Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Thursday, June 30, 2011

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAeHVNRmI9k-ZzADEZSla4Wx2nlsNoa4rBiu7Ow-8PaHChijgNrkyzkr64yleUZxu08inxtmG1RIgM5lpF1FAp59_i4I_EEaKMvrH_wz7YYld1fxrZgWLY_1N2v5Fzh0ZsxNtjdeM3/s1600/menangis.jpg


Sekadar renungan di malam Jumaat ini:

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"


"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangandalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang


TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!


Wassallam

Sumber:Facebook

Wednesday, June 29, 2011

Alamak...Malunye Jatuh Atas Pentas

Alahai...kasihan dengan penyanyi kita seorang ni, Rihanna jatuh di atas pentas semasa membuat persembahan di Edmonton, Kanada. Issss...memang memalukan. Tapi apa nak buat kan...benda dah berlaku.


Credit:Kosmo

Rihanna jatuh di atas pentas

MONTREAL - Penyanyi terkenal, Rihanna terjatuh dalam keadaan memalukan ketika dia membuat persembahan di Edmonton, Kanada pada minggu lalu. 

Penyanyi dari Barbados ketika itu sedang menyanyikan lagi Love The Way You Lie semasa dia terjatuh kerana memakai kasut tinggi di hadapan 16,000 peminatnya.

Namun, dia yang berusia 23 tahun itu kembali bangun untuk menghiburkan peminatnya seperti seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya. - Agensi 


p/s: Pengajaran...jangan pakai kasut tumit tingga sangat...kalau tak mahu terjatuh dan memalukan diri sendiri :)

Saturday, June 25, 2011

MalamKu Bermimpi.....Banjir, Oh Tidak!!!


Tiba2 je malam tadi aku mimpi air naik then banjir. Tengah syok2 adik aku mandi manda masa tu...time tu aku tengok dari rumah air dah naik. Aku tengok jiran2 aku sibuk berkemas nak pindah. Sedangkan aku dan family, tengok je...isss mainan tido betullah. Maksudnye aku pun tak tahu. Cubalah buat carian di internet...jumpa posting ini:
 

Tafsir Mimpi Air 

Daftar tafsir mimpi / arti mimpi / mimpi / ramalan mimpi tentang Air:

Mimpi berjalan di atas air, artinya:

Akan memperoleh sukses.

Mimpi tersiram air, artinya:

Kejadian yang kurang baik.

Mimpi tenggelam dalam air sungai, artinya:

Akan memperoleh alamat buruk.

Mimpi air masuk kedalam rumah, artinya:

Anggota rumah akan ada yang sakit.

Mimpi menangis keluar air mata, artinya:

Akan alami kegembiraan.

Mimpi air buah, artinya:

Sebentar lagi anda akan menerima kabar gembira dari keluarga atau teman.

Mimpi keluar api dari air, artinya:

Suatu keberuntungan.

Mimpi air banjir, artinya:

Suatu sukses.

Mimpi minum air garam, artinya:

Akan mendapat selamat.

Mimpi air hujan, artinya:

Luput dari bahaya.

Mimpi melihat air sungai yang jernih, artinya:

Akan mendapat keuntungan.

Mimpi meminum air sungai, artinya:

Akan terhindar dari segala kesedihan.

Mimpi meminum air laut sampai kering, artinya:

Akan memperoleh rejeki besar.

Mimpi meminum air panas, artinya:

Akan mengalami kesusahan.
 
Entah betul ke tak...aku pun tak tahu...yang penting aku berdoa pada Allah agar diriku dan family serta insan tersayang sentiasa dilindungi-Nya, Amin.

Kejutan Dari Exabytes (M)...Cek RM100

Sepatutnye entry ni aku buat semalam...oleh sebab agak busy dengan business online aku, so ditangguhkan ke hari ini....hehehe.


Aku sebenarnye tak menjangka Exabytes (M) akan mengirim cek RM100 awal...sebab ikut perjanjian kena letak iklan 2 - 3 bulan. Ni baru sebulan lebih...pembayaran dah dibuat awal...memang bestlah. Walaupun tak seberapa...anyway duit juga. Bukan senang nak dapat duit dengan cara letak banner Exabytes (M) dalam blog ni je.




Cek RM100 yang aku terima dari Exabytes (M)...bolehlah jalan2 cari makan ke KFC or Pizza Hut...hehehe. Bagi kawan2 yang ketinggalan dengan entry keseronokan aku menerima offer iklan Exabytes (M)...bolehlah baca entry bulan lepas ni di:

Yeppie........Dapat Offer Dari Exabytes For Ads

Thursday, June 23, 2011

Balasan Mencari Keredhaan Allah SWT



Coretan yang di hantar oleh seorang sahabat buatku....aku post kat sini buat renungan anda semua. :)


Pada suatu ketika, ada tiga orang sedang dalam perjalanan, tiba-tiba mereka ditimpa hujan lebat. Kerana itu mereka masuk ke dalam gua sebuah bukit. Tiba-tiba dari puncak bukit jatuh sebuah batu besar menutup rapat pintu gua itu sehingga mereka terkurung di dalamnya dan tidak dapat keluar. Maka berkata mereka sesamanya, “Marilah kita mengingati amal soleh yang pernah kita lakukan kerana mencari redha Allah. Berdoalah kepada Allah Ta’ala mudah-mudahan kerana amal soleh kita itu Allah membukakan pintu bagi kita.


Maka berdoalah orang pertama: “Wahai Allah! Aku mempunyai ibu bapa yang keduanya sudah tua, seorang isteri dan beberapa anak yang masih kecil-kecil yang kesemuanya menjadi tanggungan ku. Bila aku pulang dari gembala ku perah susu untuk mereka dan yang pertama-tama ku beri minum ialah ibu bapa ku yang sudah tua itu, setelah itu baru anak-anak ku. Pada suatu hari aku terlambat pulang dari mencari kayu api. Sampai di rumah hari sudah petang dan ku dapati kedua orang tua ku sudah tidur. Seperti biasa lebih dahulu ku perah susu lalu ku bawa untuk orang tua ku.



Aku berdiri dekat kepala mereka dan tidak sampai hati membangunkan keduanya dari tidur mereka yang nyenyak. Dan aku tidak mahu memberikan susu itu kepada anak-anak ku sebelum kedua orang tua ku meminumnya terlebih dahulu. Padahal anak-anak ku yang masih kecil-kecil itu menangis di kaki ku meminta susu. Demikianlah, aku dan anak isteri ku sentiasa dalam keadaan demikian sampai terbit fajar (menunggu kedua orang tua ku bangun). Wahai Allah! Engkau tahu bahawa aku berbuat demikian kerana mencari keredhaan Engkau. Maka tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami supaya kami dapat melihat langit”. Lalu dibukakan Allah pintu gua itu sedikit sehingga mereka dapat melihat langit.


Kemudian berdoa orang kedua: “Wahai Allah! Aku mempunyai seorang pakcik dan pakcik ku itu mempunyai seorang anak gadis. Aku sangat mencintai anak gadis pakcik ku seperti lazimnya cinta seorang pemuda kepada seorang dara. Lalu ku minta dia menjadi isteri ku, tetapi dia menolak permintaan ku sebelum aku menyerahkan kepadanya seratus dinar. Maka dengan susah payah aku kumpulkan wang seratus dinar, lalu ku berikan kepadanya. Ketika aku hendak menyetubuhinya dia berkata kepada ku, “Hai, Abdullah! Takutlah kepada Allah! Jangan engkau buka cincin (kegadisan) melainkan dengan cara yang sah (nikah)”. Mendengar kata-katanya itu aku terus berdiri dan pergi meninggalkannya. Wahai Allah! Engkau tentu tahu aku melakukan yang demikian itu kerana berkehendakkan redha-Mu. Kerana itu tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami”. Maka terbukalah pintu gua sedikit.


Kemudian orang ketiga berdoa pula: “Aku pernah mengupah seseorang membuat peti tempat padi. Ketika pekerjaannya sudah selesai, dia minta upahnya kepada ku. Lalu ku berikan kepadanya semacam padi. Tetapi dia menolak menerimanya. Namun begitu, padi untuk upahnya itu ku tanam untuknya, dan hasilnya ku kumpulkan, kemudian ku belikan sapi dan ku gembalakan.



Kemudian dia datang kembali kepada ku, lalu katanya: “Takutlah kamu kepada Allah! Jangan mengambil hak ku!” Jawab ku, “Pergilah ke padang rumput tempat gembala sapi-sapi itu, lalu ambillah sapi-sapi itu semuanya!” Kata orang itu, “Takutlah kepada Allah, dan jangan memperolokkan ku!” Jawab ku, “Aku tidak memperolokkan mu! Ambillah sapi-sapi itu semuanya dan gembalakanlah untukmu!” Lalu diambilnya sapi itu kemudian dia pergi. “Wahai, Allah! Tentu engkau tahu aku berbuat demikian kerana mencari keredhaan Mu juga. Maka tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami”. Maka terbukalah pintu gua seluruhnya.

Tuesday, June 21, 2011

Aku Bukan UntukMu....Huhuhu Sedihlah Pulak :(

Dalam bercinta memang macam2 dugaan kita hadapi, lebih2 lagi bila hubungan tak sampai ke pelamin cinta yang diidamkan atas banyak sebab...bah kata orang 'Aku bukan untukmu' or 'Dia bukan untukku'. Apapun redha menerima segalanya. Walaupun hati agak sukar untuk melepaskan sseorang yang pernah kita cinta. Tapi apa nak buat takdir cinta kita setakat itu saja. Mana tahu kita akan dapat lebih baik dari yang dulu...mungkinkah????


Sedihnye teringat si dia...huhuhuhu

Aku Bukan Untukmu

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Credit:Youtube

Selamat Hari Lahir Buat Kak Sal....Moga Ceria Selalu :)



Hari ni hari lahir kak sal di tempat kerja aku..nak buat kejutan sikit untuk dia. So...aku and the geng preparelah buat ala kadar party untuk dia di ofis petang tadi. Antara menu aku and the geng beli ialah:


Ofcozlah kek hari lahir
Pizza and KFC




Gambar sebenar aku belum upload lagi...maybe esok...sekarang tengah malas. Ni pun nak tak nak je nak buat entry ni...hehehe.

Saturday, June 18, 2011

Nak Mengeratkan Lagi Hubungan Suami Isteri, Just Follow Tips Ini :)

Kadang2 nak bahagia seseorang yang kita cintai dan sayangi memang sukar. Yelah setiap citarasa kita berbeza ma...tapi itu bukan sebab untuk tak berusaha mengeratkan hubungan agar lebih manis setiap masa. So.....why not try tips dibawah ni...simple je.


Jadi seorang yang kelakar
 (Jgn jadi seorang yang sot sot sudahlah :) )

 


Seorang yang kelakar amat mudah untuk didekati disebabkan perasaan senang terhadap sikap seseorang itu. Begitu juga di dalam perhubungan, ia dapat membantu untuk meredakan ketika situasi tegang, membantu untuk mengelakkan perkelahian, dan melupakan sebentar tekanan yang sedang dihadapi. 


Sekiranya diamalkan sikap yang serius, formal, cuba menunjukkan sifat kematangan yang terlampau dan sebagainya, sesuatu hubungan itu akan menjadi bosan dan ini akan menghasilkan jurang komunikasi antara pasangan itu.


 Ciuman
(Yang ni just buat yang dah kahwin, yang belum kahwin jangan gatal2 nak buat yek. Dapat surat nikah dulu. Kalau tak, nanti dapat surat DOSA pula) 

 


Ciuman akan menambahkan lagi keintiman pasangan. Tunjukkan rasa hormat anda pada isteri/suami dengan memberi ciuman kepada mereka. Walaupun perkara ini adalah mudah, tetapi ramai pasangan yang sudah lama berkahwin tidak mengamalkannya. 


Disebabkan faktor mudah inilah kadang-kadang dapat dilihat hubungan pasangan yang sudah lama berkahwin itu menjadi tidak mesra. Tetapi ada juga pasangan tua yang sudah lama berkahwin tetapi masih lagi romantik. Ini disebabkan tindakan asas yang telah diterapkan dalam diri sejak awal lagi. Kemesraan di dalam hubungan perlu dipupuk dan ia tidak datang dengan sendirinya.


p/s: Tu 2 tips aku dapat bagi kali ni....bukan aku punya tipslah tapi aku copy dari sumber:top5reason sebagai panduan kita bersama. Kalau ada tips2 lain yang menarik bagitaulah. Tak salah share2kan....sharing tu kan caring :) :)

Friday, June 17, 2011

Alahai Banyaknye Pantang Larang Bakal Pengantin...Pusing2!!!!



Hari bahagia berbulan lagi nak menjelang tiba...alahai banyak belum selesai lagi. Macam mana ni. Pening kepala fikir semua tu...hope dapatlah settel selepas raya puasa. Bab nak kahwin ni, bukan perkara senang tau...banyak benda kena fikir dan buat. Paling penting diri kita. Dah bersedia ke tak nak kahwin? Emmm...entahlah. Aku pun tak tahu hahahaha.


Apa pun bagi bakal pengantin macam aku...jom kita baca 44 pantang larang bakal pengantin dibawah ni. Nak amalkan ke tak terpulang pada diri masing2 ok.
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
 Sumber:intim

Patang larang ni sekadar pengetahuan je...so jangan ambil so serius ok. Apa2 pun yang penting sentiasa berdoa dan memohon pada yang Maha Esa agar semuanye berjalan dengan lancar. Amin.

Thursday, June 16, 2011

Apakah Dia 'Permata Yang Dicari'?

Emm...terasa sayu je hati bila dengar lagu dendangan Dehearty 'Permata Yang Dicari'. Terfikir pula betul ke aku dah jumpa permata yang aku cari selama ini. Rasa agak payah nak jawap. 

Credit:Youtube

DEHEARTY PERMATA YANG DICARI LYRICS

 

 Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Wednesday, June 15, 2011

Facebook Semakin Lesu......Bohsan Pun Adalah!!!

Facebook makin lesu....dan membosankan. Memang betul pun. Mula2 dulu memanglah teruja sangat tapi sekarang kureng dah. Tapi suka juga online hari2..biasalah saja nak borak2 dengan kawan2 online dan buat business sikit...hehehe. Tapi diakui hari2 online rasa bohsan juga. So...online kejap jelah.
 

Credit:Kosmo

BRITAIN - Penutupan akaun laman jaringan sosial Facebook yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini seolah-olah menjadi petanda kepada permulaan zaman lesu laman web tersebut.
Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook.
"Adalah sesuatu yang normal bagi seseorang individu teruja menggunakan sesuatu yang baru. Dia kemudian akan berasa bosan dan beralih pada perkara baru," katanya.
Kajian berkaitan penggunaan Facebook yang dijalankan di United Kingdom (UK) menunjukkan sebanyak 100,000 pengguna di Britain telah menutup akaun mereka sejak bulan lalu.
Penutupan secara mendadak itu turut dikaitkan dengan kebimbangan pengguna Facebook mengenai pencerobohan data dan maklumat peribadi mereka. Malah, timbul spekulasi bahawa laman Facebook juga bakal berdepan waktu suram seperti yang dialami MySpace dan Friendster.
Awal tahun ini, para eksekutif Facebook mengumumkan jumlah pengguna laman web itu UK mencecah 30 juta, iaitu separuh daripada populasi penduduk UK.
Di Amerika Syarikat (AS), jumlah pengguna Facebook juga jatuh merudum kepada 149.4 juta pengguna berbanding 155.2 juta sebelum ini. - Agensi

p/s: Emmmm apa kata anda pula...yang rajin duk online Facebook. Dah macam sebahagian dari hidup...kalau tak de Facebook, rasa sunyi...iye ke?????

Tuesday, June 14, 2011

Aktiviti Hujung Minggu: Bersiar2 Di Simulajau, Bintulu

Sepatutnye entry ni aku buat sebelum gawai lagi..bulan lepas tapi sebab agak busy sikit and line internet agak lembap. Aku postpone sampailah hari ni. Sebenarnye banyak lagi gambar aktiviti BBQ di Simulajau, Bintulu tapi entah kat mana aku letak. Gambar2 di bawah ni aku ambil guna handphone murah je...hehehe.


 

Gambar di atas ni, tempat menuju ke hutan simpan Simulajau. Aku tak ikut member2 aku yang lain masuk hutan...tak larat...hehehe. Dekat kawasan sini ada buaya. Tapi tak nampaklah buayanye. Maybe tengah tido agaknye. Tapi cantiklah suasana kat tepi2 kawasan ni. Sejuk mata memandang.



Gambar atas ni pula....sebahagian dari suasana sekitar taman dalam Simulajau. Aku malas nak ambil banyak sangat sebab dah petang. Malas nak jalan2 lagi..penat. So, aku just duduk kat pondok sambil borak dengan member and ambil gambar sendiri...hehehe.
 



Cantiknye permandangan pandai...suka sangat. Sambil bermain2 di persiaran pandai, dengan menghirup udara segar...wah tenang gitu. Emmm....bulan ni kami plan nak pergi sini lagi dengan target baru..buat BBQ then masuk hutan ke fasa teratas. Aku tak pasti ada berapa banyak fasa kat sini. Tapi yang pasti aku tak ikut sama...just aku nak pergi mandi laut je...:).

Monday, June 13, 2011

(Photo) Hazama Juara Akademi Fantasia 9 - AF9



Semalam baru je buat post pasal Hazama AF9....sebelum konsert bermula. Tak sangka juga dia yang menang. Apa pun tahniah buat Hazama AF9.

 
Juara Akademi Fantasia 9: Hazama



Naib Juara: Lena


Tempat Ketiga: Fina


Tempat Keempat: Azri

Credit:mstar


Tahniah buat semua pemenang.

Sunday, June 12, 2011

Akademi Fantasia 9: Hazama

Hazama AF 9....emm siapa peminat Hazama angkat tangan...hehehe. Pasti ramai yang berdebar2 menanti keputusan akhir Akademi Fantasia 9 esok. Aku mula2 fikir semalam sudah akhir...rupanye hari ni. Biasalah aku ni, bukannye layan sangat program ni. Baru 1st minggu lepas aku layan...itupun tengok semi akhir.


Bolehlah semuanye.....no komen sangat sebab tak ikut dari awal pun program ni. Kureng minat. Tapi nak juga tahu siapa pemenangnye. Lagipun Hazama ni, calon AF 9 yang sangat2 member aku gemari. Suaranya boleh tahan juga. Oklah jom tengok serba sedikit tentang Hazama AF 9 ni:



hazama af9
Nama Sebenar: Hazama Ahmad Azmi
Nama timangan: Hazama
Umur: 27 tahun
Tarikh Lahir: 28 November 1984
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Tinggi: 173cm
Berat: 57kg



Masih muda lagi dan rasanye berpotensi untuk jadi penyanyi yang disukai ramai....terutama perempuanlah...hehehe. Jom layan konsert AF 9, Hazama.....layaaaaaaaaaaaaaaan.



Credit:Youtube

Hadiah Giveaway CoretanMaya OTW

Minggu lepas cuti gawai terasa busy betul. Almaklumlah tunang balik cuti, kena sama2 persiapkan or uruskan apa2 berkaitan dengan majlis perkahwinan yang akan diadakan tak lama lagi. Yang pastinye after raya.


Tapi jangan risau pemenang giveaway CoretanMaya:




Hadiah2 diatas tu aku dah poskan hari Jumaat lepas. Rasa esok or lusa sampailah ke tangan kamu dua ye. Maaflah hadiah taklah seberapa sangat tapi aku dengan tulus ikhlas memberinye....hehehe. Kalau tak sampai sampai, bagitau ye.


Bagi yang tak menang, jangan risau. Cuba lagi. Nanti nanti aku nak buat giveaway lagi. Emmmm tak pasti hadiah macam mana. Maybe about wedding. Tengoklah macam mana. Masih lama lagi. Fikir fikir dulu.

Saturday, June 11, 2011

Usha2 Sarung Kusyen Untuk Raya Di Facebook MayaOnlineShop

Salam malam semua....agak lama pula tak update blog ni...biasalah asyik bercuti saja, nak temankan tunang tercinta yang agak lama tak jumpa dan juga jumpa semua family si dia. Agak penat juga berjalan2 ke sana sini. Macam2 perkara nak dibuat sebelum hari perkahwinan menjelang tiba. Bila harinye....tungguuuuu. Nanti aku bagitau :)



Emmm....hari raya puasa tak lama lagi menjelang tiba. Sekarang dah masuk bulan 6, so tak lama lagi bulan 7....puasalah kita semua lagi...rasa tak sabar nak tunggu bulan puasa ni. Hope lebih best dari tahun lepas. Lepas puasa, pastinye hari raya kan. So...apa lagi...jom kita shopping barang2 untuk raya....seperti sarung kusyen di bawah ni.

Bamyak lagi sarung kusyen yang cantik2 tau....so rajin2lah singgah Facebook MayaOnlineShop ye. Dapat sarung kusyen dengan harga yang berpatutan. Jom usha2 sekarang juga :).

Monday, June 6, 2011

Keputusan 'CoretanMaya Engagement Giveaway 2011'

Ok...saat yang ditunggu2 sudah tiba, untuk pemilihan secara random pemenang giveaway 'CoretanMaya Engagement Giveaway 2011'. Maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang giveaway aku ni ye. Almaklumlah tengah asyik bercuti sakan dan ditambah lagi kelembapan internet di kampung...so makinlah tak dapat nak buat apa2..nak update blog pun rasa seksa...hehehe. Oklah.....diumumkan...pemenangnye ialah:

Oh ya.......dimaklumkan lagi, pemilihan pemenang adalah secara random ye...menggunakan khidmat Random.org.
Pemenang pertama giveaway 'CoretanMaya Engagement Giveaway 2011' jatuh kepada:
Pemenang kedua pula ialah:



Tahniah buat pemenang, yang tak terpilih tu..cuba lagi di masa akan datang ye.
Terima kasih sebab sudi join........and tq banyak2 sebab bagi kata2 manis didengar :)

Bagi pemenang...sila bagi email ye....nak postkan hadiah dalam minggu ni. 

Taman Untuk Orang Ramai Tanam Pokok Ganja

Menarik juga ye...ada taman untuk tanam pokok ganja.
Tapi bukan untuk mengalakkan hisap ganja ya...cuma untuk perubatan sahaja.






PHOENIX - Sebuah syarikat yang beribu pejabat di California, weGrow membuka sebuah taman pokok ganja seluas sebuah pasar raya di sini pada Rabu lalu.


Taman itu menyediakan kemudahan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja milik mereka sendiri untuk tujuan perubatan.


Menurut pengasas syarikat itu, Dhar Mann, pihaknya menjual produk dan perkhidmatan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja.


Dia berkata, taman itu menawarkan 2,000 produk termasuk tanah, lampu dan ruang pengairan tetapi tidak menjual pokok ganja.


Seorang doktor juga disediakan di taman itu bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan kelulusan perubatan dan memohon kad kelulusan daripada Jabatan Kesihatan untuk menanam pokok ganja. - Reuters
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."