Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Tuesday, March 1, 2011

Petua-Petua Kahwin....Sila Baca Kalau Nak Keluarga Bahagia :)


 
Kahwin kahwin...siapa tak mahukan, tapi nikah kahwinlah. Barulah sah. Emmm dalam mengharungi alam perkahwinan, pasti semuanye ingin bahagiakan? Aku pun juga nak bahagia. Tapi bagaimana caranye. Mudah je...sila baca info yang aku dapat ni...:)
 
 
Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?.....info ni khas buat suami.


• Sentiasa berdoa agar disayangi.
• Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
• Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri
sepanjang hari.
• Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk
menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
• Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap
isteri.
• Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk
memujuk ketika isteri sedang marah.
• Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
• Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan
sebagainya).
• Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
• Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
• Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat
bergerak atau bertindak.
• Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
• Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak
mengungkit atau banyak komen.
• Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
• Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara
sopan. Jangan menyalahkan isteri.
• Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
• Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
• Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
• Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
• Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin
memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
• Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
• Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
• Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
• Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
• Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
• Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
• Sentiasa lakukan ibadah bersama.
• Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat
penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
• Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
• Urut belakang isteri sekali sekala.
• Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
• Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
• Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau
tinggalkannya jauh ketika berjalan.
• Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
• Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
• Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap
masa.
• Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak
ramai.
• Lebihkan isteri daripada anak-anak.
• Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri
sepertimana dia memanjakan anda.
• Seeloknya masuk tidur serentak.
• Belai isteri sebelum pergi kerja.
• Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
• Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
• Lakukan riadah bersama isteri.
• Pergi berkelah sekali sekala.
• Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
 
 
 
So...buat suami2 diluar sana, silalah amalkan petua2 ni ye. Buat isteri pula, hargai segala pengorbanan suami ok...:)

2 comments:

tulipkalas said...

tips utk memikat hati mak mertua lak cik maya?

Admin said...

nanti maya cari..hehehe
kena belajar memikat hati mak mertua ni...hehehe

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."