Sumber:Kosmo
Baca berita ni dulu:
NEW YORK - Burger daging dan kentang goreng McDonald's didapati tidak busuk selama enam bulan selepas ia dibiarkan berada di atas pinggan di dalam apartmen seorang wanita, Sally Davies di New York.
Wanita itu membeli set Happy Meal McDonald's enam bulan lalu dan dia tidak memakannya.
Apa yang dibuat dengan burger itu ialah dia merakamkan gambar makanan tersebut dengan kamera bagi melihat sama ada ia mengalami perubahan selama enam bulan. Dia membeli burger dan kentang goreng itu pada 10 April lalu.
Burger dan kentang goreng yang tidak busuk itu pernah disiarkan dalam beberapa program televisyen dan menjadi perdebatan semasa orang ramai memikirkan bagaimana makanan segera boleh menunjukkan perubahan bentuk selepas enam bulan berada di atas pinggan....berita lanjut: MCDonald's
Emm...apa pandangan kawan2 semua? Kalau burger MCDonald's selama 6 bulan tidak busuk, inikan burger tu dah ada dlm perut kita...elok ke utk kesihatan. Masih mjadi persoalan lagi. Tiada bukti kukuh terhadap perkara ini. Lagipun pihak MCDonald's belum mjelaskan bhubung perkara ni lagi.
Pelik jugakan. Selalunya kalau dah 6 bulan, makanan pasti akan berbau busuk, berkulat or nak luput sudah. Ni lain pula kesnye. Maybe ada daya menahan penyakit burger MCDonald's agaknya. Entahlah...kena tunggu pjelasan dr pihak yg tlibat dulu. Tk boleh komen yg bukan2, nanti reputasi MCDonald's terjejas pula. Tak pasal2 kena saman free je...hahaa....anda fikirlah sendiri ye.






