KAHWIN
v
v
v
Then
Dalam membuat keputusan berkahwin, adakah anda pernah terfikir apa sebenarnya tujuan anda berkahwin? Adakah kerana ikutan nafsu semata-mata ataupun kerana anda ketika itu asyik di lamun cinta asmara ? Mungkin juga kerana faktor usia yang mendesak anda berkahwin tanpa memikirkan keserasian ataupun tempoh untuk mengenali si dia agak singkat.
Selain itu, faktor rakan sebaya juga boleh menjurus kepada kahwin awal. Yelah nampak semua kawan sebaya sudah berumahtangga, anda pun terasa ingin mengikut jejak mereka kerana takut dikatakan tidak laku. Jadi terus mengambil keputusan untuk memilih sesiapa saja yang anda kenal dalam masa yang agak singkat tanpa mengenal hati budi masing-masing.
Sebenarnya tidak salah pun untuk berkahwin awal dan memilih si dia yang anda kenali dalam masa yang singkat. Kalau itu sudah jodoh, ia tidak akan menjadi masalah. Tapi kalau itu pilihan yang salah, macam mana pula?
Entah kenapa dalam masyarakat sekarang ni asyik mahu bercerai saja. Ada yang hidup sampai 10 tahun juga masih mahu bercerai. Bukan itu saja, pasangan yang usianya sudah lanjut pun nak bercerai. Saya terfikir, adakah tempoh selama itu, tidak mampu membawa nostalgia indah semasa hidup mereka bersama? Adakah hanya setakat itu hidup untuk bersama sebagai suami isteri yang sudah tersurat dalam takdir mereka?
Adakah kerana faktor pihak ketiga yang tiba-tiba muncul dalam hidup salah seorang pasangan anda hingga merosakkan hubungan suami isteri yang terbina selama ini? Tak sangka, dalam sekelip mata hubungan yang terbina hilang bergitu saja. Entah mana perginya nilai sebuah perkahwinan agaknya.
Kahwin cerai, kahwin cerai. Seronokkah macam itu, tapi itulah fenomena yang berlaku sekarang. Paling senang kita tengok ialah dalam kehidupan artis. Ramai bukan yang kahwin cerai ini. Penyebab yang sering diberi ialah tiada keserasian lagi dalam hubungan mereka ataupun kemunculan pihak ketiga yang menghancurkan mahligai indah yang terbina selama ini.
Ingin kahwin dalam usia muda atau tua, dalam tempoh singkat ataupun lama. Semua itu terpulang sejauhmana anda menilai sebuah perkahwinan yang anda bina. Sejauhmana juga anda cuba mempertahankan nilai cinta masa anda mula-mula di landa asmara dulu. Tapi mampukah kita menghindari perceraian bila ia mula mengetuk pintu perkahwinan anda? Tepuk dada tanya hati dan minda anda. Semuanya bergantung sejauhmana pertimbangan anda dalam menilai cinta dan perkahwinan anda bina.
Nukilan;
11 comments:
dah jadi mcm trand zaman sekarang.. tak pernahnya kekal smpi akhir hayat.
http://wang1juta.blogspot.com/
btul2..nk2 artis..
isk plik2..
yg pnting kena btl jg ati msing2..
*jgn jd cm tiger woods sudah!!..
hhoho
itulah..kalau blh nk bahagia hingga akhir hayat, tk maulah bcerai berai ni. Payahlah..cian kat anak2, kalau adalah.
Huhu.. Sepertiku juge.. Mahu kawen 24.. Awal ke ek? Hmmmm.. Tapi bukan kawen koboi laa. Mau juge knal lelaki tu btol2 kan.. Untuk ksenangan masa hadapan.. ;)
rasenye sblom kawin, kena pikir masak2 dulu apekah mmg benar dia adalah jodoh kite..dlm perkahwinan yg penting believe each other..btul tk? salam kenal!
org skarang wat kawin tu mcm pakai baju..taknak appreciate btul2 mcm org tua2..
itulah, generasi skrg
berkahwin la bukan kerna paras rupa...tp kerna Allah..
naseb baek ak blm kawen
kawen la 4. cerai satu, ada lagi 3. :D
sedap mulut cakap..hahaha
Post a Comment