Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Sunday, October 31, 2010

Mana Silapnya Bila Guru Bertindak Melampau Batas?

Hiasan je


Kita sedia maklum, guru adalah seorang pendidik yang memikul tanggungjawab besar dalam membentuk remaja, generasi masa depan yang akan mencorak negara menuju misi yang telah kerajaan kita tetapkan. Oleh sebab remaja adalah aset negara yang sangat bernilai. Bukan saja guru mahupun ibubapa, malah masyarakat harus sama2 membimbing remaja menuju misi tersebut.


Bekas Presiden Indonesia pernah mengatakan“ Jika ingin melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah para pemuda pemudinya.” Kenyataan ini memang tidak dapat disangkal lagi kerana kekayaan sesebuah negara adalah bergantung kepada remaja itu sendiri. Jadi, runtuhnya remaja maka akan runtuhlah sebuah negara. Sebab itulah, kita harus sama2 mendidik remaja sekarang untuk memastikan negara kita terus megah berdiri pada masa hadapan.
Namun, dalam mendidik remaja memang ada susah payahnya. Tapi tidak bermakna Guru yang telah diamanahkan oleh ibubapa bertindak melampau batas dengan membuat hukuman yang tak sepatutnya. Misalnya dalam kes ini:

Dua beradik melecur diseterika

Sumber:Kosmo

PASIR MAS - Dua beradik antara 11 pelajar yang melecur akibat tindakan melampau seorang guru menggunakan seterika panas bagi mengejutkan mereka supaya menunaikan solat Subuh baru-baru ini.


Kejadian berlaku di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu dekat sini pada 12 Oktober lalu ketika Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya, Muhammad Fairuz, 14, nyenyak tidur...berita lanjut: clik cini

Wajarkah Guru bertindak sebegini? Memanglah niat Guru itu baik, ingin kejutkan anak2 muridnya solat subuh tapi tindakan mengejut mereka dengan menggunakan seterika panas adalah agak melampau. Ingat, tak panaskah. Fikirlah sikit. Takkan sebagai Guru pun tak terfikir perkara itu. Tak pasal2 melecur badan anak2 murid dibuatnya. Alahai, inilah Guru pendidik generasi masa depan ye? 


Dulu heboh mengenai perbuatan melampau Guru dengan kekasihnya, bertudung pula tu. Macam2lah sekarang. Namun, kita tak dapat nak salahkan Guru sepenuhnya sebab Guru pun manusia biasa juga. Buat salah. Cuma sebab mereka merupakan pendidik remaja, jadi apa mereka lakukan memang menarik perhatian masyarakat.


Apa2pun, sekiranya terdapat Guru yang bertindak melampau, pihak bahagian pendidikan harus bertindak segera bagi menangani disiplin Guru tersebut. Yelah, takkan hanya anak murid saja perlu di isplinkan. Guru juga harus didisplinkan sekiranya mereka bertindak melampau. Barulah adil dan institusi perguruan tidak dianggap buruk.


Akhir kata, tepuk dada tanya minda. Mana silapnya bila Guru bertindak melampau batas? Maaf kira nukilan ini menyentuh rasa sesiapa saja yang membaca. Bukan berniat untuk memburukkan Guru or institusi perguruan, sekadar renungan bersama sana. Peace No War!!!

Saturday, October 30, 2010

Churp Churp...I'm Now A Part of Churpers

Today sunday, cuti hujung minggu. So, apa lg..jelajah alam mayalah namanye. Lagipun hari ni ada byk ms utk lihat2 apa yg bkenan di internet. Lebih2 lg di laman web Nuffnang. Aku kalau hari biasa just login akaun Nuffnang nk check earning je dan juga buffered earning. Tgk pkembangan semasa campaign blog aku. Then logout...that all.


Tapi hari ni, aku tgerak hati pula nk check blog Nuffnang. Then tpikat hati nk try 'Churp Churp' burung yg cute miut tu. Pasti ramai yg dah join. Aku ni agak ketinggalan sudah. Org dah dpt income, aku masih lg jalan mcm siput. Apa2 pun hari ni, aku dah jd salah sorg Churpers.


Ni nak share sikit, wpun dah tau. Simple je kalau nk register dgn Churp Churp. Klik button 'start here' di 'I want to be a Churper'. Nampak tak picture bwh tu.....then:




Isilah segala maklumat yg diinginkan oleh churp churp seperti dlm picture bwh ni pula. Isilah tanpa ragu. Sebelum tu bacalah segala term dan syarat2 yg patut ye. Jgn main cincai register je.




Dah habis isi form tu...summit then tunggu mail dr churp churp. After that barulah anda disahkan jd salah sorg Churper.




Sudah success semuanye. Barulah anda p akaun Churp Churp anda utk aktifkan Facebook dan Twitter link. Then tunggulah assignment dr Churp Churp ye.




Langkah seterusnye....aku pun tk tahu. Aku tgh nk terokai Churp Churp ni. Biasalah benda baru bg aku. Tk brp nk faham or tahu sgt. Bg siapa yg super pandai tu, share2lah kat sini. Nk juga dpt income mcm kwn2 kita ni:




Sharing is caring or sharing is sexy, so sharinglah apa2 yg anda tahu psl Churp Churp kat aku yg masih belajar ni. Apa2 pun TQ kpd yg sudi...hehe. Jasamu akan aku kenang..:)

Cinta Facebook


 Credit:Google


Facebook, kini makin menjadi medan sosial dan perhubung semua lapisan masyarakat yg melingkupi pelbagai bangsa dan peringkat umur. Sama ada golongan professional mahupun budak sekolah, sudah pandai main Facebook.


Sebenarnye apa yg best sangat pasal Facebook ni? Kalau aku ditanya persoalan mcm ni. Simple je, tempat kawan bkumpul utk borak apa2 saja yg terlintas di fikiran or saja nk borak kosong je. Maybe setengah orang mgunakannya untuk meluahkan isi hati. Namun, jgn terlebih luah. Nanti parah akibatnye. Yelah, nanti tersebar serata saluran Facebook. Malu nanti. Kalau perkara biasa2 dan tak terlalu emosi, tk mjd masalah. Tp lebih elok elakkan dr mjadikan Facebook tempat utk meluahkan segala terbuku dihat...ye.


 Sbg hiasan je


Seperti saluran sosial yg lain jua, melalui Facebook kita juga dapat bertemu jodoh. Kenapa tk percaya? Tk mustahil bah. Ia perkara normal dlm hidup kita sebagai manusia. Bertemu dan jatuh cinta. Tp ptemuan bermula pkenalan dalam Facebook. Itulah dinamakan cinta Facebook. 


Pernah aku terbaca mgenai sorg artis tkenal Bollywood. Aku lupa dah nama perempuan tu. Beliau btemu jodoh dengan rakan Facebook. Sekarang ni, maybe tengah bahagia agaknye. Yelah dah bkahwin dan mempunyai kehidupan indah sendiri. Ending pjalanan hidup, aku tk tahulah. Hal masing2kan?




Namun, tk dinafikanlah. Cinta Facebook ada pro dan contranye. Kalau jumpa pasangan yang mmg jodoh kita dan baik, tk mjadi masalah. Pastinye hidup pun happy ending mcm cerita fairy tales. Tp kalau terjumpa pasangan yg hanya nak main2kan perasaan anda. Alamatnye, merasa jiwa raga. Dikecewakan. 



Dikecewakan hati dan perasaan, masih ok lagi. Dapat pulih melalui masa, wpun tk seratus peratus. Dari merana kerana tergadai sst yg bharga, itu yg payah. Harap taklah sampai ke situ.  Jadi, haruslah bhati2 dgn org yg bmuka btalam2 ok dan org yg bniat jahat serta busuk hati. Mudahan kita semua dijauhkan dr org sebegini. Ok, siapa yg tengah dilamun cinta Facebook. Moga bahagia dan ceria selalu.

Friday, October 29, 2010

GTO Terjah Blog “CoretanMayaKu’


Siapa yg tk kenal GTO, Great Teacher Onizuka, salah sorg yg bakal jd otai someday. Skrg ni junior otai, akan datang akan jd senior otai pula. Blog beliau mmg sentiasa hip hop. Ramai pgunjung setiap hari. Sbb itulah setiap kali ada campaign baru buffered earning. Beliau dpt income yg lumayan. Tk mcm blog aku ni. Walaupun dpt byk buffered earning tp income yg diperolehi siput je. Namun syukur apa yg ada….betul tak? 


Sebenarnye aku baru pagi td check komen2 di blog aku ni. Tiba2 aku tnampaklah komen GTO. Beliau ckp, beliau ada buat terjahan ke blog aku ni. Sbb dulu2...entah bila, (aku lupa dah) ada join 'Kenapa anda Mahu Diterjah Eyriqazz'. 


Eyriqazz nama GTO ye...kalau anda tk tau. Nama sebenar beliau, aku tk pasti sgtlah. Nk tau p terjah blog dia ye....hehe. 


Emm…jom tgk komen GTO psl blog aku ni:


Komen GTO: 
1) tagline yang menarik

2) Entry berkisar blogging, personal dan terlintas di hati.

3) Widget di sidebar terlalu banyak .Mungkin memeningkan kepala juga. Placement of Nuffnang Ads yang agak ke bawah menyukarkan untuk mendapat Buffered Earning di Sidebar. Cadangan, letak atas sikit dan widget2 disusun kembali supaya nampak lebih kemas especially bagi blog yg 3 column.

4) Wow Faktor dan keunikan tersendiri tidak saya begitu nampak di sini. Maaf ya....Lain padang, lain belalang. Mungkin boleh pelbagaikan entry dan menulis entry yang lebih diminati...


Nampak gayanye aku kena ubah bbrp pkara, lebih2 lagi psl widget tu. Memang nk buat tp belum ada ms nk buat. And aku nk ubah template tp sayang pula nk tukar ke template baru. Sbb banyak kerja nk buat nanti. Aku ni belum ada ms lg nk ubah itu ini. Tp pasti akanku cuba buat perubahan sepertimana GTO sarankan.

Umm, itu saja ...Apapun ini cadangan dari saya bagi memperbaiki mutu blog:

1) Revamp the template /header. Mungkin boleh gunakan khidmat bloggers yang terror bakni.

2) Perbanyak gambar-gambar yang menarik di dalam entry

3) Selidiki dan cari "Wow Faktor" yang boleh menarik lebih ramai pengunjung ke blog

Nk buat entry yg menarik, aku ni kurang kreatif sikit nk buat post yg memikat hati mcm entry yg GTO buat. Tp boleh dicuba utk perubahan yg maybe akan mguntungkan. Siapa tahukan. Anyway TQ very much to GTO. Walaupun aku ni tk ingat bila aku request blog aku diterjah. Lama sudah, so lupa. ..hehehe.

Wednesday, October 27, 2010

Buffered Earning Bertambah2....Rezeki Katakan!!


Hari tu ada member blogger tegur, knp sejak kebelakangan ni asyik cerita pasal love je. Biasalah tengah hangat bcinta...hahaha. Gurau je. Oklah hari ni, aku cerita pasal Nuffnang je ye. Asyik cerita pasal cinta, nanti bosan pula pgunjung blog aku ni.


Mcm bulan2 lepas. Rezeki utk blog aku ni mmg murah sgt. Syukur kpd Allah krn mberi rezeki ni utk aku. So, adalah extra duit kelak...hehe. Baru td aku check akaun Nuffnang. Wah...ada 4 buffered earning baru aku dpt. Semuanye pasti berebut2 nk tarik phatian para pgunjung. Jgn lupa ye kwn2, tembak tp jgn main2 pula. Tk elok. Nanti Nuffnang marah.



Ke empat2 buffered earning ni, buffered earning Pizza aku blm pernah nampak kat blog aku tu. Entah bilalah masanye nk munculkan diri ye. Main sembunyi2 dgn aku pula. Takut aku makan agaknya....hahaha. Jom Pizza.



Rahsia nk dpt buffered earning yg byk2 ni, aku tk tau sgt. Yg aku biasa buat, update blog je. Nk blogwalking, akhir2 ni line internet slow sgt. So, kuranglah aku nk blogwalking. Namun trafik blog ni agak baiklah juga. Maintain 100 pgunjung stiap hari. Entah bilalah agaknya capai 200 pgunjung stiap hari ye?


Emm tk apalah, kalau tk capai pun. Yg ptg duit masuk...hehe. Lagipun bblog ni salah satu hobi aku juga. Cuma kuranglah aku cerita psl diri aku kat dlm blog ni. Lain kali jelah. Lgpun cerita psl diri sdiri kurang bestlah. Elok kongsi pkara yg maybe menarik buat pgunjung yg dtg ke blog ni. Betul tak? Oklah...tu je. Malas nk mbebel panjang. Chow dulu...tatata.

Tuesday, October 26, 2010

Syurga Cinta, Jodoh Dari Allah

Credit:Google


Syurga Cinta....pasti ramai yg dah tgk movie nikan? Aku baru je tgk raya thn ni. Biasalah jarang nak layan cerita2 dlm tv sekarang. Almaklumlah suka tgk cerita org puteh or Korea saja. Bukan bmaksud filem Malaysia tak hebat, cuma entahlah. 


Antara banyak2 movies melayu yg aku tgklah. Movie Syurga Cinta ni yg paling best setakat ini. Aku suka jalan ceritanye. Memang menariklah sebab ada unsur keinsafan dan nilai dakwah yg ingin disampaikan dlm movie tsebut. 


Pkara paling menarik dlm movie ni ialah mengenai tiga jenis jodoh. Hal ni aku baru tau....aku btl2 tpikat dgn kategori jodoh ke-3 iaitu Syurga Cinta.

Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


Jodoh dr Allah memang yg tbaik krn ia adalah syurga cinta yg pastinya mbawa kebahagiaan dunia dan akhirat sekiranya berlandaskan agama serta diredhai Allah. InsyaAllah. Mudahan cinta yg aku baru bina ni menuju ke syurga cinta. Sbb bcinta lama2 dan bcouple lama2 tklah bagus sgt. Kalau boleh terus tunang then bnikah. Itu yg tengah kami plan. Cuma poket masih tk cukup lagi. Apa2 pun mudahan Allah sentiasa melindungi dan merahmati hubungan kami bdua. Begitu juga anda semua. Amin.

Monday, October 25, 2010

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

Credit:Google

Beberapa hari lepas, kekasih aku bertanya. Kalau kita dah menjadi suami isteri di dunia ini, macam mana pula di akhirat kelak ye? Kalau ikutkan dia, bukan saja aku. Ingin hubungan suami isteri di dunia ni terikat hingga ke alam akhirat, syurga yg diidamkan semua muslimin dan muslimat. InsyaAllah. 


Aku sendiri pun tak dapat nak jawab soalan dia dengan pastilah. Biasalah aku ni banyak perkara tak berapa tahu sangat, lebih2 lagi bab agama. Masih dalam memperlengkapkan diri. InsyaAllah. Tapi kami berpendapat, sekiranya kita sama memohon pada Allah, InsyaAllah akan dipertemukan lagi di akhirat kelak. Mudahanlah...doa2kan je ye...:).


Kebetulan tengah mecari bahan menarik untuk info blog aku yang lain. Terjumpalah entry dr seorang teman blogger ni iaitu 'Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?'. Nampak menarik, lgpun serba sedikit mjawab persoalan kekasih aku tu.


Untuk perkongsian bsama, aku postkan entry tersebut di sini:


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


So, kalau ingin menjadi suami isteri di alam akhirat, kenalah sama2 memperlengkapkan diri dengan amal ibadat serta amalan yang baik. Betul tak? Kalau silap tolonglah tunjuk ajar ok. TQ.

Guna Batang Mancis Bina 20 Model Kapal....Wow, Memang Kreatif!!

Wow...mmg hebat dan kreatif org ni.
Kalau aku....solilah, tk pandai nk reka2 kapal ni.
Nak lukis pun aku tk reti sgt.
Nikan nk suruh bina model kapal guna batang mancis.



SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas pekerja pelantar minyak, David Reynolds menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membina 20 buah model kapal legenda dengan menggunakan batang mancis, lapor sebuah akhbar kelmarin.



Reynolds, 51, menggunakan masa lebih 10,000 jam melekatkan 250,000 batang mancis untuk membina model kapal itu seperti Titanic, Queen Mary QE2, Cutty Sark, May Flower, USS Constitution, HMS Victory dan yang terbaru Mary Rose.



Dibina dengan menggunakan batang mancis standard dan gam PVC, setiap model kapal itu melibatkan kos antara £300 (RM1,465) dan £400 (RM)1,954) untuk dibina.



"Bahagian yang melibatkan masa paling lama untuk dibina ialah blok dan kelengkapan kapal," katanya.



Menurutnya, dia memulakan hobi itu selepas seorang anak lelakinya, Mark, 23, membelikannya satu alat pembinaan model selepas dia diberitahu bapanya terpaksa berehat di dalam rumah selama beberapa bulan kesan daripada satu pembedahan. - Agensi

Saturday, October 23, 2010

Mengemis Kasih: Nazrey Johani feat Far East

Lagu yg btl2 mgusik kalbu.
Terasa byk dosa dlm diri ini.
Terlalu kerdil diri ini di sisi Allah.




Mengemis Kasih Nazrey Johani feat Far East


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Ya Allah…

Cinta, Sekadar Pandangan Kasarku


Cinta? Apa itu Cinta?


Emm..agak sukar untuk mendefinasikan cinta secara spesifik kerana cinta mempunyai pengertian yang agak luas. Cinta sesuatu yang sukar dimergertikan. Cinta kadang-kadang membawa bahagia dan juga kadang-kadang membawa derita. Cinta bukan hanya kepada sesama manusia tetapi juga binatang & tumbuhan. Cinta yang paling agung pula adalah cinta pada Yang Maha Esa. Cinta yang takkan mendustakan kita. Cinta yang kekal buat selamanya. Cinta yang tak akan meninggalkan kita walaupun sedetik.


Cinta pada-Nya adalah cinta yang tak ternilai harganya. Cinta-Nya adalah suci & putih. Anda tak akan sia-sia andai mencurahkan cinta pada-Nya. Kerana cinta pada-Nya bukan seperti cinta sesama manusia yang bila-bila masa berubah oleh peredaran masa & keadaan. Memang agak sukar untuk meneka sejauhmana kekalnya cinta manusia. Andai anda memperolehi cinta sejati, cubalah hargai ia sebaiknya. Cinta sejati bukan senang untuk diperolehi kerana ia amat bernilai dari cinta yang hanya datang untuk bertamu seketika.


Cinta..oh cinta. Kenapa orang sanggup buat apa saja untuk cinta? Entahlah. Mungkin cinta itu sudah menjadi lumrah dalam hidup kita sebagai manusia. Cinta seolah penyeri yang menyinari setiap detik hidup manusia di dunia ini. Tanpa cinta tiadalah kasih sayang yang akan menyingkir perasaan tak berperikemanusian yang memang ada dalam diri manusia. Sanggupkah anda hidup tanpa cinta? Tak berperasaan seperi robot?


Hargailah cinta & semaikan ia dengan benih keimanan & ketakwaan. Barulah cinta lebih bermakna. Cinta berlandaskan nafsu hanya mengundang kesengsaraan & penderitaan saja. Jadi, nilailah cinta dengan akal fikiran yang waras kerana cinta itu indah tapi awas. Ada duri berbisa yang tersembunyi kalau anda tersilap langkah. Moga cinta kita dihargai sentiasa.


Nukilan drku utkmu.
sentuhan bicara cinta

NAZREY JOHANI - Wahai Kekasih (Kaulah Segalanya)

Lagu 'Wahai Kekasih (Kaulah Segalanya)' amat myentuh jiwa.
Aku tiap kali dgr sambil baca ayat2 dlm video klip ni.
Air mata jatuh satu psatu...tk tahan, syahdu btl.
Begitu mulianya hati Rasulullah myayangi Umatnya.
Btuahnye kita mjd umat Baginda.
Pyh nk jumpa manusia semulia dan sesuci hati seperti Bahagia.
Bila dgr lagu ni, terasa sgt nk jumpa dgn Baginda.





Nazrey Johani - Wahai Kekasih

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namun hati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.


Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kau tempuhi jua.


Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.


Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.

1st Hotz~Mama.. Cabutan Amat Bertuah

sticky mode till 23 Oct 2010,
Pg2 dah aku bz dgn blog...hehe2.
Hari ni aku join giveaway cun ni.
Menang or tk, lain cerita...try dulu.

Syarat-syarat Penyertaan...
  1. Anda adalah seorang blogger (means kena ada blog sendiri naa)
  2. Menetap di Malaysia, x kisah la kt Semenanjung, Sabah n Sarawak
  3. Pastu, Copy Paste jer entry nie, letak kt entri korg, wajib buat entry secara Sticky POst kt blog masing2.. (Toturial camna nk buat sticky post leh study kt SINI)..
  4. sorg leh join satu entry ja taaaaauu..
  5. LEpas siap jer entri korg, korg komen jer entry nie, pastu jgn lupa letak link entry tu skali ek..
  6. Akhir skali.. jgn lupa jadik follower mummy..
  7. Tarikh tutup Lucky draw nie 23 Oct 2010 (nie tarikh utk sticky korg ek), nnt lepas tarikh nie, korg leh buang dah date tu
  8. Nanti mummy akan pilih pemenang guna menda INI.
                 
Senang jekan syarat2nye...so apa lagi, jom ramai2 join.

Jgn lupa tarikh tutup pyertaan minggu depan.

23 Oct 2010

Friday, October 22, 2010

Nasihat Untuk Muslimah

Credit: ILoveIslam

Sekadar berkongsi sst yg dirasakan menarik utk kawan2 blogger sekalian terutamanya muslimahlah.
Layanaazzzzzzzzzz jelah.

Nasihat Untuk Muslimah
 
Yang Dicari,
Walau Bukan Putera Raja,
Biarlah Putera Agama.

Yang Diimpi,
Biarlah Tak Punya Rupa,
Asal Sedap Di pandang Mata.

Yang Dinilai,
Bukan Sempurna Sifat Jasmani,
Asalkan Sihat Ruhani,Sempurna Hati.

Yang Diharap,
Bukan Jihad Pada Semangat,
Asal Perjuangannya Ada Matlamat.

Yang Datang,
Tak Perlu Rijal Yang Gemilang,
Kerana Ana Serikandi Dengan Silam Yang Kelam.

Yang Dinanti,
Bukan Lamaran Dengan Permata,
Cukuplah Akad Dan Janji Setia.

Dan Yang Akan Terjadi,
Andai Tak Sama Kehendak Hati,
Ana Redha Ketetapan Ilahi,
Itulah Ketentuan Sejak Azali...

I LUV ISLAM.COM

Thursday, October 21, 2010

Give Away Kecantikan #2

Giveaway kecantikan...best ni.
Nak join, just clik link kat bwh pic ni ye.

 
syarat penyertaan giveaway ini adalah:
(Ciplak dr blog tuan giveaway)
  1. mestilah follower blog ini...
  2. buat satu post mengenai giveaway ini. simple pun tak mengapa
  3. mempunyai blog, warganeraga dan beralamat di Malaysia.
  4. tinggalkan link penyertaan korang kat kota komen ni..
  5. tarikh tutup penyertaan adalah pada 23hb Oktober 2010 jam 10 malam
 3 orang pemenang cabutan bertuah akan menerima sekotak masket.

Monday, October 18, 2010

Status Glitterati Kembali Berbisa & Buffered Earning Makin Menganas




Hai hai hai, bye bye bye. Apa yg menarik, tak de apa2 pun menarik. Sekadar cerita kosong psl dunia Nuffnang aku je. Semalam aku agak terkejut tiba2 je satus vip aku, Glitterari ditarik balik oleh Nuffnang. Aku tertanya2 lo, apa kesnye. Setahu aku, aku tk letak apa2 pun iklan lain selain Nuffnang. Akukan setia pada Nuffnang je....hehehe.


So, aku bagilah surat cinta kat Nuffnang. Yelah frust juga bah. Sebab tiba2 je Nuffnang tarik tanda cinta dan kasihnya pada blog aku yg cute ni...hahaha perasan pula. Saja je. Hari ni aku terima balasan surat cinta Nuffnang. Rupa2nya mereka ada buat 'server maintenance last week' and bla bla bla....ko orang bacalah sendiri surat cinta Nuffnang kat bawah tu...malas betul aku nak translate.



Syukurlah Nuffnang kembalikan cintanye kat aku sekali dengan earning yg terjejas sikit sebab perubahan status vip tu. So, bolehlah aku tsenyum lebar sikit hari ni...hehe. Lagipun bulan ni aku dapat 3 ketul buffered earning baru. Ketiga2nye tengah mganas dan berlumba2 utk muncul juara.




Harap2lah rezeki btambah2 murah dengan munculnye tahun baru kelak. Bolehlah cashout utk kali ke-3 pula. Sekarang mmg dah boleh cashout, cuma nak kumpul banyak sikit. Barulah syok terima cek yg berpuluh ringgit....betul tak? Oklah...that all cerita kita. Tq semua...:)

Sunday, October 17, 2010

FIRAS HANDZALAH 1ST BIRTHDAY GIVEAWAY

Hadiah menarik wajib join.


Syarat-syarat (dr blog tuan giveaway)

1.Terbuka kepada semua pembaca blog hanaseman.blogspot.com

2. Jadi follower blog hanaseman.blogspot.com. Letakkan link blog ibu di side bar blog anda.

2. buat entry berkenaan GA Firas Handzalah 1st Birtday GA di blog masing-masing.

3. copy paste banner GA di atas dan letak dalam entry anda.

4. Tuliskan (atau apa saja) ucapan Selamat Hari Lahir/Happy Birthday buat anak ibu Firas Handzalah.

5. sila tinggalkan jejak di ruangan komen untuk entry ini. sertakan nama dan email serta link entry yang anda buat.
 

Hadiah yang bakal diperolehi


Bestkan hadiahnyeeeeeee....hope luckylah.

ucapan Selamat Hari Lahir/Happy Birthday buat anak ibu Firas Handzalah:
 
Maya ucapkan selamat hari lahir buat Firas Handzalah, moga mjadi anak yg soleh dan sentiasa mentaati kedua ibu bapa serta ceria sll. 
 
Tarikh tutup pyertaan: 18/10/10

Kami 1st Giveaway

Sila ambil perhatian...jom join giveaway ni pula...he3.

 
Syarat - syaratnya :
(Petikan dr blog tuan punya giveaway)

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog .
2. Follow blog Kami in the house .
3. Add ' Kami in the house ' di bloglist anda .
4. Copy & paste gambar di atas dan letak di side bar anda dan link ke entry ini .
5. Buat satu entry " Kami 1st Giveaway " .
6. Tinggalkan link anda di entry ini .


Tarikh tutup GA ialah 30 Oktober 2010 .
TIGA hadiah menanti anda .
 
Tempat pertama
 
Tempat kedua
Tempat ketiga .... bakal menyusul

Giveaway by Nur_Eimi

Giveaway giveaway...lagi dan lagi.
For fun why not...kan??

 
Syarat utk join giveaway ni senang sgt:

...jadi follower nur..
 
..wat entry tuk beri tau kawan2 lain pasal GA ni..
 
Simplekan....so bg sesiapa yg bminat utk memenangi 10 packet tea lipton ni.
Bolehlah join iye.

Tarikh tutup pyertaan: 25 October 2010

Saturday, October 16, 2010

Bajet Rakyat: Sebahagian Besar Intipati Adalah Cadangan, Pandangan Orang Ramai

Credit:Google


Hari ni pbentangan bajet rakyat, tk dpt nk tgk. So dapat baca news je. Baca2 td, menurut PM, Datuk Seri Najib Razak, Bajet 2011 yang dibentangkannya tadi mengambil kira pandangan rakyat kerana sebahagian besar intipatinya adalah cadangan dan pandangan orang ramai. Emmm...apakah itu ye?


Setahu aku, apa yg ditunggu2kan oleh semua org terutama pekerja kerajaan ialah bonus or kenaikan gaji. Itu yg kak dioffice aku kepohkan petang td. Biasalah suaminye kerja kerajaan. Tp sebenarnya ada yg lebih penting dr itu. Kalau nk tahu, bacalah sendiri buget rakyat tu....hahaha.


Menurut PM kita lagi, matlamat bajet 2011 adalah untuk menetapkan rentak mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Rasa2nya mampukah Malaysia mencapai tahap itu ye? Sedangkan banyak dugaan yg akan kita tempuhi setiap masa dan ketika. Maybe dapat, kalau semua pihak bkerjasama. Apa2pun moga Malaysia sentiasa aman dan makmur. Itu yg lebih penting...hehehe.


Yg paling best dgr tiap kali bajet rakyat dibentangkan ialah kenaikan cukai rokok dan tembakau serta minuman keras. Yg ni aku sokong 100%. Sebab benda2 mcm ni tk elok utk kesihatan kita. Betul tak??? Tpkan wpun mahal, ada juga yg sanggup beli. Biasalah dah tertagih agaknya.


Nak tahu byk psl bajet rakyat 2011 ni, kenalah rajin baca news. Esok or tgh mlm nanti adalah berita psl ni dgn lebih detail. Aku jarang sgt nk ambil tahu tp kena ambil tahu juga...hehe.

Ada Masalahkah Kalau Burger McDonald's Tidak Busuk selama 6 Bulan?

Sumber:Kosmo

Baca berita ni dulu:

NEW YORK - Burger daging dan kentang goreng McDonald's didapati tidak busuk selama enam bulan selepas ia dibiarkan berada di atas pinggan di dalam apartmen seorang wanita, Sally Davies di New York.

Wanita itu membeli set Happy Meal McDonald's enam bulan lalu dan dia tidak memakannya.

Apa yang dibuat dengan burger itu ialah dia merakamkan gambar makanan tersebut dengan kamera bagi melihat sama ada ia mengalami perubahan selama enam bulan. Dia membeli burger dan kentang goreng itu pada 10 April lalu.

Burger dan kentang goreng yang tidak busuk itu pernah disiarkan dalam beberapa program televisyen dan menjadi perdebatan semasa orang ramai memikirkan bagaimana makanan segera boleh menunjukkan perubahan bentuk selepas enam bulan berada di atas pinggan....berita lanjut: MCDonald's

Emm...apa pandangan kawan2 semua? Kalau burger MCDonald's selama 6 bulan tidak busuk, inikan burger tu dah ada dlm perut kita...elok ke utk kesihatan. Masih mjadi persoalan lagi. Tiada bukti kukuh terhadap perkara ini. Lagipun pihak MCDonald's belum mjelaskan bhubung perkara ni lagi.

Pelik jugakan. Selalunya kalau dah 6 bulan, makanan pasti akan berbau busuk, berkulat or nak luput sudah. Ni lain pula kesnye. Maybe ada daya menahan penyakit burger MCDonald's agaknya. Entahlah...kena tunggu pjelasan dr pihak yg tlibat dulu. Tk boleh komen yg bukan2, nanti reputasi MCDonald's terjejas pula. Tak pasal2 kena saman free je...hahaa....anda fikirlah sendiri ye.

Friday, October 15, 2010

:: GIVEAWAY "JOM SLIM ALA ALINAC LOVER" ::

Siapa nk slim, bolehlah join giveaway ni.
Hadiah menarik tau.

Syarat-syaratnyer mudah saja:
(Copy dr blog tuan umah)

-follow blog Alinaclover.
-terbuka kepada semua jantina (lelaki/perempuan)
-buat satu entri kenapa anda mahukan product slimming ni
-tampal gambar :: GIVEAWAY "JOM SLIM ALA ALINAC LOVER" :: pada entri tersebut dan juga sidebar anda.
-tinggalkan link anda pada komen di entri ini
-Tarikh tutup 22 Oktober 2010 pada pukul 12 malam.
-Pemenang akan dipilih secara rawak dan akan diumumkan pada 23 Oktober 2010
-Hadiahnya..sudah tentu dapat satu set produk slimming di atas.

Kenapa saya mahukan product slimming ni:
  • Saya ingin langsing dengan bentuk badan yang diidamkan.
  • Saya ingin mencuba product slim baru tu, mana tau lebih baik dr product lain. So, bolehlah jd pguna setia.

Alamak UFO Berlegar Di Kawasan Tempat Kerja Aku...Betul Ke Ni??

Wah wah...biar betul ni!!!
Macam tk pcaya je aku melihatnye.
Oppp...stop dulu....sbenarnye UFO blegar di langit Manhattan, New York.
Saja je tulis tajuk mcm tu...gempak sikit je...hahahaha.
Emmmm....sll jugak dgr psl UFO thn ni.
Apa sebenarnye mrk tgh buat yek???

Sumber:Kosmo

NEW YORK - Satu kumpulan objek misteri yang bersinar berlegar di langit Manhattan, New York kelmarin sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) terbang di sekitar bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.


Polis dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Amerika Syarikat (AS) dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai yang melaporkan melihat objek itu.


Beberapa sumber penguat kuasa undang-undang menyatakan, ia dipercayai sebagai belon tetapi sehingga lewat kelmarin, identiti sebenar objek itu tidak diketahui.


Menurut jurucakap FAA, Jim Peters, tidak ada objek ganjil seperti itu dilihat pada radar. 


Seorang wartawan akhbar New York Daily News dapat melihat satu titik kecil dan terapung di langit dari jalan Eight Avenue yang turut disaksikan puluhan orang lagi. 


Imej misteri itu muncul selepas sebulan satu kenyataan akhbar dikeluarkan yang mengumumkan penerbitan sebuah buku oleh seorang bekas pegawai Pusat Pemerintahan Aeroangkasa Amerika Utara yang meramalkan UFO akan muncul di beberapa buah bandar raya utama dunia pada 13 Oktober lalu. - Agensi
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."