menyusahkan hidup anda. Tidak bolehkah anda setia pada yang satu, yang betul-betul menyayangi anda.
Saya percaya, kalau sesiapa berlaku curang dan permainkan hati orang lain. Pasti akan mendapat balasannya. Cuma cepat atau lambat je menjadi persoalan. Sebab itulah dalam perhubungan saya berfikir, kalau kita ikhlas menyayangi orang yang kita sayang. Insyallah, pasti kita akan dapat balasan ikhlas dari dia juga. Saja nak think positif. Kalau asyik fikir negatif, takkan pergi ke mananya.
Jawapan yang member saya bagi, tiap kali saya tanya dia ialah belum jumpa yang betul-betul hatinya sayang. Kalau belum jumpa, buat apa nak ambil sebagai boyfriend then melukai hati orang? Kalau saja nak suka-suka, cakap je. Tak payah nak kaburkan pandangan orang lain, Macamlah tak tahu, yang diri tu sunyi tanpa lelaki. Amboi sedapnya mulut berkata-kata..hehehe.
Saya tak nak kisah sangat pasal dia pasang ramai boyfriend. Asalkan jangan libatkan saya dalam urusan pengurusan boyfriend dia tu. Ni tak, boyfriend dia cari saya pasal dia. Geram betul. Sampai kena ugut pun ada. Bagi anda yang ada member macam ni, elok belah je. Menyusahkan hidup kita saja.
Memang tak dinafikan semua orang sunyi, kalau tidak ada teman disisi. Tapi jangan sampai kesunyian anda membabi buta. Sampai sanggup pilih siapa saja sasaran anda. Kalau mencari teman biasa, tidak apa. Tapi kalau teman dot dot, yang tu yang bahaya. Pernah jumpa kawan macam ni. Tak tahu kenapa dia macam tu. Mungkin sunyi agaknya.
Oklah malas nak bercakap banyak, lagipun masih dalam mood tahun baru ni. Penat badan, asyik pergi jalan-jalan sepanjang hari. Akhir kata….SELAMAT TAHUN BARU 2010 & JANGAN SUNYI LAGI OK.
Nukilan;
5 comments:
huhuhuhuh ada perempuan sampai jadi lesbian pasal kecewa dan begitu juga lelaki sampai jadi gay
yelah...entahlah..lumrah dunia kot
Hehe. Sebab tu manusia dijadikan berbeza fitrahnya.
I tak sunyi sbb dah jumpa lelaki yang di idamkan haha.. malu ja statement ni, tapi ni la yang ada dlm hati ku skrg.. harap relation kami berkekalan dan direstui semua..insyaAllah
mudah2an....
Post a Comment