Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Sunday, January 29, 2012

Jalan2 @ Mukah, Sarawak

Lama tak balik kampung...seronok juga kadang2 tu ronda2 bandar Mukah. Banyak juga perubahan tapi still slow....hehehe. Tak pelah asalkan ada pembangunan sudahlah.

Bangunan kerajaan

Balai Bomba


Trafik light pertama di Mukah


Bangunan pentadbiran kerajaan...kira bangunan tertinggi di Mukah



Sebenarnye banyak lagi bangunan2 menarik kat Mukah tapi aku tak ambil semua, lagipun dah nak petang....time to balik rumah. Nanti apa pula kata orang tua. Walaupun keluar jalan2 bersama hubby tersayang.

Saturday, January 14, 2012

Dayang Nurfaizah - Pintaku yang terakhir

Nice song...nice voice...love it :)

Credit:Youtube

Lyrics to Pintaku Yang Terakhir:

Ingin ku pandang wajahmu
Di setiap ketika
Tiada jemu biarpun terluka

Ingin dibelai selalu
Bagaikan waktu dulu
Rasa bahagia dalam dakapanmu

Ku rindu
Wajah dan senyumanmu
Memberikan cahaya
Di dalam setiap mimpi-mimpiku

Kau pergi
Membawa hati ini
Tinggalkan ku sendiri
Dalam sepi

 Lafazkan cinta dari bibirmu
Ingin kudengar sekali lagi
Lafazkan dari hati tulus dan suci
Serahkan cinta abadi

Oh bisikan rindu nada nan syahdu
Pintaku yang terakhir darimu
Pintaku hanya satu
Usah kau berlalu

Sunday, January 8, 2012

Duit Nuffnang...Banyak Dah???



Lama tak update income Nuffnang ni...biasalah asyik busy dengan kehidupan baru dan business online. Alhamdulillah dah sampai target cashout tapi buat masa ni simpan dulu, biar nampak banyak sikit baru puas hati tengok..hehehe.


Bagi yang tertanya2 macam mana aku dapat duit Nuffnang ni....kenalah rajin update blog dan blogwalking. Aku dah lama sebenarnye tak blogwalking sejak mulakan business online. Tak de masa sangat. Leboh2 lagi sekarang ada tanggungjawab baru iaitu sebagai isteri...hehehe
Kalau anda yang masih baru2 berblog memang agak lama nak nampak hasil duit Nuffnang ni, so bersabarlah ye. Aku pun macam tu juga dulu tapi lama2 trafik blog pun dah ok dan banyak posting...akhirnye dapatlah income dari Nuffnang ni. Oklah malas nak bebel banyak...nak zzzzzzzzzzzzz dulu...nite.
 

Friday, January 6, 2012

Merry Crismas Di Spring, Kuching

Bulan lepas aku habiskan cuti di Kuching bersama hubby. Nak jalan2 sakan di bandaraya Kuching memanglah tak dapat sangat, sebab asyik hujan je. Malaslah nak jalan2 dalam hujan ni. Rimas kalau basah kelak.


Apa2 pun aku and hubby berkesempatan jalan2 ke Spring, Kuching. Shopping Complex yang kira terkenal juga di Kuching. Lebih2 lagi ada menyediakan tempat tengok wayang yang agak mewah. 
Hajat ke Spring nak tengok wayang Ombak Rindu tapi tak de, nak tengok movie lain macam tak best je. So, ronda2 dalam Spring jelah tengok suasana hiasan di Spring sempena Krismas Eve 2011.








Cantikkan...:)

Tuesday, January 3, 2012

Ketam Oh Ketam..Menjadi Juga Masakan Aku :)

Cuti krismas dan tahun baru 2012, aku penuhi bersama hubby. Biasalah masing2 diam jauh. Seorang di Bintulu dan seorang di Kuching. Time cuti je dapat bersua muka.


Sepanjang seminggu di rumah hubby, aku cuba belajar memasak. Masakan hari pertama aku berada di rumah hubby ialah ketam. Aku sepanjang hidup ni, 1st time masak ketam. Hubby aku pun 1st time potong ketam. Siap tanya mak mertua macam mana nak potong ketam...hehe.






Tadaaa...masakan simple je tapi sedap...hehehe. Kekenyangan aku dan hubby makan. Semua masakan ni habis bantuan hubby yang cute miut hehehe. Nasiblah dapat hubby yang jenis ringan tangan, sudi tolong di dapur. Sekurangnye dapat merasa masakan aku masin or kurang masin...betul tak............:)

Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru 2012




Selamat Tahun Baru 2012 buat semua rakan blogger dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Maaflah lambat sikit nak wish epy tahun baru ni.
Biasalah agak busy dengan kehidupan baru, lagipun tengah holiday katakan.


Apa2 pun diharapkan tahun baru 2012 membawa sinar baru buat kita semua.
Semoga segala impian dan azam tercapai hendaknye nanti ok.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."