Siapa yang tak mahu menjadi seperti RedMummy, yang berjaya dalam dunia blog dan hidup mewah dengan hanya menulis blog saja. Pasti semua mahukan. Namun untuk menuju ke arah sukses yang dikecapi oleh RedMummy bukannya semudah ABC. Kena ada pengorbanan. Lebih2 lagi dari segi masa.
Dari berita Mymetro smlm, RedMummy dikatakan mampu meraih RM10,000 sebulan hanya dengan berblog saja. Wah…satu amount yang cukup lumayan bagi saya dan juga anda. Saya sendiri tak mampu meraih amount sebanyak itu. Yelah, blog saya tak sehebat blog RedMummy yang dikatakan sudah mencecah 1 juta pengunjung. Malah pengikut blog beliau pun tak terkira ramainya. Tak caya terjah blog beliau sendiri.







