Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Wednesday, March 16, 2011

Kurma Nabi/Ajwa Dari Madinah...Dah Sampai, Sedap Gitu!!!

Minggu lepas tengah jalan2 di forum carigold terjumpalah thread mengenai buah kurma Ajwa. Aku tengok macam interesting je, lagipun aku tak pernah makan kurma jenis kurma Ajwa dari Madinah. So, aku belilah. Nasiblah temui penjual yang baik. Siap call aku lagi nak confirm betul2 beli ke tak. Biasalah orang baru berniaga, risau kena scam ke apa. Sebenarnya sepatutnya aku yang risau. Ni sebaliknye.


Anyway disitu aku dapat nilailah sikit sikap penjual ni. Dia nampaknye penjual yang cukup berhati2 dan ikhlas berniaga. 


Emm...inilah buah kurma Ajwa yang baru sampai tadi.
Rasanya....sedapppppp gitu!!!




Kat sini, aku postkan cerita serba sikit mengenai kurma Ajwa ni, buat tatapan kita semua. Bagi siapa yang berminat nak try makan and beli. Bolehlah juga buat pesanan di sini: KURMA AJWA.


Kisah dan asal usul kurma ajwa

Ini untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri.


Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.


Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.


Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.



Diantara Hadis-Hadis Dan Riwayat Berkaitan Buah Kurma:


1. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”


2. Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”


3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.


4. Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.


5. Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.


6. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.


7. Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)


8. Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”


9. Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:” Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya “


10. Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,” Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka”


11. Rasullallah s.a.w pula bersabda, ” makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut”


12. Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma(Hadis Riwayat Bukhari). Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.


13. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan dengan kurma masak.”


14. Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

4 comments:

Qaulan Sadeeda said...

Assalammua'laika, nak tanya, dimana boleh beli kurma ajwa itu? jazakallahu khair.

Admin said...

wslm..boleh klik nama KURMA AJWA...yg colour biru tu....sbb maya beli online je...

M.R.A.J said...

Salam...
Apa beza kurma ajwah dan kurma al barni..???
W'salam.......

M.R.A.J said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."