Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Sunday, May 8, 2011

10 Selebriti Mendapat Gelaran 'Hot Mama', Angelina Jolie Salah Seorang Darinye..I Like It!!

credit:mstar


Mempunyai anak adalah impian bagi semua pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga termasuklah aku kelak...hehehe. Tapi ada juga yang fikir banyak kali untuk melangkah ke alam 'ibu' ni. Sebabnye takut bentuk badan tak mengancam tapi sebenarnye mereka silap. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ada 10 selebriti yang memang seksi mendapat 'Hot Mama'. Walaupun mempunyai anak, bentuk badan masih power beb!!


Antara 10 'Hot Mama' itu ialah:
1. Heidi Klum

Setiap wanita yang menjadi model 'Victoria's Secret' tentunya tidak perlu ragukeseksiannya. Salah satunya Heidi Klum. Supermodel 36 tahun itu kini telah dikurniakan empat orang anak, namun tubuhnya masih cantik dan menarik.


2. Angelina Jolie 

Aktres 34 tahun ini selalu kelihatan seksi walau mempunyai anak yang cukup ramai iaitu tiga orang anak angkay dan tiga lagi anak kandungnya hasil hubungan dengan pelakon Brad Pitt. Selain mengurus anak-anaknya, dia juga selalu tampil di aktiviti kebajikan.


3. Gwen Stefani

Salah seorang ibu tercantik saat ini tentu sekali layak diberikan kepada Gwen Stefani. Dia kelihatan selalu berpenampilan cantik di setiap acara yang dihadirinya. Gwen mempunyai band rock, berkahwin dengan bintang rock dan melahirkan dua anak comel.


4. Halle Berry
 
Setelah ditempatkan ke dalam 50 Most Beautiful People, Halle pastinya secara automatik tersenarai sebagai hot mama. Pada usia yang sudah mencecah 40 tahun, dia tetap kelihatan sempurna. Tidak keterlaluan jika menganggap Halle sebagai ibu yang seksi. Pada 2003, dia juga menjadi wanita paling seksi menurut FHM.


5. Jessica Alba

Untuk pertama kalinya pada 2001 Jessica Alba tersenarai antara 100 wanita paling seksi di majalah Maxim. Pada 2006, wajahnya menjadi penghias kulit depan majalah Playboy, dan beberapa tahun kemudian dia mempunyai anak. Bagaimanapun, tiada sedikit pun perubahan pada diri wanita itu kerana dia kelihatan sama seperti pertama kali muncul sebagai wanita seksi.


6. Reese Witherspoon

Ibu kepada dua anak iaitu Ava dan Deacon, Reese Witherspoon ini telah empat kali tersenarai antara 100 orang paling cantik di majalah People. Tentu tidak ada yang meragui keseksiannya. Wajarlah dia menyandang gelaran Hot Mama. Selain sibuk dengan karier, dia tidak lupa mengurus kedua anaknya. Malah, Reese yang baru saja berkahwin dengan Jim Toth mengaku ingin menambah anak lagi.


7. Jennifer Lopez

Bertubuh cantik, itulah yang ada pada diri Jennifer Lopez. Walau sudah dikurniakan dua anak kembar, penyanyi lagu 'Jenny From The Bronx' itu masih kelihatan seksi. Selain sibuk, dia juga mengaku bayi-bayinya masih menjadi keutamaannya.


8. Kate Hudson

Kate Hudson dikurniakan seorang putera bernama Ryder dari perkahwinannya dengan Chris Robinson, pada tujuh tahun lalu. Kini, artis berumur 31 tahun itu sedang mengandung anak keduanya. Namun, anugerah sebagai wanitaseksi masih tidak hilang dari bintang Bride War itu.


9. Victoria Beckham 

Walaupun telah dikurniakan tiga anak lelaki, ia tidak membuat aura seksi Victoria Beckham pudar. Setelah berkahwin dengan pemain bola sepak, David Beckham pada Julai 1999, dia masih seperti dulu. Tentunya tidak keterlaluan jika menggelarkan anggota Spice Girls itu sebagai hot mama. Kini, Victoria juga sedang hamil anak keempatnya. Dia dijangka akan bersalin pada hujung tahun ini.


10. Christina Aguilera

Tentunya gelaran hot mama tidak perlu diragukan lagi bagi penyanyi lagu Beautiful itu. Bahkan, dia pernah mengatakan bahawa penampilan adalah segalanya, walaupun sudah dikurniakan seorang anak.

Sumber:mstar


Bestkan lahir anak and badan masih seksi lagi. Sebenarnya bentuk badan sebelum or selepas melahirkan anak bergantung bagaimana kita menjaga badan kita. Takkan semua lepas lahir anak, kita jadi hodoh...tak betul tu. Sebab 10 Hot Mama ni sudah membuktikan, lahir anak makin nampak menawan...hehehe.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."