Aku memang geram dengan guru yang suka ambil kesempatan ni. Rogol2 ni mmg aku anti betul. Lebih2 lagi dari golongan guru yang merupakan pendidik generasi kini dan masa depan. Kerajaan patut ambil tindakan lebih tegas lagi kepada perogol2 yang tak berhati perut ni.
Bukannya nak mendidik bangsa dan generasi akan datang. Ni merosakkan adalah. Dahlah tu memburukkan nama guru itu sendiri. Jangan ingat perempuan itu lemah, sampai buat macam tu sekali. Dahlah budak sekolah lagi tu......aduh...berbuih nak cakap pasal kes2 macam ni. Tak pernah nak surut2...emmm...pening dibuatnya. Manusia akhir zaman katakan.
Hanya hiasan je..hehe3.
KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.
Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.
"Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Abdul Rahim, pihaknya difahamkan, mangsa kini telah berpindah ke sekolah lain.
Dalam laporan polis yang diterima pada 21 Jun lalu, mangsa dikatakan pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit di rumah suspek di Taman Garing Utama, Rawang, pada April lalu.
Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lalu sebelum mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk membuat pemeriksaan.
Dalam pada itu, ibu mangsa yang merupakan guru disiplin di sekolah lain dikatakan mahu menarik semula laporan yang dibuat kerana malu.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol...petikan:Kosmo.
Pesanan...jauhi diri anda dari manusia yang bertopengkan manusia. Mudahan kita semua dijauhi pkara tak elok ini. Amen.
5 comments:
a fren of a fren of mine is currently studying in education,but sadly, perangainye buruk...dan teruk...dan dia akan keluar sebagai guru. dan mase depan xtaw la cmne
zaman sekarang??
mana nak ingat dah.. mana yang sempat drang bedal jer..
tu pon kene tangkap pastu bebas macam tu jer..
ape kes la...
hope kwn kpd kwn u tu gabanmorka b'ubah perangai...jd pdidik kpd generasi yg baik2..hehehe
itulah wadud..manusia ni mcm2 perangai...payah btl....budak kecil pun org tk guna ni bedal..apalah...
rogol ke sama2 nak ni? yg murid tu mmg rela la tue..huu~
entahlah..pyh nk ckp..hahaha
Post a Comment