Sales…sales….sana sini. Nak pergi mana dulu ya? Sana ada sales, sini pun ada. Aaaa…semua barang murah. Mana satu nak beli dulu ni?
Hahaha…rambang mata dibuatnya, bila time sales hujung atau awal tahun. Sampai ada yang berbelanja besar untuk beli barang yang diidamkan. Ada juga yang beli barang tidak mengikut kepentingan atau keutamaan dalam berbelanja. Hingga pembaziran berlaku.
Itulah yang kerap berlaku bila tiba musim sales ni. Saya juga tidak ketinggalan untuk berbelanja. Tapi ada hadnya. Setiap kali berbelanja kenalah mengikut kemampuan dan keperluan penting saja. Sepertimana yang disarankan oleh kerajaan kita iaitu berbelanja secara berhemah. Utamakan barang yang penting dulu, sebelum barang yang kurang penting, memilih harga barang yang berpatutan dengan meninjau beberapa shopping complex. Barulah anda dapat melihat perbezaan harga yang ditawarkan , kemudian memilih pilihan yang tepat.
Tapi jenuhlah nak pergi semua shopping complex, hanya untuk meninjau harga yang ditawarkan. Kalau saya pun tak laratlah. Yelah saya ni jenis bukan suka sangat nak shopping. Shopping bila perlu saja. Penatlah jalan-jalan ke sana sini kat shopping complex sepanjang masa. Tak ada kerja lain ka?
Bagi yang rajin tu, teruskan usaha ye. Shopping jangan tak shopping. Rugi tau, ni time harga runtuh. Bolehlah beli apa saja barang kemahuan anda, tapi mestilah berbelanja secara berhemah tau. Jangan main bedal je, nanti membazir pula.
Shopping hujung atau awal tahun, membazir ataupun tidak. Ia bergantung pada diri anda. Apa lagi…….jom shopping.
3 comments:
for me, tak membazir lgsung. we can get price yg memang tak masuk akal although a little bit design da lame. hehe.. but its worth it la
adakalanya mcm tulah...jom shopping
tak membazir jika yang dibeli itu adalah keperluan.. ;P
Post a Comment