Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, April 30, 2011

Selamat Hari Buruh & Happy Holiday

http://blog.shinjiru.com.my/bahasa/wp-content/uploads/2010/05/calendar_bm.jpg

Hai warga Malaysia semua....Selamat Hari Buruh diucapkan pekerja yang setia ye dan rajin2 belaka...hehehe. Emmm hari buruh kali ni jatuh pada hari ahad, so hari isnin cuti lagi. Enjoy habislah kawan2 semua ye. Cuti 3 or 2 hari setengah. 



Dan pastinya, ada yang mengambil kesempatan cuti lama sikit ni balik kampung. Itu pun bagi yang kampungnye dekatlah...kalau jauh tu, apa kata kita serbu shopping complex. Pasti banyak sales hari ni. Shopping sakan kita...hehehe.



Oklah....aku malas nak membebel panjang sebab kureng sihat sikit hari ni. Apa pun shopping tetap nombor one...HAPPY HOLIDAY SEMUA....CHOWWWWWWWW.


 

Majlis Perkahwinan Gilang Gemilang Putera William & Kate Middleton (Gambar)

Wah Wah......gilang gemilang betullah perkahwinan diraja ni. Putera William tampak segak bergaya manakala Kate Middleton nampak anggun bergaya dengan gaun yang cantik sekali. Moga mereka berdua bahagia hingga ke anak cucu hendaknye. 


gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton
gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton

gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton
gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton
gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton
gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton


Pagi tadi aku ada tengok gambar perkahwinan diraja ni di email kat ofis...memang best gila. Itu belum tengok lagi video perkahwinan mereka..pasti meletup punya...kalah artis...hehehe. Bagi siapa yang tengok live perkahwinan di online pasti teruja majlis perkahwinan gilang gemilang diraja ni. Betul tak?

Friday, April 29, 2011

Jom Menyelam, Nanti Kita Jumpa Harta Karun Jutaan Dolar...Kaya Beb!!!

Beruntungnye penyelam ni.....dapat kaya dalam sekelip mata je. Jumpa harta karun berjuta dollar gitu...bukan ringgit ye...harap maklum. Jom...kita p menyelam, mana tau jadi kaya raya nanti...hahaha. 

 
Credit:Kosmo


SANTO DOMINGO - Kira-kira 700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut di luar pantai Republik Dominica, lapor sebuah akhbar semalam.


Ia ditemui oleh satu pasukan dari kumpulan pencari harta karun, Deep Blue Marine selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.


Semasa membuat tinjauan itu, seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam.


Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.


"Kami bercakap kepada lelaki itu jika dia menunjukkan lokasi duit syiling tersebut ditemui, anda boleh bekerja dengan saya," kata Naib Presiden Deep Blue Marin, Randy Champion. 


Kebanyakan duit syiling itu tidak mempunyai tarikh menyebabkan anggota-anggota kumpulan tersebut membuat rujukan dengan mencari maklumat menerusi sejumlah buku untuk mengetahui tahun duit berkenaan.


Menurut Champion, pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan pergi ke lokasi tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.


Bangkai kapal itu kini dipenuhi pasir dan terumbu karang. - Agensi

Thursday, April 28, 2011

Churp2: Berbulan Join, Baru Dapat RM2.20


Churp churp..........salah satu community for social media, melalui community ini kita peroleh duit free je. Macam Nuffnang juga tapi cuma stail je lain. Asalkan anda Tweeter, Facebook, email, blog dan sewaktu dengannye. Anda dapat promote pelbagai iklan yang Churp2 bagi, dengan nilai yang berbeza2lah.



Lagi ramai orang klik link anda, lagi banyak anda dapat. Tapi awas jangan main klik2, nanti diri sendiri terklik pula. Faham2 jelah. Bak kata orang.....yang biasa kita dengan. Sepandai2 tupai melompat akhirnye jatuh juga. So, jangan macam tupai ye...hehehe

Beberapa bulan aku bersama Churp2...nilalah hasilnye, hanya RM2.20 je. Bukan apa, aku bukannye sepopular otai2 kita dan aku ni, jarang sangat nak promote sebab agak lembap betul income masuk. Tak macam Nuffnang....cepat sikit. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku dah dapat 3 cek dari Nuffnang..........semua total nak dekat RM1K.



Bagi.......blogger2 lain yang belum join Churp2 bolehlah try ye. Just register free sini....klik link di bawah tu ye:


Tuesday, April 26, 2011

Jamu Ratu Dara - Produk Paling Hot Sekarang, Terbukti Berkesan. Betul Ke?



Jamu Ratu Dara...salah satu produk terbaik untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita, sekarang ini makin mendapat liputan hangat dari pihak media kita dan meletup-letup di blogshop online. Fuh.....memang ramai yang telah membeli Jamu Ratu Dara ini. Bukan saja sebab ianye murah tapi keberkesanannye.


Jamu ini adalah 100% diperbuat dari herba dan rempah ratus. Boleh mengatasi pelbagai masalah yang dialami oleh wanita. Untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan, Jamu Ratu Dara perlu diamalkan secara konsisten.


Antara khasiat Jamu Ratu Dara ini ialah:

Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi bahagian keintiman wanita.
Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
Merawat keputihan dengan berkesan.
Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
Meningkatkan kesuburan wanita.
Membantu mendapatkan zuriat.
Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
Membantu menurunkan berat badan.
Mencegah barah payudara dan rahim.
Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.

Salah satu testimonial dari pengguna Jamu ini:

Click untuk tumbesaran (Jangan gatal2 nak copy ok)


Jamu Ratu Dara ini bukan hanya untuk wanita yang dah bersuami tapi juga anak dara. Untuk penjagaan awal katakan dan khasiat2 yang lain. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Jamu Ratu Dara ini boleh layari:



Monday, April 25, 2011

Kerana Facebook, Semua Orang Mengata Kamu

http://shadiqahmujahidah.files.wordpress.com/2010/06/bahaya-face-book.jpg
Copy paste dr Google


Facebook Facebook......dalam setiap minit, kita ni semacam hampir keseluruhan masa mengefes je kejenye. Bukan saja nak borak2 kosong, malah tempat untuk kenal2 kenalan baru, jual beli dan hiburan.


Aku bukan nak membebel panjang malam ni pasal Facebook. Kamu orang dah tahu apa kebaikan or keburukan Facebook ni kepada diri kita sendiri. Yang aku nak cerita hari ni ialah keburukan Facebook.
Dalam kita mencoret luahan rasa di wall tu, fikirlah dulu sebelum tulis dan post ye. Sebab...macam kebiasan kita dengar. Silap kata, tak dapat ditarik balik...betul ke ayat aku ni...hehehe...apa2lah, yang penting faham, cukuplah.


Kerana tak berfikir panjanglah ada seorang sahabatlah...tak perlu dinyatakan nama, bukan tujuan untuk mengutuk dia tapi sebagai pengajaran buat kita yang suka meluah rasa cincai di wall tanpa fikir dulu.

Sebab kata2 dia di walllah, dia ni dipandang semacam je dengan rakan ofis....benci, meluah pun ada. Kata2 dia tu tanpa fikir membuat orang terasa dan bila disoal face to face, tahu diam..jawab pun macam...entahlah.....sukahati dialah. Yang penting anak2 sekali....kalau nak cakap pandang kiri kanan, begitu juga kalau nak tulis di wall Facebook...fikirlah dulu. Kerana kata, badan binasa tau...itu je bebelan aku. Terima kasih...hehehe.

Sunday, April 24, 2011

Siapa Sanggup Tipu Hamil Untuk Apa2 Tujuan Pun?

Bila terbaca tajuk 'Tipu Hamil Kerana Projek Sekolah' rasa bangsa kat perempuan tu ada, sebab untuk menjayakan projek dia tu. Dia sanggup menghadapi bermacam dugaan. Lebih2 lagi bila fikir dia hamil luar nikah.


Kalau di Malaysia sini, siaplah kena tomahan dan cacian yang menyakitkan hati. Sebab itulah banyak kes buang bayi. Entahlah malas nak komen banyak pasal kes tu, naik berbuih mulut nak bagi komen. Masih macam tu juga akhirnye.


Bagi akulah sendiri, nak buat pura2 hamil ni. Rasa tak sangguplah. Sebab bukan saja cacian dan hinaan dapat. Malah malu muka beb. Nak letak mana. Kalau mak bapak tau macam mana pula. Tapi lainlah kalau kita explain awal2 pasal projek tu. Cuma takut mereka tak tahan dengan tomahan masyarakat je. So...kesimpulannye...jangan nak buat...hehehe. Apa2 pun aku memang banggalah dengan perempuan kat gambar ni.
 
Tipu hamil kerana projek sekolah


YAKIMA, Washington - Setelah mengharungi kehidupan sebagai pelajar sebuah sekolah tinggi dengan kandungan yang semakin membesar, Gaby Rodriguez akhirnya membuat pengakuan mengejutkan - dia sebenarnya tidak pernah hamil.
Rodriguez, 17, membuat pendedahan itu minggu ini semasa menghadiri perhimpunan pagi Sekolah Tinggi Toppenish di sini selepas guru dan rakan sekolahnya menyangka dia telah enam bulan mengandungkan anak luar nikah.
Pelajar berkenaan yang mendapat semua A dalam mata pelajarannya sebaliknya memberitahu, dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang bertajuk: Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik.

Untuk bacaan penuh, sila layari KOSMO ok. Malas nak copy paste semuanye. So, rajin2lah p sana. Baca berita terkini dalam dan luar negara kita...;)

Saturday, April 23, 2011

KFC O.R. Chicken Chop - Alamak Laparlah Pula Perut Ni (Ada Voucher KFC Free Sekali Di Sini)



Malam2 p jenguh FB KFC, mana tak laparnye...huhuhu. Berbunyi perut. Aduh...sedapnye KFC O.R. Chicken Chop tu...siapa pernah cuba, bagilah komen sikit. Sedap ke tak, besar ke ayamnye...setanding chicken chop yang lain tu ke?


Sebenarnye masa mula2 aku tengok iklan ni di news, teringin sangat nak beli. Tapi bila sampai di KFC...........apa berlaku cuba teka...hehehe.

Aku tak jadi beli, sebab kawan aku yang dah makan KFC O.R. Chicken Chop ni bagitau. Cuba awak tengok ayam yang kat depan fun fries tu...itulah rupa ayam untuk chicken chop KFC tu. Alamak kecilnye. Terus aku cancel order...hahaha.


Tak tahulah kenapa. Akhir2 ni aku rasa ayam di KFC Bintulu ni makin kecil saiznye. Kadang2 rasa tak puas makan pula. Kenalah beli sets yang banyak sikit, baru puas....kuat makan katakan.

Oh ya...bagi anda yang peminat KFC, boleh dapatkan voucher free online di FB KFC.



Khasiat Bismillah - Wajib Baca Ni, Banyak Manfaatnye


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Tengah meronda2 kota maya, aku terjumpa sesuatu yang amat berharga dan aku rasa wajib dikongsi bersama. Manalah tahu dapat membantu yang memerlukan hehehe.


Ok...nilah entry yang aku copy di blog 'Bawa Aku Ke Jalan Mu Ya Tuhan'. Tolong baca ye :)

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

” Setiap pekerjaan yang mempunyai kebaikan ( penting ) yang tidak dimulai padanya dengan menyebut ” Bismillahirahmanirahim”, maka pekerjaan itu akan pincang ( terputus dari rahmat Allah )


Antara khasiat Bismillah :

1.  Mendatangkan bermacam-macam hajat

Bacalah Bismillahhirahmanirrahim sebanyak 12,000 kali.  Setiap akhir 1000 kali, bacalah selawat kepada Nabi Muhammad ( 1 x ).  Mohonlah kepada Allah apa yang dihajatkan.  InsyaAllah, dengan ikhtiar ini beserta usaha, Allah akan mendatangkan semua hajat.


2.  Untuk melariskan dagangan

Bacalah bismillah sebanyak 786 kali selama 7 hari berturut-turut.  Mulakan dengan niat agar dagangan menjadi laris.  InsyaAllah setelah 7 hari, dagangan akan laris walaupun dimulai sedikit demi sedikit.


3.  Aman dari gangguan syaitan

Bacalah bismillah 21 kali sebelum tidur.  Jangan berkata-kata lagi sehingga terlelap.  InsyaAllah, terhindar dari gangguan syaitan, pencuri, mati mendadak dan terhindar dari bencana.


4.  Menundukkan orang yang suka menganiaya
 
Bacalah Bismillah 50x dihadapan orang yang zalim dan percayalah pada kemampuan diri.  INsyaAllah, orang yang zalim itu akan merasa rendah diri kepada kita.  Seandainya dia berniat jahat dan merasa geram dengan kita, akan tersirnalah maksud jahatnya.


5. Untuk meringankan kesakitan

Bacalah bismillah 100x dan usap pada penyakit yang dihadapi selama 3 hari berturut-turut disertai dengan mengambil rawatan.

Thursday, April 21, 2011

Rahsia Solat 5 Waktu

Sekadar peringatan buat kita yang sering lupa:)


1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak


*Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )



' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

Jom Beli Kek Lapis Sarawak Di 'CoretanMaya Cake Shop'



Assalamualaikum, sahabat mayaku. Agak kurang mengupdate blog aku ni. Trafik adalah teruk sikit. Biasalah sekarang sibuk sikit dengan business online. Walaupun sibuk, income taklah banyak mana pun...tapi syukur apa yang ada...hehehe.


Oklah kali ni aku nak hebahkan seluruh warga maya mengenai pembukaan kedai online baru aku iaitu 'CoretanMaya Cake Shop'.  Blogshop aku ni menjual pelbagai jenis kek lapis Sarawak. So, bagi siapa2 yang meminati kek lapis Sarawak, bolehlah dapatkan di blogshop aku ni. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan.


Kek Lapis Sarawak yang yummy: 



Gambar diatas just sebahagian dari jualan kek lapis Sarawak aku. Bagi anda yang nak bagi kek lapis Sarawak sebagai cenderahati or doorgift boleh juga tempah di blogshop aku ni. Harga memang memuaskan.



Dan banyak lagilah...boleh jenguk di CoretanMaya Cake Shop. Banyak lagi belum update. Jom tempah sekarang...tak rugi, sedap gitu.

Tuesday, April 19, 2011

Betul Ke Ada Bangkai Makhluk Asing Di Rusia???

Rasa2 ada makhluk asing tak di dunia kita ni?
Emm....maybe ada kehidupan lain yang kita tak tahu.
Hope mereka tu friendly lo.
Jangan macam dalam cerita orang putih...ganas...hehehe.

Credit:Kosmo

ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.


Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.


Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.


Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.


Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.


Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. - Agensi

Sunday, April 17, 2011

Cek Ke-3 Nuffnang Dah Sampai...Duit Oh Duit

Yeppie...tengok tengok tengok!!!!


Aku terima surat cek ke-3 Nuffnang awal bulan ni.
Hehehe...hari ni baru aku nak buat posting pasal duit Nuffnang ni.
Biasalah agak sibuk sikit je beberapa hari ni.



Jumlah cek ke-3 Nuffnang ni taklah sebanyak cek ke-2 dulu.
Tapi syukurlah...dapat banyak juga tu.

Emmm...entah bila agaknye dapat cek seribu dari Nuffnang ya?
Berangan2 jap....:)
Duit dari churp2 pun hanya RM1.80 je.
Siput betul jumlahnye tapi ah lama2 jadi bukit nanti...betul tak?

Thursday, April 14, 2011

Kecik2 Dah Pandai Merokok, Bila Besar Jadi Apa Pula?????

Issss.....tak taulah budak2 sekarang.
Kecik2 dah pandai merokok, dulu aku terbaca pasal budak yang kat Indonesia merokok.
Ni budak di China pula.
Alahai....dari kecil dah tercemar paru2 dengan bermacam toksin dalam rokok.
Bahaya betul.

Credit:Kosmo

BEIJING - Satu klip video di sebuah laman web di China menunjukkan dua kanak-kanak dipercayai berusia tiga dan empat tahun ketawa semasa mereka merokok di dalam kereta api, lapor sebuah akhbar semalam.


Dua budak itu berdiri di ruang yang kerap dikhaskan untuk penumpang yang merokok.


Dalam klip video tersebut, salah seorang budak itu menghembuskan rokok ke arah rakannya.
Klip video itu mencetuskan perdebatan terbaru mengenai amalan merokok di China yang mempunyai kira-kira 300 juta perokok dewasa. 


Imej itu mencetuskan kemarahan daripada penonton yang melihat gelagat budak tersebut di laman Netease.com yang merupakan web portal terbesar di China.


Namun, tiada maklumat yang diberikan berhubung ibu bapa budak tersebut dan destinasi kereta api tersebut. - Agensi

Wednesday, April 13, 2011

Shopping Online Di 'Maya Collection Biz'



Salam dunia maya buat insan setia yang sepintas lalu singgah ke blog aku yang tak seberapa ni. Aku nak menjemput anda semua ke blogshop baru aku iaitu Maya Collection Biz.


Blogshop ni menjual pelbagai jenis tudung kegemaran terkini dan baju2 muslimah.  




Ada banyak lagi yang belum diupdatekan lagi. Tapi kalau ada yang berkenan tu, orderlah ye. jangan segan silu pula...hehehe. Dan kalau nak beli banyak2 dialu-alukan sangat. Just email aku di alamat di blogshop aku tu. Nanti aku bagi best price dekat kamu orang.


Sila lawati blogshop aku di sini:

Tuesday, April 12, 2011

Edisi Jalan2: Blog Corat Coret Ku



Elo elo....mana semua orang ni, p lepak mana tu..tak ajak pun...hehehe. Oklah malam ni aku nak mula buat edisi jalan2 yang agak lama juga aku tak buat. Entah berapa bulan dah. Sebabnye, aku malas nak corat coret pasal blog orang lain and no idea. Tapi malam ni, aku ada rajin sikiiiiiiiiiiiit je.


Blog 'Corat Coret Ku' ini adalah blog kawan rapatku, Cumie semasa di universiti dulu. Aku tolong dia buat sikit je. Itu pun time aku p jumpa dia di Kuching tahun lepas. Cuma dia belum pandai nak ubah template lagi. Nanti2lah aku ajar. Pasal ubah template ni aku paling tak suka. Memeningkan kepala. Sebab tu aku tak selalu ubah template kat blog aku.


Ok...back to my friend blog. Blog dia ni lebih  fokus pada perkara personal, apa yang dia suka dan banyak lagilah tapi more to personal blog gitu. Tapi disebalik personal blog ada pengetahuan yang penting juga. Walaupun tak sepenting blog yang berbentuk akademik. Namun, oklah juga. 


Emmm...apa lagi nak komen ye. Rasanye tu je. Ringkas dan simple. Lagipun blog dia ni masih baru. Blogger junior katakan. Apa2 pun sama2 kita sokong dia, agar dia bertambah ilmu berblog dan dapat income Nuffnang...hehehe.

Sunday, April 10, 2011

Cinta Tidak Memerlukan Sebab

http://www.kimsnet.info/v2/wp-content/uploads/2010/11/cinta.jpg


Aku malas nak tulis apa2 entry dalam otak kepala aku malam ni...penat betul...hehehe. So, apa kata baca je karya yang aku rasa wajib dibaca semua pasangan suami isteri sebagai renungan kita bersama....menarik tau, i like it!!!

 
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,


“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”


Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."