Mahu kahwin tapi bakal mertua tidak suka. Perkara ini memang tidak asing di kalangan pasangan yang bercinta sekarang. Baru-baru ini pun saya ada mendengar cerita kawan saya, yang kawan perempuannya sedih sampai demam mengenangkan nasib diri apabila hajat untuk bersama mendirikan mahligai dengan si dia yang dicintai selama 3 tahun berkecai hanya gara-gara ayah sebelah lelaki tidak menyukainya.
Apakan daya hubungannya terpaksa diputuskan apabila beberapa kali pujuk, ayah si dia tetap berkeras tidak mahu anak lelakinya mengahwini perempuan tersebut. Entah apa salahnya, saya pun tidak tahu. 3 tahun bercinta bukan masa singkat juga tu. Masa dihabiskan bersama orang tersayang. Bila tiba masa untuk berkahwin. Lain pula jadinya. Mana silapnya, kita pun tak tahu.
Bagi pendapat sayalah, cuma pandangan kasar sahaja. Harap orang yang membaca nukilan saya tidak terasalah. Lagipun setiap orang ada pandangan tersendiri. Yelah setiap apa berlaku ada hikmahnya.
Saya fikir-fikirlah kenapa ayah si lelaki tadi tidak mahu menerima perempuan itu? Memang saya tidak nafikan orang tua lebih tahu apa yang mereka buat. Tapi adakah semua apa yang mereka fikirkan itu baik untuk masa depan anak mereka? Tidakkah mereka terfikir yang tindakan mereka akan mengecewakan anak mereka?
Yelah, anak mereka yang nak kahwin dan akan menempuh hidup bersama dengan pilihan masing-masing tapi kenapa mereka nak menghalang keinginan anak mereka? Hanya alasan kerana mereka ibubapa yang telah memelihara kita sampai besar menjadi halangan untuk meneruskan hayat murni tersebut.
Payah juga nak beri alasan. Yelah, nak luah takut mati mak, nak telan takut mati ayah. Itulah nasib kita sebagai anak. Nak kata lebih, risau dikata anak menderhaka pula. Kan naya je begitu.Tapikan kalau kedua-dua pihak saling memahami. Saya rasa masalah ini tidak menjadi halangan dalam hajat anak mendirikan mahligai bersama pilihan masing-masing.
Kalau si ayah itu dapat fikirlah, ni pandangan saya saja. Dulu sebelum mereka berkahwin mereka pun pernah bercinta bukan dan pastinya ada keinginan mahu hidup bersama dengan pasangan masing-masing. Jadi kenapa bila giliran si anak mahu kahwin, mereka menghalangnya pula. Kenapa tidak mahu memberi peluang kepada si anak untuk menjalani hidup bersama pilihannya. Biar masa menentukan hidupnya kelak. Bukannya mereka sebagai ibubapa menentukannya. Entahlah, payah nak kata juga.
Yelah, dulu-dulu orang pun tidak pernah bercinta sebelum kahwin. Tapi itu bukan alasan untuk menghalang hajat murni anak mereka. Itulah kadang-kadang terfikir sebagai anak, adakah kita tidak berhak untuk memilih pasangan hidup kita dan menentukan masa depan kita. Lagipun kita bukannya mahu menyisihkan mereka dalam hidup kita.
Bagi saya dan saya rasa semua orang setuju. Semua anak memang sayang ibubapa mereka dan ingin ibubapa memahami keinginan mereka. Sebagai ibubapa juga, semestinya ibubapa ingin melihat kebahagiaan anak mereka. Jadi, apalagi salinglah memahami antara satu sama lain. Apa-apa hal bawalah berbincang. Beri peluang kepada diri masing-masing untuk menikmati hidup di dunia ini.
Nukilan;
8 comments:
kena bawak berbincang lah apa2 pun...dua2 pihak nak berkeras pun tak best jugak..akan ada kesan jangka panjang plak
mmg btl, kalau tk ade jln lain. tpaksa bdegil juga..hehehe
kawen lari2 la camtu
hohohoh klu mertua xsuke, payah jugak.. nnt xdpt restu.. baik jgn.. huhuhu
kawen lari lg payah...emmm biarkan jelah
Saya pun alami situasi yg sama.
Dah lama bercinta,hajat di hati nak bersatu.
Tapi apakan daya, family tk berfikiran tbuka.Maybe saya takkan kawen kot!
Jgn putus asa Jieha, jgn tk kawen. Ok...smgt skt..hehehe
btol tue...tapi cara terbaik berbincang sebaiknya...hal jodoh bukan pekara remeh...
apepun pendapat kamu ade benarnya...
Post a Comment