Copypaste dr Google
Hari ni, jalan2 shopping dengan member satu ofis then singgahlah di Mall. Dari jauh dah kelihatan seorang salemen cuba mendekati kami. Aku cuba nak mengelak diri tapi kawan aku pula termelayan salemen tu. Terpaksalah ikut serta juga.
Dengar penerangan setiap produk yang ditawarkan. Salemen tu cakap tak minta orang beli hari ni. Cuma nak perkenalkan nama syarikat dan produk mereka. So...dengar jelah. Habis dengar tu...salemen tu suruh bagi maklumat diri sebagai rekod dia buat kerja.
Dan oleh sebab kami dengar penjelasan dia, dia bagi hadiah free termasuklah sampul voucher. Setiap voucher ada tawaran RM200, RM100 dan beberapa voucher diskaun. Kawan aku dapat voucher RM200. Manakala aku dapat voucher RM100 dan barangan sponsor yang dikatakan free.
Salemen tu, aku tak pastilah...sengaja or tak nak buat muka terkejut yang aku menang voucher sets periuk yang bernilai RM3k (Kalau tak silap aku). Siap call boss sama ada valid ke tak voucher tu. Dalam fikiran aku...trick yang sama berlaku kat kawan aku dulu. Cuma tempat dan jenama produk je berbeza.
Aku dah mula binggung bila salemen dan beberapa rakannye terangkan itu ini. Kata promosi ni just untuk hari ni. Huh...tak bagi peluang orang berfikir or pertimbangankan. Minta kad kredit...kata nak tengok tamat luputnye...then nak cuba apply di bank untuk proseskan pembelian barangan yang mula2 dikatakan contoh. Dan itu merupakan teknik di mana....kita kononnye dapat barangan mahal free then secara tak langsung kita terpaksa beli barang lain.
Itu bukannye free tapi sekadar nak kaburi mata pelanggan je. Nasiblah aku tak teruskan urusniaga tu. Dahlah lewat, aku dan kawan...terus balik je. Sanggup aku kehilangan sets periuk free tu dari terpaksa berhutang. Lebih2 lagi dalam keadaan nak simpan duit for marry. Lagipun bukannye nak guna sekarang benda2 macam tu.
Benci betul salemen macam itu..........lebih2 lagi bila dia cakap...bukan beli tapi ambil peluang. Kalau bukan beli, buat apa nak swap (Maaf tak pandai nak eja..hehehe) kad kredit aku. Nasib aku tak bodoh sangat...hahahahaha...pengajaran. Jangan terpedaya dengan trick salemen ok......kalau tak berhutang banyak nanti.
5 comments:
Aku penah terkena, beli alarm kete. 2 taun bayar woo padahal alarm tu ble trick sikit dah bleh start kete...
oo...tu lah kena hati2..hehehe
nasib baik ko x terpedaya dgn trick depa...huhuhu
itulah...geram aku..
Post a Comment