Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Wednesday, January 13, 2010

Ye ke?...Wanita Punggung Besar Kurang Risiko Sakit Jantung



Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.

Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.


Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

"Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya," kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. - Petikan:KOSMO.

p/s: Betul ke ni?...kalau mcm tu, elok besarkan punggung mcm JLo...hehehehe.

7 comments:

Abd Rahim said...

Iye ker..perempuan punggung besar nie kurg risiko penyakit jantung..gua tak pernah tahulah..good entry..

Anonymous said...

entah arr.. pernah dgr owg ckp cm uh.. stahu mai, pmpuan bntut bsar snang branak...?

Aidi-Safuan said...

hahaha..ngarut jer penyelidikan camnih. cam da xde mende lain je nak research~

Ieqa Swetluv said...

kalo buntutku kecik ni cmne lak?? adess~

Ibu Ammar said...

fakta ke auta..haha.

yang penting jaga makan.. saiz punggung tu sub faktor je kot..hee

Admin said...

sy pun tk pasti...yg sy tau, punggung besar sng beranak...entahlah

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Ye ke...setahu aq pompuan punggung besar ni nampak seksi..huhu

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."