Credit:Google
Facebook yang memang tidak asing lagi bagi remaja dan sesiapa sekarang ni, tak kira tua or muda. Semua dah pandai main Facebook. Kadang2 terfikir apa yang best sangat kat Facebook sana. Entahlah aku pun tak tahu. Hari2 login pun, naik bosan juga...haha2.
Sejak mula kenal Facebook ni, aku ada dengar macam2 perkara pasal Facebook. Ada baik dan ada buruknya juga. Itu bergantung macam mana kita mengunakan Facebook. Kalau baik, baik jadinya...kan? Apa2 jelah.
Eh..nak tanya. Adakah antara anda yang terjumpa kenalan Facebook, then jatuh cinta. Akhirnya kahwin. Siapa pernah alaminya. Baik mengaku...hehehe3. Yelah dunia chatting pun ada orang bercinta. Inikan dunia Facebook. Macam artis Bollywood kita ni. Manisha....kenal tak? Beliau pelakon dulu2....bukan maksud zaman nenek moyang kita...haha2...gurau je. Beliau bertemu jodoh dengan kenalan Facebook. Congrat kat beliau. Bahagia juga akhirnya. Anda bila lagi?
Manisha kahwin rakan Facebook
KATHMANDU - Aktres terkenal Bollywood kelahiran Nepal, Manisha Koirala, 39, selepas dua kali putus cinta akhirnya mengahwini seorang ahli perniagaan negara itu, Samrat Dahal yang dikenali menerusi laman sosial popular Facebook.
Upacara perkahwinan berlangsung di kuil Hindu di sebuah resort hutan mewah di Sridhar Pokharel semalam manakala majlis resepsi dijadualkan pada hari ini dengan dihadiri semua ahli keluarga dan rakan-rakan rapat kedua-dua belah pihak.
Manisha yang juga duta muhibah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak dilantik pada 1999, pernah bercinta dengan Duta Australia di Nepal, Crispin Conroy dan kemudian penulis buku warga Amerika Syarikat, Christopher Dorris.
Bintang itu memulakan karier lakonan pada 1989 sebelum menjadi popular menerusi banyak filem termasuk Dil Se bersama dengan aktor Shah Rukh Khan selain dinobatkan lima kali sebagai pelakon wanita terbaik.- Agensi
p/s: Kalau dah jodoh takkan ke mana pun. Pasti akan bertemu jua. Bila? Aku pun tak tahu...tunggu jelah.
6 comments:
agak2 dah bape umor dia ?? 1989 dah mulakan karier , masa tue aku baru nak lahir...
39 tahun dah umur dia....moga dia bahagia hendaknye
uish.. terasa diriku ini. ahahaha.. betul2. facebook ni giler r. ari tu dpt proposal kt facebook even at last taw benda tu men2 je. hahhaa..
rina knal2. manisha koirala kot hehehe
best2 dia blakon cte Mann dengan aamir khan. lencun bantal i nanges hihi
bestnye. tapi bahaye la nak knal2 tru fb ni kan
:)
huhuhu
kalau jodoh mana2 pun jumpe
manisha mmg best blakon ms movie mann dulu...maya pun suka...
yelah kalau dah jodoh..mn2 pun jumpa..hehehe
Post a Comment