Entah apalah punya manusia, tak punya akal ka? Adakah patut nak berbogel lepas tu nak beraksi lucah pula di hadapan ramai manusia lain di pantai? Akal pendek betul. Carilah tempat lain. Buat apa nak tunjuk kat orang lain.
Aku tak faham betul dengan orang macam ni. Tak reti malu agaknya. Nak tunjuk diri tu hebat sangat agaknya. Isss...macam2lah manusia ni. Orang lain sukalah sebab tengok free wayang ma....teruk betul!!
NEWPORT, England - Sepasang kekasih ditangkap oleh enam anggota polis kerana berbogel dan berasmara di hadapan sejumlah ibu bapa di tepi pantai peranginan Sandown, Isle of Wight, lapor sebuah akhbar semalam.
Adegan itu bermula apabila seorang wanita berambut perang dan berusia 22 tahun dari Ireland Utara bersama dengan kekasih lelakinya dari Surrey melompat-lompat di hadapan beberapa ibu bapa dan anak-anak mereka dengan berpakaian renang pada waktu tengah hari, baru-baru ini.
Namun, wanita itu menanggalkan colinya menyebabkan sekumpulan pengunjung bar yang berdekatan di pantai tersebut bersorak.
Menurut seorang saksi, seluar dalam wanita itu kemudian dilucutkan oleh kekasihnya.
Enam anggota polis bergegas ke pantai itu selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai adegan tersebut.
Pasangan tersebut ditahan kerana mewujudkan situasi lucah dan berkelakuan tidak sopan.
Pasangan itu dipercayai berada di pantai berkenaan kerana mengunjungi festival muzik tahunan terbesar di pulau tersebut di Seaclose Park dekat sini. - Agensi
p/s: Beraksi lucah depan ramai orang maybe seronok bagi mereka agaknya...entahlah.
5 comments:
sengaja nak menunjukkan kehebatan diri masing2 la tu....
adoih..no komen!
hahaha..
ingtkn mat2 salleh ni xkesah pon..
rupenye buat aduan jgk ye..
hihihi
emm.. err..
yg tu kat england.. x berapa nk heran sangatlah dgn budaya depa tu.. kat tempat kita pun ada gak.. tapi pelakuan ditempat tersembunyi.. tu yg x dpt ditangkap.. hasilnya.. ramai org jumpa anak dlm tong sampah..
itulah mcm2 manusia....nk ckp byk pun sama je
Post a Comment