Jerawat!...tidaaaaaaaaaaaak. Apalah jerawat ni, mencacatkan kejelitaanku je. Hehehe...perasan pula. Yelah, bila jerawat tumbuh pasti tinggalkan kesan yang hodoh kat muka. Sapa suka, kalau boleh nk cantik jelita macaaaaaaaaaaam....emmm sapa ya? Siti Nurhaliza ka atau Fasha Sandha, tk pun mcm Miss World. Berangan-angan je lebih.
Oklah, bg wanita yg cantik jelita & ingin bebas dr belenggu jerawat ni, bolehlah ikuti tips mcm mn untuk perangi musuh jerawat kat bwh ni....jom terjah.
1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.
2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah
3. Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas mengunakan mekap
4. Cuci wajah sekurang-kurangnya tiga kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat, lakukan dalam urutan berputar.
5. Opss! awas, jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.
6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.
9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih
10. Lindung kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.
12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.
13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.
14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
0 comments:
Post a Comment