Sumber:Kosmo
Kes video seks melibatkan lelaki mirip penyanyi kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel dilihat semakin menarik kerana ia dikatakan bukan sahaja melibatkan teman-teman wanitanya, malah mereka yang pernah mendapat tempat di dalam hidupnya sebelum ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Bekas isteri Ariel, Sarah Amalia turut disoal siasat oleh pihak polis Indonesia.
Sebagai bekas isteri, polis berharap dapat mengetahui tentang tabiat Ariel yang gemar merakamkan aksi intimnya.
Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa Sarah turut terlibat dalam salah satu koleksi video seks Ariel yang kini berada dalam tahanan polis.
Sewaktu ditanya oleh wartawan semalam, Sarah hanya berpaling tanpa menghiraukan pertanyaan tersebut.
“Jadi, adakah benar Ariel gemar merakam adegan seksnya?” tanya seorang wartawan.
“Saya tidak mahu sahkan. Hari ini cuma soal siasat biasa sahaja,” kata Sarah sebaik selesai menjalani sesi soal siasat selama tiga jam semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, pelakon terkenal, Luna Maya dilaporkan sakit akibat tertekan dengan kes tersebut. Atas sebab itu, dia gagal menghadirkan diri ke sesi soal siasat yang telah dijadualkan oleh pihak polis.
“Ya, Luna sakit. Siapa yang tidak tertekan dengan kes ini,” kata seorang peguam Luna Maya.
Sehingga kini, Luna masih dianggap sebagai seorang saksi dalam kes video seks Ariel.
Indonesia kini heboh dengan pengedaran dua klip video seks lelaki mirip Ariel dengan dua wanita seperti Luna Maya dan pengacara Cut Tari. – Agensi
Alahai, kes Ariel Peterpan ni mmg belum sudah2 lagi. Kalau betul tabiat dia suka rakam hubungan itim dengan isteri or kekasih hatinya. Memang teruklah. Itupun nak rakam. Buat apa. Kan dah terlepas, semua orang tahu dah. Buat malu je.
Tapi kalau ada orang yang nak khianati beliau. Memang jahatlah orang tu. Biasalah dunia sekarang makin canggih. Macam2 boleh dilakukan. Semua info di hujung jari katakan. Boleh edit sana sini. Payahkan kalau ada orang bhati busuk ni. Pasal kes Ariel Peterpan ni, aku no komen sangat. Betul ke tak? Aku pun tak pasti. Kalau aku kata betul...fitnah pula...kan? Tak pasal2 dapat dosa free je...hahaha.
2 comments:
huhu..sgt kecewa laa dgn sriel ni..humph!!=(
itulah....entah apa2....
Post a Comment