Siapa yang tengah nak cari pasangan hati bolehlah try 5 tempat yang aku listkan di bawah ni. Sekadar sharing je bah. Ke lima2 tempat ni, memang popular tau....lebih2 lagi kecanggihan teknologi IT sekarang. Boleh mendekatkan yang jauh menjadi dekat. Yang dekat bertambah dekat pula...hehehe.
(1) Laman sosial/internet- Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh laman sosial amat besar didalam kehidupan manusia sehingga ia turut dijadikan untuk tempat mencari jodoh. Hasil daripada tinjauan yang telah dilakukan, lebih 50% pasangan yang sudah berkahwin setuju bahawa permulaan hubungan mereka bermula dilaman sosial.
(2) Universiti- Universiti juga turut dijadikan tempat mencari jodoh yang popular pada masa kini. Tinjauan juga menunjukkan bahawa peratusan pasangan yang memulakan hubungan di universiti untuk berkahwin adalah tinggi. Ini adalah hasil daripada keputusan yang dikeluarkan lebih 35% pasangan yang telah berkahwin bersetuju mereka mula berkenalan ketika di universiti.
(3) Kenduri, parti, perjumpaan keluarga atau rakan dan sebagainya- Jika dulu ia adalah merupakan tempat paling popular untuk mencari jodoh, sekarang mungkin tidak lagi. Ia kerana pelbagai kemudahan telah disediakan (terutamanya internet) yang lebih memudahkan orang ramai untuk mencari pasangan masing-masing.
(4) Tempat kerja- Peratus pasangan mencari jodoh di tempat kerja juga menunjukkan penurunan. Ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan orang lebih gemar mencari pasangan mereka ketika diuniversiti, yang menawarkan pilihan yang lebih banyak berbanding di tempat kerja. Selain daripada itu, berkemunkinan fokus terhadap kerja yang dilakukan juga turut memainkan peranan terhadap penurunan ini.
(5) Kompleks membeli belah atau tempat awam yang lain- Kemajuan terhadap bidang teknologi menunjukkan bahawa ia mampu untuk mengubah budaya manusia di dunia. Sekiranya dahulu untuk seseorang berusaha mencari jodoh memerlukan satu usaha yang agak berat, tetapi sekarang hanya melalui jari sahaja sudah mampu untuk mereka mencari jodoh. Peratusan pasangan juga tidak setuju bahawa tempat awam dijadikan tempat mencari jodoh. Mungkin beberapa tahun dari sekarang seorang lelaki yang cuba memikat seorang wanita di tempat awam sudah tidak akan wujud.
Petikan dr:top5
Petikan dr:top5
0 comments:
Post a Comment