Berita hangat bulan ni, Sultan Brunei ceraikan isteri kedua baginda iaitu Azrinaz dengan talak satu. Tak ada ribut, tak ada suara2 sumbing, tiba2 je berita keluar mengenai perceraian baginda. Apa sebabnya kita sendiri pun tak tahu. Nak komen banyak, tak bolehlah. Nanti kena saman pula...hehe.
Sultan Brunei ceraikan Azrinaz talak satu
BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.
Sultan Hassanal Bolkiah, 63, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di duniaberkahwin dengan Azrinaz pada 2005.
Azrinaz yang berumur 30 tahun melahirkan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Berita mengenai perceraian itu diumumkan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar menerusi pengumuman khas di stesen televisyen Radio Televisyen Brunei pada pukul 8 malam.
Beliau membacakan kata-kata pujian kepada Allah sebelum mengumumkan mengenai berita perceraian itu....berita lanjut clik link di atas tu.
Credit:Google
Apakah nasib kedua anak Azrinaz kelak ya. Kasihan juga, bila ada berlaku perceraian macam ni. Selalunya anaklah menjadi mangsa. Aku rasa maybe ok. Yelah ayah merekakan kaya dan berpengaruh. Pasti akan beri nafkah sebaiknya. Bab kasih sayang, itu maybe tak terjamin sangat. Apa2lah yang penting adil dalam segalanya.
6 comments:
apa la nak jadi ni huhuhu. kesian azrinaz.
aku ada dgr kes sbnar knapa kena cerai..mmm...buat malu malaysia jek..huhu..apa2 pon anak dia rasanya sultan yg jaga
kes psl apa ya...emm
dah tgk video pengumuman rasmi? ada kat my blog..
wahgossip.blogspot.com
sebab apa? hmm,patut ke nak reveal ek..
tklah juga...kdg2 mjd teka-reki pula
dh jadi gold digger..nie lah nasibnya huhuh..
Post a Comment