Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Thursday, March 31, 2011

Cek Nuffnang In Process...Yeppie Tak Lama Lagi Dapatlah Cek :)



Hari ni masuklah sebulan aku menanti cek Nuffnang ni di proses. Syukur hari ni dapat email yang menyatakan cek aku dah siap, on the way bertemu tuan punya...hehehe.


Nak kata beribu riban taklah....cuma RM300++ je tapi syukurlah apa yang kita dapatkan. Lagipun blog aku bukannye power macam RedMummy tu or Cik Epal. Apa pun yang penting blog aku adalah income sikit. Dapatlah aku beli barang hantaran guna duit Nuffnang bagi ni. Syukur Alhamdullilah. Mudahan dapat rezeki banyak lagi...hehehe.


Clik untuk tumbesaran


Emmm...lepas cashout hari tu, akaun Nuffnang just tinggal RM8++ je. Buffered earning pun tak berapa sangat. Biasalah Nuffnang alami musim kurang iklan agaknye or blog aku makin membosankan...hahaha.


Oklah...malas nak bebel banyak. Penat betul hari ni. Fikir nak tido awal....bye dan selamat malam.......................:) :).

Tuesday, March 29, 2011

Cinta Itu Anugerah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMOFrjW1Mr-k70sChmNPjhF6xQM6OHfqVFgrtQBtl14A3yoKaXkQwahNAYRq03uKtIE2eSzbSbPeMoUvHF6H5moN-bTjYfZOM0zS4dGlHbVC6iq45hyA0XlXbOj3OinyyF3AgIFPI-Cyw/s400/cinta+anugerah+dari+ALLAH.jpg


Cebisan rasa yang aku rasa menarik untuk renungan bersama:)


Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )


Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.


Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..


Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan, jangan biarkan ia hilang.


Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan


Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.


Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.


Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.


Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian… gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.


Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.


Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.


Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati.


Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.


Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.


Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.


Cinta yang dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.


Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR.


Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya.


Jangan sesekali membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan sesekali menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan sesekali menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.


Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara ibu dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
 

Monday, March 28, 2011

Dapat Buffered Earning Baru....Seronoknye Hati :)



Yeppie.......agak lama juga tak dapat buffered earning baru ni. Bila dah dapat senang sikit rasa hati....bertambahlah sikit income Nuffnang aku. Rasanya inilah buffered earning pertama untuk bulan March yang begitu panjang aku rasa. Penat nak tunggu sampai hujung bulan...hehehe.


Cek dari Nuffnang yang aku request hujung bulan 2 pun belum sampai2 lagi ni. Kalau tak silap ambil masa sebulan untuk process...emm tunggu jelah. Yang penting Nuffnang ada bagi...hehehe.


Agak penat juga hari ni. Aku beberapa hari ni sibuk dengan business online aku...bagi sesiapa yang berminat nak beli produk kecantikan dan kesihatan....silalah layari :



Oklah...tu je...aku nak update beberapa produk lain lagi...........moga business berjalan baik....:)

Saturday, March 26, 2011

MayaOnlineShop Beroperasi Semula Dengan Produk Terbaru



Baru dapat update blog kesayangan aku ni hari ni.2 hari ni aku sibuk sikit nak update blogshop aku dengan produk terbaru seperti:


- Cocoa Collagen Power Plus


 - Jamu Ratu Dara


- dan banyak lagi  &  ada juga yang belum update lagi.

Bagi yang nak usha2 produk yang digemari....layari sini ye:



Oklah....tak larat nak cakap panjang berjela ni. Penat berwindow shopping petang tadi then update blog serta facebook. Jommmm rehat :)

Thursday, March 24, 2011

Pelik Macam Mana Wanita Bogel Terperangkap Di Cerun Bukit????

Aku ada baca news pasal wanita bogel ni di email pagi tadi. Fikir2 macam manalah wanita ni boleh terperangkap di cerun bukit tanpa seutas benang. Adakah dia suka2 mendaki bukit then tak pandai nak turun? Pelik pelik.....pasti ada sesuatu berlaku...tapi tak pasti apa??????


Credit:Kosmo

SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam. 


Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.


Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan. 


Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut. - Agensi

Wednesday, March 23, 2011

Layan Movies...Jom :)



Malam ni rasa malas nak layan internet, nak sambung layan movies yang member aku download di internet...banyak gitu. Gila movies dah aku ni...hahahaha. Apa2 pun, dari asyik layan internet...layan movies best jugakan. Terhiburlah sikit.


Semalam aku layan movie cartoon Rapunzel:A Tangled Tale....best, aku memang sangat sangat sangat suka cerita fairy tales ni. Dulu kalau ada disiarkan di siaran tv biasa, mesti aku tengok...sebab dah peminat setia katakan.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9TcMRugXkHPU5R1LCcmVmq0nivh-aLREu4MLXI64x2T4_kJOJYfFBZBT7wwMqqCklFQL6Dw8EJ0_rk-In37lac7MgAsBKCADW5SDUVFdloRk_VmDbr5DOTL-5GBR38vpWpKhy6D2z2Qk/s1600/rapunzel.jpg


Jalan cerita Rapunzel versi 2010 ni sama je dengan jalan cerita Rapunzel yang lain, cuma ada ubah sikit2 je. Anyway tetap the best....dengan rambut yang panjang dan bersinar, nampak cantik pula Rapunzel dan heronye yang kira hensem jugalah. Aku bagi 5 star untuk movie ni sebab aku minat...hehehe.


Then lepas habis cerita Rapunzel, aku layan pula movie ni: G.I. Joe: The Rise Of Cobra.

http://www.aceshowbiz.com/images/news/00026305.jpg


Memang best gila cerita ni. Penuh dengan aksi. Cerita macam nilah baru ada semangat nak tengok. Kalau cerita romantik je...boring juga kadang2...hehehe. Aku tengok cerita ni sampai pukul 11 lebih. Lewat juga aku tido malam semalam. Nasiblah paginye aku tak mengantuk sangat. Malam ni pula...layan cerita apa ya?

Tuesday, March 22, 2011

Wow....Bayi Perempuan Gergasi Britain

Emmm....entah macam mana agaknye rupa bayi gergasi iye. Itu yang aku tengah duk fikir masa mula2 terbaca header berita ni kat Kosmo. 2 kali ganda berat dari bayi normal...fuh memang jenuh nak lahirkan bayi seberat itu. Tak dapat aku nak bayangkan...:)


Credit:Kosmo


WIGAN, Britain - Seorang wanita, Gemma Woods, 28, melahirkan bayi perempuan terbesar di Britain seberat 5.6 kilogram (kg), dua kali ganda berat bayi normal pada Oktober lalu, lapor sebuah akhbar semalam.


Walaupun saiznya besar, bayi yang bernama Libby itu dilahirkan secara normal dengan proses bersalin pendek iaitu selama enam jam di sini baru-baru ini.


"Saya seperti tidak percaya apabila bidan memberitahu berat Libby, bunyinya seperti mendengar berat sesuatu barang," kata Gemma.


Sepupu Libby, seorang bayi lelaki bernama Thomas yang lahir tiga minggu lebih awal hanya mempunyai berat 3kg.


Bayi paling berat di dunia setakat ini dilahirkan di Aversa, Itali pada September 1955 yang mempunyai berat mencecah 10.17kg. - Agensi

Monday, March 21, 2011

Isnin...Hari Earning Nuffnang Updated????

I Love Nuffnang


Nuffnang...aku sangat bangat sama kamu...hehehe. Itu kalau bagi banyak earning, kalau tak de.....cakap tak sayang, tak cinta...ahhh apa2 jelah.



Emm...kebiasaannye hari isnin, Nuffnang akan update earning tapi kenapa hari ni aku tengok earning untuk campaign buffered earning aku tak berganjak sedikit pun...pelik. Ada masalah agaknye dengan Nuffnang ni......Ada siapa2 kes sama dengan aku tak?


Boringlah macam ni, kalau earning lambat macam siput. Nak kata trafik kurang...adalah 100 visitors ke atas. Dulu laju je naik, sekarang lembap macam broadband ni pula jadinye. Alahai.........macam2 hal.Maybe impak dari Tsunami di Jepun agaknye.

Sunday, March 20, 2011

Jamu Ratu Dara Makin Meletup2 Di Pasaran, Malah Online

Credit:JRD

Jamu Ratu Dara.....satu produk tempatan yang makin popular masa kini. Aku baru kenal produk ni melalui penjual di Facebook. Dia syorkan aku makan. Sebab Jamu Ratu Dara ni bukan saja untuk perempuan yang dah berkahwin tapi juga yang masih dara. Bagi penjagaan awal...tak rugi pun.


Memangkan beberapa hari ni aku tengok produk ni makin meletup, so aku cubalah try. Aku beli satu botol je dan 2 botol untuk adik aku yang dah berkahwin. Aku harap lepas dia makan ubat ni, ada perubahan pada dirinye. Mudahan dapat zuriat. Dah lama kahwin tapi rezeki belum ada. Amin. Apa2 pun semuanye atas kehendak Allah. Kita just berusaha je.




Oppp....ada sebotol lagi. Yang tu untuk kawan adik aku. Kes sama juga dengan adik aku. Mudahan mereka murah rezekilah dan dapat anak. Amin.


Kat bawah ni aku postkan beberapa info mengenai JAMU RATU DARA ni. Siapa nak cuba, bolehlah beli. Google je di internet or cari di pasaran terdekat.


JAMU RATU DARA

Jamu ini 100% diperbuat dari herba dan rempah ratus. Boleh mengatasi pelbagai masalah yang dialami oleh wanita. Untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan, Jamu Ratu Dara perlu diamalkan secara konsisten.


Hasilnya akan terpancar pada wajah dan tubuh badan anda terasa lebih segar dan sihat sentiasa.
Antara khasiat Jamu Ratu Dara:


Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi  bahagian keintiman  wanita.
Mengembalikan tenaga batin luaran dan dalaman wanita.
Merawat keputihan dengan berkesan.
Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
Membantu mengatasi sakit pinggang dan membuang angin dalam badan.
Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
Mengecut dan menguatkan rahim selepas bersalin.
Meningkatkan kesuburan wanita.
Membantu mendapatkan zuriat.
Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
Membantu menurunkan berat badan.
Mencegah barah payudara dan rahim.
Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.

Emmmm menarik bukan. Nak info lebih lanjut boleh layari website JAMU RATU DARA di sini:


Saturday, March 19, 2011

Aku Benci Salemen...Bermain Dengan Kata2 Yang Cuba Nak Mengeliru Orang Je!!

Copypaste dr Google


Hari ni, jalan2 shopping dengan member satu ofis then singgahlah di Mall. Dari jauh dah kelihatan seorang salemen cuba mendekati kami. Aku cuba nak mengelak diri tapi kawan aku pula termelayan salemen tu. Terpaksalah ikut serta juga.


Dengar penerangan setiap produk yang ditawarkan. Salemen tu cakap tak minta orang beli hari ni. Cuma nak perkenalkan nama syarikat dan produk mereka. So...dengar jelah. Habis dengar tu...salemen tu suruh bagi maklumat diri sebagai rekod dia buat kerja.

Dan oleh sebab kami dengar penjelasan dia, dia bagi hadiah free termasuklah sampul voucher. Setiap voucher ada tawaran RM200, RM100 dan beberapa voucher diskaun. Kawan aku dapat voucher RM200. Manakala aku dapat voucher RM100 dan barangan sponsor yang dikatakan free. 


Salemen tu, aku tak pastilah...sengaja or tak nak buat muka terkejut yang aku menang voucher sets periuk yang bernilai RM3k (Kalau tak silap aku). Siap call boss sama ada valid ke tak voucher tu. Dalam fikiran aku...trick yang sama berlaku kat kawan aku dulu. Cuma tempat dan jenama produk je berbeza.


Aku dah mula binggung bila salemen dan beberapa rakannye terangkan itu ini. Kata promosi ni just untuk hari ni. Huh...tak bagi peluang orang berfikir or pertimbangankan. Minta kad kredit...kata nak tengok tamat luputnye...then nak cuba apply di bank untuk proseskan pembelian barangan yang mula2 dikatakan contoh. Dan itu merupakan teknik di mana....kita kononnye dapat barangan mahal free then secara tak langsung kita terpaksa beli barang lain.


Itu bukannye free tapi sekadar nak kaburi mata pelanggan je. Nasiblah aku tak teruskan urusniaga tu. Dahlah lewat, aku dan kawan...terus balik je. Sanggup aku kehilangan sets periuk free tu dari terpaksa berhutang. Lebih2 lagi dalam keadaan nak simpan duit for marry. Lagipun bukannye nak guna sekarang benda2 macam tu.


Benci betul salemen macam itu..........lebih2 lagi bila dia cakap...bukan beli tapi ambil peluang. Kalau bukan beli, buat apa nak swap (Maaf tak pandai nak eja..hehehe) kad kredit aku. Nasib aku tak bodoh sangat...hahahahaha...pengajaran. Jangan terpedaya dengan trick salemen ok......kalau tak berhutang banyak nanti.

Thursday, March 17, 2011

Bila Matahari Tidak Lagi Terbit Dari Timur Itulah Tandanya Kiamat Semakin Hampir



Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:


1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.


Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.


Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.


Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.


Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Wednesday, March 16, 2011

Kurma Nabi/Ajwa Dari Madinah...Dah Sampai, Sedap Gitu!!!

Minggu lepas tengah jalan2 di forum carigold terjumpalah thread mengenai buah kurma Ajwa. Aku tengok macam interesting je, lagipun aku tak pernah makan kurma jenis kurma Ajwa dari Madinah. So, aku belilah. Nasiblah temui penjual yang baik. Siap call aku lagi nak confirm betul2 beli ke tak. Biasalah orang baru berniaga, risau kena scam ke apa. Sebenarnya sepatutnya aku yang risau. Ni sebaliknye.


Anyway disitu aku dapat nilailah sikit sikap penjual ni. Dia nampaknye penjual yang cukup berhati2 dan ikhlas berniaga. 


Emm...inilah buah kurma Ajwa yang baru sampai tadi.
Rasanya....sedapppppp gitu!!!




Kat sini, aku postkan cerita serba sikit mengenai kurma Ajwa ni, buat tatapan kita semua. Bagi siapa yang berminat nak try makan and beli. Bolehlah juga buat pesanan di sini: KURMA AJWA.


Kisah dan asal usul kurma ajwa

Ini untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri.


Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.


Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.


Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.



Diantara Hadis-Hadis Dan Riwayat Berkaitan Buah Kurma:


1. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”


2. Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”


3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.


4. Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.


5. Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.


6. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.


7. Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)


8. Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”


9. Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:” Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya “


10. Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,” Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka”


11. Rasullallah s.a.w pula bersabda, ” makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut”


12. Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma(Hadis Riwayat Bukhari). Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.


13. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan dengan kurma masak.”


14. Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Monday, March 14, 2011

Siapa Sanggup Makan Telur Direbus Guna Air Kencing, Angkat Tangan Ye!!!

Eiiii.....hidu bau kencing dah tak lalu makan, nikan nak makan telur yang direbus guna air kencing. Walaupun dikatakan berkhasiat. Aku kalau diberi, tak sangguplah. 
 

Credit:Kosmo


BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.


Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.


"Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.


"Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya.


Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. - Agensi

Pemenang Ratu cantik Perlu Lapah Ular.....Eiiiii Tak Sanggup Aku!!!

Aduh..kalau nak jadi ratu cantik kena lapah ular, tak sanggup aku. Dahlah aku ni geli sangat dengan ular. Ada kala sampai termimpi2 ular.


 Credit:Kosmo


DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Pemenang Ratu Cantik Ular di Sweetwater, Texas perlu melapah ular spesies orok-orok selain diberikan tiara kemenangan, lapor sebuah akhbar semalam.


Pemenang ratu cantik itu, Laney Wallace yang memenangi gelaran tersebut pada minggu lalu hanya menggunakan parang untuk memutuskan kepala dan melapah kulit ular tersebut dengan menggunakan gunting.


"Saya terlalu teruja untuk memutuskan dan melapah kulit ular," katanya.


Daging ular itu digoreng untuk dijadikan makanan ringan, manakala kulit haiwan itu digunakan untuk membuat but dan dompet manakala racunnya pula untuk dibuat kajian.


Pemenang kedua pula diminta mencelup tangannya dengan darah ular tersebut dan membuat kesan tapak tangannya yang berdarah di dinding. - Agensi

Sunday, March 13, 2011

Lagu SEDETIK LEBIH by Anuar Zain ost Merong Mahawangsa (Lirik & Video)

Dah habis tengok trailer Merong Maha Wangsa, apa kata kita layan lagu ostnye pula. Best gitu. Penuh makna yang mendalam.



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
EDRY ABDUL HALIM

Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Maha Wangsa...Wah Tengok Trailer Bukan Main Best Lagi!

Baru tadi aku terjah Youtube, nak tengok trailer movie 'Hikayat Merong Maha Wangsa'. Fuh...memang bestlah trailernye. Jalan cerita penuh, aku tak pastilah. Kena tanya orang yang dah tengok movie ni.


Nampaknye dengan keluarnya filem sebegini terutamanya under KRU memang menaikkan lagi industri perfileman Malaysia. Tahniah diucapkan kepada KRU kerana cuba sesuatu yang baru dalam industri perfileman Malaysia. Hope akan datang makin canggih lagi. 




Sinopsis

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.


Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. 


Antara pelakon – pelakon yang menjayakan filem ini ialah Stephen Rahman-Hughes, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, dan juga beberapa pelakon melayu yang dikenali oleh peminat filem tanah air iaitu Khir Rahman, Jehan Miskin, Kuwasdinata, Umie Aida dan Dato’ Haji Rahim Razali...sumber:donnyien

Credit:Youtube


Memang best.......wajib tonton!!!

Model Terbaru Rokok Elektronik (Ego-T) E-Cigarette E-Rokok....Makin Canggih :)

Salam hujung minggu semua. Hari ni nak cerita pasal E-Cigarette lagi. Hari tu mengenai E-Cigarette yang maybe versi pertama...simple but not yet canggih lo. Nak baca entry tu klik link di bawah ni:

E-Health Cigarette...Bagus Ke???

 

Oh ya sebelum aku teruskan cerita pasal E-Cigarette canggih ni. Harap maklum ye...aku tak jual benda2 macam ni. Saja nak bagitau je. Lagipun aku tak suka perokok tapi jodoh yang merokok pula...hehehe.

 



Tengok gambar di atas...itulah rupa Ego-T, E-Cigarette yang canggih tu. Macam mana guna aku pun tak tahu. Produk terbaru rokok elektronik ini mengunakan atomizer teknologi terbaru. 

Katrij nya tidak lagi mengunakan kapas/span untuk menyimpan cecair perisa. Cecair perisa dimasukkan terus kedalam tangki yang terdapat didalam katrij. Katrij tersebut boleh menampung sehingga 12 titik cecair perisa.Tiada lagi rasa kapas terbakar bila kekurangan cecair perisa.


Antara fungsi rokok Elektronik ni ialah;
 
1- TIADA tar dan bahan beracun yang lain
2- TIDAK berbahaya kepada orang lain dan persekitaran
3- TIDAK ada kesan “second-hand smoking” kepada orang lain
4- BOLEH merokok di tempat umum walaupun ada tanda larangan merokok
5- BOLEH membantu untuk berhenti merokok dalam empat langkah6
- BOLEH membantu mengurangkan kos merokok.
7- TIDAK mengunakan api serta tiada bahaya kebakaran.
8- BOLEH merokok di dalam kereta tanpa perlu membuka tingkap.
9- TIADA bau busuk, abu dan puntung rokok.
10- TIDAK mengaratkan gigi.
11- BOLEH mencuba pelbagai perasa yang ada dipasaran ataupun campuran ikut citarasa sendiri.

Menarik juga....ada kebaikannye tapi kalau tak merokok lagi bagus...hehehe. Oklah jom layan video ni pula.

Credit:Youtube

Jana Income Dengan SAYS.my....Macam Churp2 Juga :)



Hai semua...ni nak khabar sikit...bagi siapa2 yang nak jana banyak2 income lain selain Nuffnang and Churp2 bolehlah try program baru ni iaitu SAYS.my. Aku pun baru join semalam. Baru tahu...hehehe


Nak register SAYS.my ni senang je....login guna Facebook dan ikutlah apa yang diminta mereka tu...simple je.
Selepas dah selesai semua proses pendaftaran. Bolehlah jana income dengan SAYS.my. Macam Churp2 juga stailnye. Anda just perlu klik link share a sponsored campaign message seperti di gambar ini:


Setiap campaign ada nilainya tertentu dan semestinye lebih banyak dari Churp2. Malah setiap orang yang register di bawah anda pun, akan anda perolehi income iaitu sebanyak RM1 setiap penyertaan.


Proses untuk share or khabarkan campaign SAYS.my ni senang je. Just klik mana2 campaign yang diberikan. Contohnye macam campaign di bawah ini:

 





Klik button 'share this now'. Then pilihlah mana2 cara sharing yang anda suka seperti gambar di atas. Senangkan? Serupa je dengan Churp2...tak jauh beza sangat. Oklah...bagi yang nak try....bolehlah klik link di bawah ini:

Friday, March 11, 2011

E-Health Cigarette...Bagus Ke???

Dunia sekarang makin maju, bermacam ciptaan terbaru muncul...semuanye nak memudahkan manusia. Hope manusia jangan jadi malas sudahlah hehehe.


Ciptaan yang gempak masa kini ialah E-Health Cigarette. Rasa2nya dah ramai yang tahu pasal rokok ni kan? Aku baru tahu je. Itu pun sebab tunang aku bagitau. Biasalah diakan jenis merokok, so memang patut tahu...hehehe. Kalau boleh aku memang tak mahu dia merokok dah, namun aku tak paksa. Bukannya apa merokok ni tak baik untuk kesihatan. Sebab ia mengandungi 4000 bahan kimia didalamnya.


Emmm manalah tahu dengan adanya E-Health Cigarette ni dapat membantu mengurangkan bahaya yang masuk dalam badan perokok2 and seterusnya berhenti merokok. Entahlah macam mana tu...hehehe. 




E-cigarette ni ialah gadget yang berbentuk seperti rokok, rasa seperti rokok tetapi ia bukanlah rokok. Ia adalah gadget elektronik yang dibuat khas untuk mereka yang ingin berhenti merokok terutamanya tetapi masih boleh merokok dengan menggunakan e-health cigarette dengan cara yg jauh lebih sihat berbanding rokok sebenar
E-cigarette ini dibuat tanpa bahan2 yg merbahaya seperti chemicals, tembakau, tar, karbon monoksida, api, abu, bau dan 4000++ lagi bahan yg terdapat dalam rokok biasa. 
E-cigarette ini masih mempunyai nikotin tetapi didalam kuantiti yg sedikit. Nikotin sahaja tidak merbahaya kerana ia adalah seperti kafein yg ada didalam air kopi. 
E-cigarette tiada mempunyai kesan sampingan. Sebaliknya ia memberi keseronokan kepada perokok kerana terdapat pelbagai perasa seperti peach, strawberry, marlboro dan lain2.

Setiap set didatangkan dengan:

1 cigarette
1 car charger
1 usb cable
1 wall charger
10 cartridges (marlboro)
So...bagi siapa2 yang nak membeli, bolehlah cari di google...hehehe. Sebab aku tak jual benda2 macam ni. Saja nak bagitau je. Tapi aku dah tempah satu untuk tunang aku sebab dia nak try. Lagipun hajat dihati dia nak berhenti rokok.

Kalau nak beli boleh cari di sini: 

Wednesday, March 9, 2011

Perfume Oh Minya Wangi...Mana Satu Pilihan Hati :)

Naik pusing juga kepala nak pilih perfume apa untuk barang hantaran seterusnye. Sebab sebelum ni aku tak pilih beli perfume untuk boyfriend aku. Kali ni kenalah beli. 


Aku ada tanya pendapat tunang aku tu. Dia cakap sekarang dia guna perfume jenama Hugo Element. Tapi malangnye pembekal yang membekal perfume ni, kehabiasan stok.


 

So, aku terpaksalah cari perfume lain yang juga tunang aku pernah guna iaitu CK Be. Macam mana baunye, aku pun tak tahu..hehehe. Yang penting dia suka.




Tapi kalau boleh aku nak beli yang sets punya. Baru nampak complete and mewah...hehehe. Tapi kalau beli sets memang mahal.


Emmm...bila fikir untuk hantaran, tak pelah mahal sikit je. Bukan untuk siapa pun...untuk dia tersayang...:)

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Buat Wanita Sedunia

WANITA dicipta dari rusuk, 
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan juga dari kepala untuk dijunjung, 
tapi dekat di bahu untuk dilindung,
dekat jua di hati untuk dikasihi...
selamat hari wanita buat semua wanita aku ucapkan....

Kura-kura 2 Kepala, 5 Kaki

Uniknye ciptaan Allah kan?

Credit:Kosmo


ZILINA, Slovakia - Seekor kura-kura kecil daripada spesies Geochelone sulcata yang mempunyai dua kepala dan lima kaki dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam. 

 
Kura-kura yang berusia tujuh minggu itu dilahirkan di Slovakia dan diberi dua nama, Magda untuk kepala kiri dan Lenka untuk kepala kanan. - Reuters
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."