Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, April 9, 2011

Aku Disini, Kau Disana. Kukuhkah Cinta Kita?

http://senicinta.com/blog/wp-content/uploads/2010/06/long_distance_love.gif


Karya dari seronoknye. Sekadar renungan buat couple2 yang bercinta jarak jauh, macam aku ni. Walaupun kadang2 aku akui bercinta jarak jauh ni banyak dugaan tapi kadang2 menyeronokkan juga. Namun...kadang2 rasa bohsan...entahlah...hehehe. Tak pelah jom baca habis karya di bawah ye.


Percintaan jarak jauh selalunya tidak menjadi akibat banyak faktor yang menghalang. Hati tidak senang dan penuh prasangka apabila kekasih tiada di sisi. Aktivitinya tiada siapa yang dapat mengesahkan, teman-temannya tidak begitu anda kenali, perasaan rindu yang menebal lama-lama hanya merobek hati lantas menjadikan ramai pencinta jarak jauh yang berputus asa di tengah jalan dan membiarkan cinta itu pergi. 


Bercinta cara ini hanya boleh dicuba oleh mereka yang kuat semangat kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi dan hanya hati yang kuat sahaja dapat memintas segala tohmahan yang menerjah di minda ketika si dia tidak bersama. Sebagai contoh, sewaktu kekasih anda sms dan mengatakan dia akan pergi makan malam dengan seorang kawan, serta-merta anda terfikir, teman itu perempuan atau lelaki. 


Dan apabila anda bertanya, walaupun dia mengatakan teman satu jantina, hati anda tidak puas dan inginkan pengesahan tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Jadi akhirnya bibit prasangka itu akan anda pendam dalam hati yang lama-lama menjadikan anda percaya tentang apa yang anda fikirkan, iaitu dia keluar dengan orang lain. Minda kita imaginasinya luas dan jika tidak berhati-hati, pelbagai bayangan akan muncul dan mampu merosakkan perhubungan yang dijalin. 


Untuk bercinta jarak jauh, perkara pertama yang anda perlu ada ialah percaya. Kepercayaan terhadap kekasih anda perlu kukuh dan tebal. Percaya apa yang dia kata dan percaya bahawa anda istimewa di hatinya. Apabila anda percaya, anda tidak tertanya-tanya betulkah semua yang dia laporkan kepada anda. Anda tidak mempersoalkan kesetiaan dia terhadap cinta anda. Dan apabila anda percaya, anda tidak akan mengajukan soalan-soalan tidak relevan yang boleh merosakkan perhubungan. 



Yang keduanya, anda perlu berkomunikasi dengan kerap. Di zaman sekarang ini, melainkan jika anda hidup di kampung yang tiada sambungan internet atau tiada pancaran telefon bimbit, cara untuk berkomunikasi sudah mudah dan murah. Di internet ada Skype, ada Google Talk, ada Yahoo!, ada MSN dan macam-macam lagi saluran bercakap yang percuma. Anda hanya perlukan headset yang baik dan sambungan internet yang laju. Kalau rindu sangat, dapatkan kamera untuk laman web dan anda boleh berhubung dengan si dia secara ‘real time’. Untuk yang suka pesanan ringkas, pastikan memilih pelan sms atau smslah dia sesuka hati selepas pukul 12 malam. Jangan memilih untuk berbual di telefon dengan kerap kerana ini akan menambah beban kewangan anda.



Kedatangan bil beratus ringgit hanya akan menambah masalah dan memberi tekanan kepada perhubungan. Banyak saluran komunikasi percuma atau murah yang boleh anda gunakan. Namun begitu, sesekali menelefon untuk mendengar suara si dia, apa salahnya. Ketika berkomunikasi, pastikan topik-topik yang dibincangkan bukan yang menjurus kepada perbalahan. Jarak antara anda berdua tidak akan membantu jika anda bertengkar jarak jauh. Hanya hati yang akan terluka pedih dan perhubungan anda akan 'suffer' akhirnya. Pilih topik-topik yang menggembirakan ketika anda berjauhan. 



Ketiga, pastikan anda kawal diri ketika kekasih hati tiada di sisi. Cabaran banyak di luar sana dan sekali-sekala apabila cabaran datang menerpa, hati anda harus kuat untuk menepisnya. Jika ada gadis atau jejaka lain yang datang menggoda, yakinkan diri yang anda sudah berpunya. Warwarkan yang anda sudah ada teman agar semua yang single tidak begitu berminat untuk mendekati anda. Jangan disia-siakan kepercayaan kekasih anda yang jauh di mata dengan berpeleseran bersama orang lain. Ketidakjujuran sukar untuk dirahsiakan, lama-lama ia akan terbongkar jua. Jika anda telah berjanji untuk setia, kuatkan hati dan kawal perasaan kerana itu juga yang dilakukan oleh kekasih anda di sebelah sana. 



Bukan calang-calang orang yang boleh menjayakan hubungan jarak jauh. Hati yang cenderung untuk cemburu ialah golongan yang pertama sukar mengekalkan cinta cara ini. Mata yang rambang juga jangan bermimpi untuk setia dengan si dia yang tidak dekat di sisi. Kejayaan cinta jarak jauh ini memerlukan komitmen daripada kedua belah pihak untuk memastikan perhubungan berjalan dengan lancar. Tanya diri sendiri dan jika anda tidak mampu, jangan lakukannya.

3 comments:

Anonymous said...

cinta jarak jauh, hati kena kuat.
percaya + semailah benih2 kasih sayang + rindu... buanglah keruh2 air yg merosakkan hubungan... =)

Admin said...

yup..betul tu...tp kena byk sabarlah kan..hehehe

Anonymous said...

belajarlah bersabar utk menikmati keindahan atas kesabaran itu...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."