Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Friday, June 18, 2010

Demam Bola + Argentina Berpesta



Bola bola bola, sana bola sini bola. Semua bercerita pasal bola. Biasalah deman bola tengah melanda kita sekarang ni. Lagipun bukannya selalu dapat tengok perlawanan world cup ni. Empat tahun sekali kalau tak silaplah.


Memang best kalau tengok bola ni kadang2. Lebih2 lagi dengan geng bola yang suka menjerit goooooooolllllll. Pasti riuh dibuatnya. Aku minat, minat juga tengok bola ni. Tapi taklah selalu nak tangok. Kalau team bola yang hebat2 turun padang, barulah aku tengok. Lebih gempak..kan?


Malangnya world cup kali ni, aku tak dapat tengok. Biasalah bilik aku tak ada TV. Ada laptop je. Kalau nak tengok kenalah turun ke kantin. Dan pastinya ramai orang. Tak naklah. Dengar keputusannya cukuplah...haha. Lagipun aku ni bukan fanatik bola pun.



Semalam aku baca berita Argentina menang. Oklah tu. Bila pula giliran Portugal turun padang ya? Tu juga salah satu team hebat..kan. Member aku cakaplah....apa2 pun congrat pada Argentina sebab menang semalam. Berpesta hebat mereka ye.

JOHANNESBURG – Hatrik pertama Piala Dunia 2010 oleh Gonzalo Higuain telah mencerahkan peluang Argentina untuk melangkah ke pusingan kedua selepas membelasah Korea Selatan 4-1 pada aksi Kumpulan B malam tadi.
Argentina, juara Piala Dunia 1978 dan 1986 membuka tirai jaringan pada minit ke-17 setelah pemain Korea Selatan, Park Chu-young tertolak masuk bola ke gawang sendiri ketika mahu menyelamatkan sepakan percuma Lionel Messi dari sebelah kiri.
Belum sempat Korea Selatan menyusun permainan, gawang mereka bolos lagi apabila Argentina memperoleh gol kedua hasil tandukan Higuain pada minit ke-33.
Namun kelekaan pemain pertahanan Argentina, Martin Demichelis dihukum Lee Chung-yong yang berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Sergio Romero untuk merapatkan kedudukan 2-1 pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Korea Selatan dilihat lebih yakin pada permulaan babak kedua tetapi gol penyamaan yang dicari mereka gagal ditemui apabila pertahanan Argentina kental menyerap asakan mereka.
Argentina berjaya mematikan semangat Korea Selatan itu apabila mereka akhirnya memperoleh gol ketiga pada minit ke-76 hasil tolakan mudah Higuain yang menyudahkan percubaan awal Messi yang terkena tiang gol Korea Selatan.
Penyerang Real Madrid itu melengkapkan hatrik empat minit kemudian menerusi satu lagi tandukan menarik menewaskan penjaga gol Korea Selatan, Jung Sung-ryong untuk memastikan kemenangan bergaya 4-1 buat Argentina.
Dengan mengumpul enam mata maksimum, Argentina bakal melengkapkan aksi saingan peringkat kumpulan bertemu Greece pada awal pagi Rabu ini.
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Greece menewaskan Nigeria 2-1 semalam. – Agensi

2 comments:

saya_arief said...

saya sokong malaysia..
tp malaysia belom layak lagi..
jadi saya pown minat brazill..
argentina pown suke gak..haha.

Admin said...

dulu suka brazil gak tp mcm tk best je skrg...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."