Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, March 15, 2010

Ribuan Lelaki Tawar Jadi Kekasih.....Waa, Popular Betul Awek Ni Ya!!

Beribu lemon lelaki nk jd kekasih hanya gara2 tbaca hasrat awek ni pd kad sempena hari wanita. 
Npk gaya awek ni mmg cantik & cun melecun kot.
Kalau tak, takkan ramai yg nak...kan!!
Dah tu tak berani nak keluar pula.
Tkejut sgt agaknya atau rambang mata, nak pilih yg mana satu.
Hahaha.....apa2 jelah.

Seorang gadis yang menjadi pelajar di sebuah universiti di China, Zhang Mengqian terkejut apabila ribuan lelaki menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.
 
Ribuan lelaki tersebut menunggu di perkarangan asrama pelajar wanita itu selepas dia menyatakan sedang mencari kekasih yang sesuai menerusi satu mesej pada kad sempena Hari Wanita.

Namun, respons yang diterimanya amat mengejutkan.

Ribuan lelaki bujang memenuhi kampus Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di Chengdu, Sichuan pada
Khamis lalu selepas Mengqian mendedahkan hasratnya itu. 

Kejadian itu berlaku di universiti yang mempunyai nisbah 25 orang lelaki bagi setiap wanita.

Pada mulanya, setiap pelajar wanita di universiti itu diminta menulis hasrat yang dikehendaki mereka.

Pelajar wanita itu kemudian menulis hasratnya iaitu : "Nama saya ialah Zhang Mengqian, pelajar gred satu. Saya fikir saya seorang yang menarik tetapi anehnya saya tidak mempunyai teman lelaki. Bagaimanapun, saya percaya kepada takdir.

"Jika anda mempunyai impian yang sama, sila datang ke bangunan asrama saya dan jeritlah nama saya antara pukul 12.30 hingga 12.50 tengah hari pada 11 Mac 2010. 

"Saya akan melihat anda dari asrama. Jika anda sesuai dengan citarasa saya, saya akan turun dan berjumpa dengan anda." 

Mungkin kerana terkejut melihat ribuan lelaki yang hadir, pelajar wanita itu langsung tidak keluar dari biliknya. - Agens,Kosmo

5 comments:

hanah hayashi said...

waaaa...bestnyer.. ^^

Unknown said...

hbat lah pmpuan 2...
konpem cun dye 2 kn...

Unknown said...

wow,gile beno setare tuh...

Admin said...

mmg best...cun melecun

Khadijah Zek said...

hahahaha..kelakar la...tp scary pun ye jugak...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."