Tiap kali menjelang perayaan pasti penuh shopping complex, jalan pun sesak, macam petang tadi. Banyak betul kereta dan manusia sana sini, sibuk mencari pakaian, barang2 untuk perayaan Hari Gawai yang akan diadakan pada awal June ini. Kalau di Sabah sudah mula cuti isnin ni. Bestnye hidup di Malaysia ni, banyak perayaan dan cuti..hehehe.
Shopping bestnye.....memang hobi no. 1 wanita. Tapi aku hari ni window shopping je. Tengok2 apa yang berkenan, belum tergerak nak beli apa pun. Cuma makan makan makan....patutlah berat badan makin naik...hahaha. Emmm....kalau di Bintulu ni, tak ada tempat menarik sangat pun nak shopping sakan. Kalau di Kuala Lumpur ke...oklah jugak. Tapi syukurlah tak duduk sana, tak habislah duit...:)
Tinggal 3 hari lagi nak Hari Gawai Dayak....aku nak ucapkan awal2lah ye. Sebab aku cuti balik kampung 5 hari....bestnye dapat cuti lama ni. 'SELAMAT HARI GAWAI' buat semua kawan2 aku yang menyambut Hari Gawai yek.....moga epy dan bergembira ye. Then lepas habis Gawai, jangan lupa balik kerja...:)
0 comments:
Post a Comment