Credit:MiloSuam
Aku ada ternampak post pasal cerita Saiful Apek pakai baju lokap ni semalam. Aku taklah kisah sangat. Sebab aku fikir maybe cerita pasal movie beliau ke apa. Tapi bila aku baca pasal berita Saiful Apek Sembunyi di Kosmo. Terkejut pula. Takkanlah Saiful Apek salah seorang penagih dadah?? Entahlah...info belum pasti lagikan.
Saiful Apek sembunyi
SUBANG JAYA - Pelakon dan pelawak, Saiful Apek (gambar) dibebaskan dengan jaminan polis selama dua minggu atas tiga tuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah setelah tahanan reman terhadapnya berakhir semalam.
Ketika dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, pada pukul 4.20 petang semalam, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saiful Azam Mohamad Yusoff, 41, cuba mengelak daripada pihak media dengan melalui pintu belakang balai polis.
Bagaimanapun, taktik Saiful Apek bersama lebih kurang sepuluh orang saudara-maranya yang turut berada di situ tidak berjaya apabila pihak media berjaya menjejakinya yang pulang menaiki sebuah kereta Honda Civic bewarna hitam.
Dari dalam kereta, Saiful Apek yang memakai baju lokap berwarna jingga bertindak mengiringkan badannya serta menundukkan kepala di tempat duduk belakang apabila jurukamera merakamkan gambarnya...petikan:Kosmo
Memang ketinggalan betullah aku ni pasal berita sensasi artis...haha. Tak pelah bukannya penting sangatkan. Sekadar tahu2 sikit sudahlah. Tapi memang tak sangka aku kalau Saiful Apek nak menagih dadah ni. Lagipun wajah beliau riang je masa pakai baju lokap. Maybe tuduhan je agaknya. Apa2 pun tunggu keputusannya jelah...kan.
4 comments:
pergh...ak tgok muka dye macam penagih dadah....serius!! huhu
muka tk semestinya mbygkan dia penagih dadah..mn tau muka dia mmg mcm tu...entahlah
rasanyerr yer kot sbb sebelum nie pun penah gak terjadi yg dier kena tangkap kan pasal dadah gak...tapi...ntahlaaa...tak leh komen sebarangan coz nie sumer melibatkan maruah org...so...dengar n baca jer laaa laporan dari akhbar...
itulah...tunggu dan lihat jelah
Post a Comment