Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Tuesday, July 20, 2010

Ayat-Ayat Mengurat Yang Perlu Anda Tahu

Credit:Google

Hari ni aku tak tau nak post entry apa, so aku pilih tajuk ayat2 mgorat ni utk dikongsi bsama anda yg sudi mbaca. Tak sudi, tak pelah. Aku apa kisah...hahaha....ok teruskan pbacaan.

Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.


Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.


Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur. Orang Timur harus lebih bersopan apabila mendekati wanita dan tidak menggunakan ayat-ayat berunsur seks. Contohnya, ayat seperti, “Want to see my hard drive? I promise it isn’t 3.5inches and it ain’t floppy” akan mengundang pelempang yang mungkin mencacatkan muka.


Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.

Jadi kali ini, GUA ingin mencadangkan ayat-ayat mengurat yang mungkin efektif kepada wanita zaman ini yang bukan sahaja lebih berpengetahuan dan lebih komplikated malahan lebih berani berbanding generasi yang terdahulu.


Ayat Mengurat Berlapik


Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.
 


Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.


Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.


“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini. (Yg ni aku pernah dengar je...kat mana ya?)

akan bsambung di edisi akan dtg...kahakahakah...........petikan dr mana entah, lupa sudah.

4 comments:

Unknown said...

mane dapat sume neh?buku ka?hik3

saya_arief said...

sy kacak, hensem, manyak duit.
awak nak kapel ngn sy x.?
haha
cam ni boleh..?

Admin said...

lupalah mn maya dpt amad....lama dah maya nk postkan...asyik lupa je...


entah arief....mcm exsen je lebih..hahahaha

budakkecik said...

aku tak reti ngurat...trus ajak couple...nasib baik dpt...skrg dh kawin pun, huhu

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."