Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label seluar dalam. Show all posts
Showing posts with label seluar dalam. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

CoretanMaya: Sudikah Anda Lelaki Belikan Awek/Isteri Anda ‘Tuala Wanita’?

Aku peminat Kotex yang setia...hahaha!!


Persoalan ni tiba2 tercetus masa aku dan member seofis lepak di pantry time tea break petang  semalam. Bila fikir2 balik cerita member aku tu, rasanya hanya lelaki yang dah kahwin je yang sudi membeli kita tuala wanita. Maybe setengah lelakilah.


Namun bagi yang belum beristeri macam mana pula? Rasanya yang belum kahwin tu yang payah nak suruh. Malu katakan. Pernah juga kacau2 member lelaki beli hadiah tuala wanita. Hahaha….jangan harap mereka mahu. Ni soal maruah mereka agaknya. Sebab tu tak mahu.


Pandai nak cabar aku beli seluar dalam lelaki tapi bila aku cabar beli tuala wanita, tak berani pula. Cakap bukan main lagi. Tapi kalau awek dalam kecemasan, bolehlah tolong. Tak salahkan, kalau terpaksalah. Tapi rasanya tak ada kes macam tu. Selalunya kaum wanita ada preparationnya sendiri…kan?


 Wah...berwarna-warni gitu!!
 
 
Macam mana kaum lelaki, ada berani beli tuala wanita untuk awek anda? Nak tanya lelaki dah kahwin rasa tak payah, mereka pasti ada setengahnya beli. Macam ayah aku. Dia memang ayah yang baik..he3. Siap puji lagi tu.
 
 
Nukilan;


Saturday, July 10, 2010

Biar Betul....Kucing Curi Seluar Dalam Wanita!!

Isss ada juga mcm ni ya.
Ingatkan manusia je boleh mcm tu, kucing pun ada...mcm2lah.


SOUTHAMPTON - Sepasang suami isteri di England, Peter dan Birgitt Weismantel menghubungi polis selepas mendapati kucing mereka, Oscar sebagai punca banyak seluar dalam wanita yang dijemur di ampaian rumah jiran hilang selama ini.


Pemilik mamalia berusia 12 tahun itu berkata, mereka terkejut menemui sejumlah 70 helai seluar dalam pelbagai saiz selain stoking dan sarung tangan kebun di rumah pasangan tersebut yang dilapor hilang oleh jiran-jiran beberapa minggu lalu.


"Ia mungkin teruja melihat kain fabrik itu dan kemudian dijadikan pula sebagai alas tempat tidurnya," kata Peter, 72, yang memelihara kucing jinak tersebut selepas dijual menerusi satu lelongan amal haiwan pada Krismas tahun lepas. - Agensi, KOSMO

Wednesday, June 9, 2010

Ketagih Pakai Seluar Dalam Wanita.......Ada Juga Lelaki Macam Ni Ya!!

 Credit:Google


Tengok luar memang nampak normal je tapi bila disiasat fuh ada tabiat pelik. Itulah kisah seorang pembantu kesihatan di Marang yang mempunyai tabiat suka memakai seluar dalam wanita. Best ke lelaki pakai seluar dalam wanita ni? 


Pelik juga dengar. Pertama kali dengar berita macam ni. Kalau lelaki pondan lainlah ceritanya. Ni nampak normal di luar tapi di dalam siapa tahu...kan. Bagi yang nak cari lelaki or pasangan hidup. Selidik si dia dahulu. Mana tau dapat lelaki macam ni pula tabiatnya. 


KUALA TERENGGANU - Serbuan polis ke rumah seorang pembantu kesihatan di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang dekat sini semalam dalam operasi kes penyalahgunaan dadah akhirnya membongkar rahsia hobi pelik lelaki berusia 39 tahun itu.


Dalam serbuan pukul 2.45 pagi itu, polis menemui sebuah almari milik lelaki itu yang dipenuhi kira-kira 400 helai seluar dalam wanita serta beberapa helai coli.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, anggota polis pada mulanya curiga melihat banyak seluar dalam wanita di rumah itu sedangkan suspek masih bujang dan tinggal bersendirian.


"Semasa ditangkap, suspek kelihatan seperti lelaki normal tetapi dia memakai seluar dalam wanita,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam...petikan:Kosmo

Siapa antara anda lelaki yang suka pakai seluar dalam wanita, sila mengaku ya...hehe. Tapi nak juga tau, apa bestnya lelaki pakai seluar dalam wanita ni...pelik betul!

Friday, May 28, 2010

Betul Ke Makna Beli Seluar Dalam, Nak Buat Dot Dot?

Credit:Google


Aku ni kalau beli barang memang tak pernah fikir ada makna tersirat. Yang penting bagi aku ialah keikhlasan. Lainlah member minta beli hadiah yang memang tak dapat aku nak bagi. 


Pernah sekali member lelaki aku cabar suruh beli seluar dalam. Walaupun rasa malu, aku beranikan diri untuk beli juga. Sekali dengan baju t-shirt. Taklah ketara sangat aku beli yang tu je…he3. Aku bukannya pantang dicabar. Dah member minta beli tu untuk hadiah. Aku beli jelah. Lagipun perkara yang dapat aku buat. Bukannya tak dapat.


Aku ada cerita kat member aku yang tikam aku dari belakang tu dulu. Dia cakap, makna beli seluar dalam maksud nak buat dot dot dot. Ye ke? Aku tak pernah terfikir macam tu pun. Sebab aku tak pernah dengar or maybe aku agak ketinggalan agaknya. Apa2lah yang penting maksud aku bukan ke arah benda begitu. Jauh sekali terfikir pasal nak buat dot dot dot yang member cakap tu. Pelik ada juga maksud macam tu ya.


Tapi fikir2 balik betul ke makna beli seluar dalam nak buat dot dot? Maybe orang yang jenis terlalu open agaknya fikir benda2 macam ni. Entahlah aku pun tak tau. Apa2 jelah yang penting aku tak buat benda tu.

Wednesday, April 21, 2010

Gangguan Oleh Jiran Tetangga!

Sepanjang anda tinggal di kawasan perumahan, pernahkah anda mengalami keadaan di mana jiran tertangga mencabuli ketenteraman anda? Dalam apa jenis bentuk gangguanlah. Sama ada dalam sedar ataupun tidak. Pasti ada yang pernah alaminya bukan!


Ni nak cerita pasal email ‘Gangguan oleh jiran tetangga’ dari member sekerja saya. Geli hati juga tengok gambar yang dihantarnya. Yelah gambar jiran sebelah rumah yang jemur semua beraneka warna seluar dalam dekat pagar bersebelahan rumah jiran. Bukannya sehelai dua, tapi banyak. Macamlah seminggu tak cuci seluar tu. Pemalas betul. Dahlah tu, merosakkan pandangan orang je.


Tak malu ka, jemur seluar dalam macam tu. Cubalah jemur tempat yang sesuai sikit. Ni tak, main bedal je. Tak fikir apa jiran sebelah rumah fikir. Memang menganggu ketenteraman orang je. Ha…tengok gambar bawah ni, apa macam??

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."