Agak terkejut juga baca tajuk 'Pelajar Jual Dara RM218,062' dalam website Kosmo. Apalah manusia ni sekarang...senang2 nak jual harga diri. Begitu murahnye harga dara perempuan ni. Entahlah aku nak komen banyak, taklah layak sangat tapi mintalah dijauhkan kita umat Islam dari perkara tak elok ni.
AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.
Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.
Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.
Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.
Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.
Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.
Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi
p/s: Jangan ingat senang di dunia, di akhirat kita tak tahu senang ke kita...fikir2kanlah ye.
0 comments:
Post a Comment