Aku ada baca news pasal wanita bogel ni di email pagi tadi. Fikir2 macam manalah wanita ni boleh terperangkap di cerun bukit tanpa seutas benang. Adakah dia suka2 mendaki bukit then tak pandai nak turun? Pelik pelik.....pasti ada sesuatu berlaku...tapi tak pasti apa??????
Credit:Kosmo
SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.
Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan.
Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut. - Agensi
2 comments:
heran neh heran. camne dia boleh duk sorang2 kat situ. bogel lak tu..
itulah...pelik btl....tkkan daki bukit berbogel???
Post a Comment