TOKYO - Para penyelidik Jepun berjaya menghasilkan ikan emas lutsinar yang membolehkan orang ramai melihat hati haiwan itu.
"Anda boleh melihat hati dan organ-organ lain secara langsung kerana sisik dan kulit ikan ini tiada pigmen," kata Profesor Madya Yutaka Tamaru dari Jabatan Sains Hidupan, Universiti Mie.
"Anda tidak perlu membedah ikan itu (untuk melihat isinya). Anda boleh melihat otak kecil di atas mata ikan tersebut," jelasnya.
Sekumpulan penyelidik Universiti Mie dan Universiti Nagoya di tengah Jepun melakukan kajian selama dua tahun untuk menghasilkan ikan itu.
Ikan itu dijangka mampu hidup sehingga 20 tahun dan membesar sepanjang 25 sentimeter dengan berat lebih dua kilogram.
Ia dihasilkan dengan memilih ikan emas mutan yang mempunyai kulit pucat dan membiaknya bersama-sama. - AFP..KOSMO
6 comments:
Waaa boleh tahan , nanti wak baju lutsinar lak . ERK !
dulu katak lutsinar. sekarang ikan emas lutsinar pulak. syabas lah…
tu la pasal.. ade gk bc dlm surat khbr pasal nie. pastu prof yg invent benda nie kata dgn bdn lutsinar jgk dpt tgk hati ikan tu. hehe..
teknologi dah maju..macam² boleh buat skang...
wah mantop gilos..
hoho..cmne la diorg biak tuh ea
comenyer ikan tu... =)
Post a Comment