Bila terbaca tajuk 'Tipu Hamil Kerana Projek Sekolah' rasa bangsa kat perempuan tu ada, sebab untuk menjayakan projek dia tu. Dia sanggup menghadapi bermacam dugaan. Lebih2 lagi bila fikir dia hamil luar nikah.
Kalau di Malaysia sini, siaplah kena tomahan dan cacian yang menyakitkan hati. Sebab itulah banyak kes buang bayi. Entahlah malas nak komen banyak pasal kes tu, naik berbuih mulut nak bagi komen. Masih macam tu juga akhirnye.
Bagi akulah sendiri, nak buat pura2 hamil ni. Rasa tak sangguplah. Sebab bukan saja cacian dan hinaan dapat. Malah malu muka beb. Nak letak mana. Kalau mak bapak tau macam mana pula. Tapi lainlah kalau kita explain awal2 pasal projek tu. Cuma takut mereka tak tahan dengan tomahan masyarakat je. So...kesimpulannye...jangan nak buat...hehehe. Apa2 pun aku memang banggalah dengan perempuan kat gambar ni.
Tipu hamil kerana projek sekolah
YAKIMA, Washington - Setelah mengharungi kehidupan sebagai pelajar sebuah sekolah tinggi dengan kandungan yang semakin membesar, Gaby Rodriguez akhirnya membuat pengakuan mengejutkan - dia sebenarnya tidak pernah hamil.
Rodriguez, 17, membuat pendedahan itu minggu ini semasa menghadiri perhimpunan pagi Sekolah Tinggi Toppenish di sini selepas guru dan rakan sekolahnya menyangka dia telah enam bulan mengandungkan anak luar nikah.
Pelajar berkenaan yang mendapat semua A dalam mata pelajarannya sebaliknya memberitahu, dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang bertajuk: Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik.
Untuk bacaan penuh, sila layari KOSMO ok. Malas nak copy paste semuanye. So, rajin2lah p sana. Baca berita terkini dalam dan luar negara kita...;)
3 comments:
idea yg bernas nie..hahahahaha
bijak...
iye....:)
Post a Comment