Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Friday, August 26, 2011

Salam AidilFitri Semua....Jom Beraya Bersama Tahun Ini :)


^SELAMAT HARI RAYA buat semua sahabat blogger^

~MAAF ZAHIR BATIN DIPINTA~ aNDAI tERSALAH OR tERSILAP KATA SEDAR OR TANPA sEDAR, SILA MAAFKAN YE SERTA HALALKAN MAKAN MINUM....:)
 

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Oooo...Balik Kampung...Jom Ramai2 Balik Kampung

Credit:Google

Oooooo balik kampung. Tak sabar rasanye nak balik kampung esok. Orang lain dah mula balik kampung hari ni, aku masih kena tunggu esok. Masih ada keje yang kena disettelkan dulu. Lagipun accountant aku pergi meeting. So, costing kena buatlah. Apa2 pun aku tetap balik kampung...hehehe. Jom layan lagu 'Balik Kampung' nyanyian Allahyarham Sudirman.


Credit:Youtube


Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Wednesday, August 24, 2011

Marah: Macam Mana Nak kawal? Nak Tahu Baca Sini!!!

Marah marah marah...siapa tak pernah marah. Aku pun pernah marah...lebih2 lagi time tension dan mood tak menentu tapi taklah cincai marah tak menentu. Tu cari pasal namanye. Kena control juga marah ni dari bermaharajalela dalam diri kita.
 

Pinjam dr google


Macam mana nak kawal emosi marah ni? Caranye senang je....ikuti 4 cara untuk mengawal kemarahan di bawah ni. Yang ni aku copy paste dari website Top5 untuk dikongsi bersama...hehehe :)


Kemarahan adalah perkara yang pasti akan dilalui oleh semua orang kerana ia merupakan sifat semulajadi manusia. Kewujudan perasaan marah didalam diri anda tidak perlu dipertikaikan tetapi apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana cara untuk anda mengawalnya..


(1) Menarik nafas dalam-dalam- Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.


(2) Mengingatkan diri anda sendiri- Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PHD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif.


(3) Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira- Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.


(4) Keluar daripada situasi kemarahan- Pemikiran seseorang yang sedang berada didalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus didalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.

Jadi...selepas ni control marah tu dengan pelajari 4 cara di atas ye. Kalau rasa masih marah lagi...esok siram je muka tu dengan air...hehehehe.

Sunday, August 21, 2011

Pelik Tapi Benar: Bayi Baru Lahir Ada Gigi

Rasanye kejadian ni baru2 kita temui.
Aku pun tak pernah nampak bayi yang baru lahir, dah ada gigi.
Pelik tapi itulah kebenarannye.


 Credit:Kosmo



NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.


Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.


Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.


Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.


"Sejurus selepas Summer dilahirkan, dia menangis dan saya menjerit 'dia memiliki dua gigi depan'," katanya.


"Dia berada dalam keadaan baik,'' tambah wanita tersebut. - Agensi

Friday, August 19, 2011

Indahnya Beraya Di Desa...Jom Layan :)

Wah tinggal seminggu lebih lagi nak raya.
Tak sabar rasanye nak balik kampung.

Credit:Youtube


Indahnya Beraya Di Desa

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha 'pakar' hati orang tua

Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan

Tuesday, August 16, 2011

Selamat Malam - Faizal Tahir ...Layan Jelah!!!

Mata asyik mengantuk je ni.
Jom layan lagu ni, sampai tido...:)
Credit:Youtube

Selamat Malam - Faizal Tahir 

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjurmBlmcnsuzmCvJeKoalDBxjEgWYqqEXt-fAU9ITUn3PzldKE1XWlF7mJCB0NuIkCLT1XH9x6YqM_PZgVK6FxXj20e0W9WK6zez8nv1zidI599m6LiNnnyUvVPk7SLPZxCshxOrYOreo/s1600/huge.0.751.JPG

SELAMAT MALAM SAYANG :)

Saturday, August 13, 2011

Layan Upin & Ipin: Geng Pengembaraan Bermula Movie

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjowRvGMqSgm4hjMYKKGRXbAkyJlldojwPg0kRMUIPMlAV-J8OJ5ZEwu5VGTSfFyvA_XiY0effUnrcbKQBZpkQIR6IeY3DZusDjTv5v9PRTS1GHfagvPxEF18eGfP7EdiiA9APyqCxqckIa/s400/GENG_WALLPAPER_thumb.jpg


Tengah boring2 menunggu masa terus berlalu sambil perut berdendang sayang. Aku layan jelah cerita kartoon Upin da Ipin ni. Best jugak. Lagipun aku memang suka tengok gelagat dua orang kanak2 kembar ni...so cute.


Oklah ni serba sedikit jalan ceritanye:
Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.


Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.

Kalau yang nak turun layan sama, bolehlah clik link di bawah ni ye. Sponsor by Youtube.


Thursday, August 11, 2011

Boring Boring Boring !!!

Boring Bible Reading


Entahlah kenapa sepanjang minggu ni terasa amat boring pula. terasa hari2 buat perkara sama je. Apa tak boringnye. Puasa tahun ni pun terasa macam sepi je. Macam hilang seri pula or aku yang tak semangat.


Hidup ni memang ...tak tahulah. Kurang epy pula terasa. Orang yang disayangi semua jauh. Kawan2 je ada...huhu. Tapi tak lama lagi balik kampung...yepppie....raya lah....hehehe.

Aku tak tahu nak bebel apa lagi....memang boring betul.....................this not life lah kalau macam ni................jom baca Yassin...malam jumaat ma...chow dulu.

Saturday, August 6, 2011

SimplySiti Tidak Halal ? Betul Ke Ni????

simplysiti produk kecantikan Dato Siti Nurhaliza



Agak terkejut sikit je...dengar pasal kepoh2 produk simplysiti tak halal...sejauhmana kebenarannye tak tahulah.....dengar khabar ada bulu khinzir..iye ke? Siti..penjelaskan sikit. 



image

image


Rasa macam tak caya je kan....tapi kalau dah Jakim keluarkan surat macam ni........nak kata apa.....nasiblah aku ni jenis tak minat cosmetik...selamat sikit dari terkena bulu khinzir...so bagi anda yang was2 tu elok jangan pakai yek....tunggu pengelasan dari pihak Jakim dan Siti....tungggggggggggggggggggggggggggu..:)

Friday, August 5, 2011

Nuffnang Oh Nuffnang : Dapat RM1k Je Ke?

Salam Ramadhan semua....lama tak update blog ni...macam terbiar je. Oklah...jom jenguh income yang aku dapat sepanjang bersama Nuffnang. Aku agak2lah, dah dekat 2 tahun bersama Nuffnang ni...hanya dapat RM1k je....syukurlah dari tak dapat langsung..kan :)




Income paling banyak aku dapat RM500.11...itu pun time Nuffnang buat contest apa ye...lupa dah...yang pasal blogger popular tu....kalau tak ingat...lupakan jelah...hehehe. Lepas tu income makin jatuh sikit tapi adalah juga rezekinye dari kosong...kan...kan.
 


Sekarang aku tunggu cek ke-4....sebanyak RM148.31. Aku baru je cashout hujung bulan lepas, so kenalah tunggu sebulan barulah cek sampai ke tangan.




Akaun Nuffnang dah kosong......so kenalah usaha lebih sikit nak dapat cek ke-5 pula. Hope rezeki makin murah...murah...murah. Oklah...malas nak bebel banyak...chow dulu...SELAMAT BERPUASA YE..:)
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."