Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Friday, December 28, 2012

PERSEDIAAN KAHWIN MUDA & CARA BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA





silakan share lepas baca tips ni..

Berikut adalah 10 tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

percayalah Bercinta Selepas Nikah itu sangat indah :)

Thursday, December 20, 2012

Money Money Nuffnang

Emmmm....agak lama rasanye tak update blog aku yang hampir nak bersawang ni. 
Nasiblah masih mampu bertahan, walaupun lama tak posting.

Income pun sentiasa masuk je melalui campaign dan clik2 peminat yang tertarik dengan iklan Nuffnang yang cun melecun tu...hehehe.

Kalau dah lama berblog dan inti pati blog kira oklah....rasanya tak jadi masalah untuk kekalkan traffic dan duit Nuffnang ni.


Buktinye....tengok je income aku ni:




 Bolehlah banyaknye...lama juga aku simpan tau.
Belum cashout lagi...maybe tahun depan cashout.

Terkejut sikit bila tengok income sebanyak tu....sebab lama tak check akaun Nuffnang.


Apa pun...jom sama2 cari income dengan Nuffnang....:))


Wednesday, November 21, 2012

Bantuan Untuk GAZA








Ayuh, sama-sama kita membantu saudara kita di Palestin yang sedang dizalimi dan tertindas. Jangan berdiam diri. JOM kita menderma!


Aqsa Syarif : “..RM300,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia telah kami (Aqsa Syarif Berhad) agihkan secara terus kepada mangsa-mangsa kekejaman Zionis. Kempen Aqsa2Gaza Emergency Relief – Selamatkan kanak-kanak Gaza mensasarkan RM1 juta untuk disalurkan ke Gaza…"


Hulurkan sumbangan anda melalui Aqsa Syarif Berhad sekarang!

Maybank Islamic 551575004299 atau
Bank Islam 12092010034904
Sebarang info dan update terkini boleh didapati di :
Website : http://www.aqsasyarif.org.my/
Facebook : https://www.facebook.com/aqsa.syarif?fref=ts

Sunday, November 18, 2012

✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿








✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿



1. KAWAN CHIPSMORE => Kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. KAWAN BUAYA => Dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan.

3. KAWAN PERFUME => Time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. KAWAN PISAU => Mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. KAWAN CHOCOLATE => Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. KAWAN KAYU => Dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. KAWAN SPAN => Lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. KAWAN DURI => Dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. KAWAN KAUNSELING => Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. KAWAN IBU => Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...

#Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis Susah dicari
SMILE ALWAYS ! ツ

Jadilah kawan yang mampu menegur sahabat kita apabila mereka melakukan kesalahan. Berkatalah benar walaupun pahit. InsyaAllah itu kawan yang terbaik!

Saturday, November 10, 2012

Anugerah Skrin 2012 - Membosankan Dan Kontroversi???



Permulaan siaran langsung Anugerah Skrin 2012 semalam di TV3 memanglah best...tapi tiba2 masuk bab ke alam fantasi yang banyak sangat melalut dan merepek tu yang buat aku rasa boring sangat. Tak sampai setengah jam aku dah tutup tv and tidur lagi bagus.


Rata2 komen yang aku baca di Facebook berpendapat yang sama juga....entahlah. Apa pun tak dinafikan ada adegan yang best. Dan ada juga adegan yang timbulkan kontroversi mengenai isu petikan lawak Rosyam Noor yang agak sensitif.

Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh





Apa komen anda mengenai lawak Rosyam Noor ni.......entah salah siapa....sendiri or penulis skrip....macam2lah...kalau nak buat lawak pun jangan sentuh mengenai perkara sensitif. Betul tak?   


Oh ya ni komen Ustaz terkenal kita: Ustaz Azhar Idrus....yang aku ambil di Facebook:


 

Oklah....aku malas nak komen banyak pasal tu....apa pun pesan aku, jangan nak buat lawak pasal agama ni sebab ia memang perkara yang sangat sensitif tau.......Cermin diri, Cermin Iman Anda.


Bagi yang tak tengok habis Anugerah Skrin 2012 tu...aku sertakan senarau pemenang malam itu yang aku sendiri copy paste dari blog orang lain...hehehe


1. Lakon Layar Terbaik – Bunohan
2. Lakon TV Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda
3. Videography Terbaik – Aku Ingin Terbang
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Berita TV9 Bom Jangka
5. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah
6. Drama Komedi Terbaik -Elly & Apit
7. Artis Harapan Pantene – Puteri Balqis
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella Labour Day Special
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – ABPBH25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem- Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem- Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Dokumentari dan Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – AJL26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem - Songlap
21.Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22.Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Anugerah Filem Terbaik – Bunohan
25. Anugerah Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda

Sunday, November 4, 2012

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya

Semalam and pagi minggu aku layan ceta "Aku Terima Nikahnya"....memamng best juga aku tengoklah.......kisah suami isteri yang diuji...terbaik..love it.





Nora Danish dan Adi Putra kembali digandingkan dalam filem terbaru arahan Eyra Rahman bertajuk Aku Terima Nikahnya. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 11 Oktober 2012. Antara pelakon lain yang membintangi filem Aku Terima Nikahnya ialah, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya

Mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagia Arlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya. Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi Selective Amnesia menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu.

Trailer Filem Aku Terima Nikahnya

 

 



Saturday, November 3, 2012

♫❤ Jikalau ada♫❤



♫❤ Jikalau ada HATI, didiklah ia untuk mencintai perkara-perkara yang baik,sebelum ia MATI..


♫❤ Jikalau ada MATA, lihatlah perkara-perkara yang baik, sebelum ia BUTA..


♫❤ Jikalau ada LIDAH,tuturkanlah kata-kata yang baik, sebelum ia BISU..


♫❤♫ Jikalau ada TANGAN, gunakanlah ia kearah kebaikan,sebelum ia KUDUNG..


♫❤ Jikalau ada KAKI, gunakanlah ia untuk menuju kearah kebaikan, sebelum ia TEMPANG..


♫❤ Jikalau ada IBU BAPA, kasihilah mereka seperti mana kita mengasihi diri sendiri,sebelum mereka pergi d jemput ILAHI...♥.

Wednesday, October 31, 2012

RE: Kahwin Dulu Then Cinta Or Cinta Dulu Baru Kahwin…Mana Satu Best?

 
 
Persoalan kahwin ni perlu di pandang serius. Sebab kita berkahwin bukan untuk sehari dua, kalau boleh hingga akhir hayat dan bertemu semula di syurga. Kalau itu sudah tersuratlah. Kalau selain dari itu, aku tak tahulah nak cakap apa.


Cinta dulu lepas tu kahwin, memanglah best. Siapa yang tak mahu kahwin dengan orang yang kita cintaikan. Semua orang mahu termasuklah aku ni. Memang bahagialah kalau dapat kahwin dengan orang kita cintai. Cuma sejauhmana jodoh kita, itu penentu kepanjangan usia hubungan suami isteri kita.


Kadang2 kahwin kerana cinta juga, berakhir dengan perceraian juga. Walaupun masa anda bercinta dulu bukan main nak rak, tapi bila dah lama diam bersama sebagai suami isteri lain pula jadinya..kan. Bukan aku nak harapkan anda berakhir macam tu. Sebagai contoh yang memangnya pernah terjadi dalam kelompok kita. Memang tak dapat lari, kalau takdir jodoh anda sampai ke situ je. Kalau boleh usahakan agar ia berkekalan ye.
 
 
Kahwin then cinta pun tak kurang hebatnya. Ada yang kahwin cara begini bahagia hingga akhir hayat. Itupun terpulang pada jodoh juga. Kalau kekal, kekal. Kalau tak sebaliknya seperti cinta then kahwin juga. Tak kira kahwin then cinta or cinta then kahwin, dua2 ada baik or buruknya. Semua depend pada ketentuan jodoh kita.


Kalau boleh semua nak kahwin dengan orang yang dicintai or paling kurang dikenali...betul tak? Takkan kita nak kahwin cincai je. Tak kenal serba sedikit mengenai insan yang akan bersama kita semasa kita duka or gembira. Kalau macam ni, payah juga. Apa2 pun yang penting jangan kena paksa kahwin buta sudahlah……apa2 jelah…he3.
 
 
Nukilan;





p/s: Maksud kahwin dalam perbincangan ini ialah NIKAH ye....bukan kahwin tanpa nikah.
 

Saturday, October 13, 2012

Lirik Muara Hati – Dato Siti Nurhaliza & Hafiz


Lirik Muara Hati – Dato Siti Nurhaliza & Hafiz

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta

Friday, October 12, 2012

4 Makna Disebalik Perasaan Bosan...????

 
 
Siapa sini tak pernah berasa bosan??? Mustahillah kalau tak de kan...setiap orang pasti ada perasaan bosan ni. Aku pun pernah alaminye juga....selalu sangat...sampai bosan dibuatnye hehehe.
 
Apa pun perasaan bosan ni perlu dikawal kerana ia boleh membawa sifat negatif dalam diri seorang. Selain daripada itu ia juga memberi gambaran awal tentang keperibadian mereka. 
 
Antara makna disebalik perasaan bosan adalah….
 
 
1) Berdasarkan kajian, seorang yang mudah berasa bosan adalah seorang yang tidak pandai untuk hidup berdikari. Mereka terlalu bergantung terhadap orang lain seperti rakan dan keluarga.


2) Selain daripada itu,  kajian juga mendapati bahawa orang yang cepat berasa bosan adalah seorang yang sukakan kehidupan yang statik dan selesa. Mereka selesa dengan kehidupan, pencapaian, dan taraf hidup mereka sekarang. Dengan kata lebih mudah, mereka kurang bersifat hendak berusaha untuk memajukan diri sendiri.


3) Orang yang cepat merasa bosan juga dikatakan mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang cukup rendah.


4) Dan akhir sekali, berdasarkan kajian juga mendapati bahawa jangka hayat seorang yang bosan didalam kehidupannya adalah lebih pendek berbanding mereka yang tidak. Jadi lepas ni jangan bosan-bosan sangat ye.


p/s: Sekadar cakap2 kosong je...hehehe

Tuesday, October 9, 2012

Re: Betul Ke Lelaki Mempunyai Rasa Yang Seseorang Perempuan Itu Bakal Isteri & Ibu Kepada Anak2nya!!



Kadang2 tertanya macam manakah perasaan lelaki terhadap wanita yang dia cintai? Memang agak sukar nak fahami hati seseorang. Perempuan mahupun lelaki, sama2 sukar nak difahami. Kalau dah cinta, pastilah sayangkan.


Cuma terfikir apa yang member saya smskan semalam. Saya tanya kenapa dia berkenan dengan si dia? Dia just cakap sebab dia so special dan lain dari lain. Ok, saya boleh terima alasan tu. Cuma satu. Dia cakap di dapat rasakan yang perempuan itu bakal menjadi ibu kepada anak2nya. Dalam otak kepala saya keluar symbol ni…????.


Ada macam tu ka? Bila ditanya macam mana dia dapat rasa macam tu? Dia jawab agak sukar diluahkan. Lagipun dia lelaki, taulah dia macam mana perasaan itu. Emmm….maybe juga betul. 


Yelah setiap orang ada perasaan tersendiri. Cuma saya fikir maybe perasaan itu timbul sebab perasaan cinta dan sayang sangat kepada seseorang. Entahlah. Itu kena tanya LELAKI yang pernah mengalaminya.


Mempunyai perasaan cinta dan sayang dalam hati adalah satu perasaan yang terindah dan sangat bahagia. Cuma kita tak tahu macam mana ending sesebuah hubungan cinta tersebut. Kerana takdir dan jodoh ketentuan Tuhan. Kita hanya berusaha saja. Kalau dia ditakdirkan untuk kita. Dia takkan lari ke mana pun. So, bercintalah dengan hati yang ikhlas ok.

Saturday, October 6, 2012

CoretanMaya: Remaja Sekarang Pandai Memasak Ke?

 Jom belajar memasak...hehehe


Rasanya rata2 remaja yang hidup berdikari, memang pandai memasak. Tak kiralah masak mee pun. Kira pandailah juga. Namun ada juga remaja yang tak berapa nak pandai memasak dan lebih suka makan diluar or mengharapkan emak masak je.


Bagi kaum perempuan memang wajiblah tahu memasak. Taklah mengharapkan pandai memasak macam chef2 di hotel or restoran tu. Sekurangnya pandai memasak perkara basic dan yang lain2 tu boleh belajar secara perlahan. Kalau perkara basic macam masak nasi pun tak tahu nak masak. Tak tahulah saya. Tak pe belajar lagi.


Ada jenis orang time remaja tak berapa pandai nak masak, bila dah kahwin naluri nak memasak tu akan timbul. But not semualah macam tu. Kalau anak kaya maybelah takkan pandang dapur agaknya. Yelah dah ada orang gaji nak uruskan. Tapikan elok lagi kita sendiri memasak dari mengharapkan orang gaji terutamanya bagi yang sudah berumahtangga.


Lalalalalala...bestnye memasak


Pandai memasak ni bukan saja dituju khas buat kaum perempuan tau. Lelaki pun harus pandai memasak. Memang tak dinafikan kaum lelaki ramai yang menjadi chef terkenal dan lebih pandai memasak daripada kaum perempuan. Bagi yang tak jadi chef tak salah belajar memasak.


Mana tau kalau ada apa2 kecemasan ke. Bolehlah tolong isteri or mak di dapur. Tak pun masak untuk diri sendiri. Sama2 membantu isteri di dapur memang digalakkan, kalau bagi akulah. Dengan ini dapat eratkan hubungan kasih sayang..kan.


Nukilan;




Friday, September 28, 2012

Pesta Layang-Layang Bintulu Datang Lagi







Salam kawan2 semua...emm agak lama juga aku tak update blog ni. Biasalah agak malas sikit nak update blog kebelakangan ni. Lagipun busy dengan aktiviti seharian aku dengan kerja online dan tak online serta kerja sebagai isteri...hehehe.


Oklah...26hb September 2012 baru je bermulanya pesta terbesar di Bornoe ni iaiti pesta layang2 Bintulu. Macam tahun2 lepas aku memang tak berkesempatan nak tengok pun. Kalau tengok dari jauh, masa lintas jalan di lapangan terbang lama Bintulu.


Kali ni pula....aku di Kuching. Habiskan cuti bersama suami tersayang. 30hb September barulah balik Bintulu. Entah sempat ke tak nak tengok...huhuhu.


Apa2lah yang penting aku happy bersama suami. Lagipun pesta layang2 tu tahun depan dapat tengok lagi. So...bagi yang teringin nak pergi tengok...jemputlah singgah Bintulu...:0

Monday, September 17, 2012

Pemanggang Ajaib Cap IKAN


Tengah usha2 di facebook online terpandanglah produk pemanggang ajaib ni....nampak best je. 

Informasi Produk
Ciri-ciri:

Mudah dikendalikan, ringkas dan menjimatkan masa terutama isteri yang sibuk bekerja, tetapi mahu menyediakan santapan istimewa buat keluarga

Tanpa perlu membakar arang untuk sediakan bara api, menghadapi asap yang banyak berkepul-kepul
ketika membakar lauk yang sangat memedihkan mata

Hasil dan kesedapan makanan yang dibakar asli seperti dibakar atas dapur arang

Semua jenis lauk pauk, ikan, daging, ayam, seafood, dan lain-lain boleh dibakar termasuklah segala jenis roti dan kek

Masakan tidak cepat hangus

Bahan dipanggang tidak melekat pada alat pemanggang (non-stick)

Mempunyai tangkai berpenutup magnet yang ketat serta kedap untuk mengekalkan keaslian makanan dipanggang.

Disertakan dengan buku Resepi dan VCD panduan penggunaan.


Semua kerja memasak menjadi simple dan senang je. Nampaknye kena kumpul duit ni nak beli....tapi tunggulah bila dapat rumah baru hahahaha.

Monday, September 3, 2012

Tips Mengambil Hati Suami



Senang je nak ambil hati suami ni....nak tahu caranye....baca kat bawah ni:


1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.


2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.


3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh

Saturday, July 28, 2012

Rindu Lelaki Soleh....:)



Aku kagum melihat seorang Jejaka,
Tampannya sukar Diterjemah,
Bukan dari paras rupa tapi pada Akhlaknya..

Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang Pertama menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk Menunaikan seruannya….

Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya…

Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..

Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya….

Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA…

Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya.

Tuesday, July 3, 2012

Doaku...:)



Ya Allah..

Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…

Ya Rabb..

Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….

Ya Rabb…

Tuntunlah Hati hambamu ini agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku

Saturday, June 30, 2012

Isteri Cerdik Yang Solehah - Nazrey

Like sangat lagu ni...:)

Credit:Youtube

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
(isteri cerdik yang sholehah)

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
(isteri cerdik yang sholehah)
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Saturday, June 23, 2012

Madu Al-Shifa.....Sedapnyeeee :)



Madu....emmm dengar namanye je dah terasa kesedapannye...hehehe. Betul ke?? Agaknye betullah tu...bergantung pada citarasa setiap individu.


Bagi aku...sedappp...lagipun 1st time aku buat air madu ni. Itu pun atas saranan seorang teman facebook. Mula2 dulu aku ada beli madu kat supermarket tapi terbeli produk buatan China. So, aku tak lalu nak makan. Sebabnye produk China ni aku tak caya sangat. Risau tiruan katakan. Kalau boleh nak yang asli. Barulah booommm....:)


So...aku belilah madu secara online dengan Lelong Murah di facebook. Madu Al-Shira dari Iran kalau tk silap aku. Madu ni asli 100%. 


Madu Al-Shifa ini dijamin 100% asli dan telah mendapat akuan piawaian kualiti oleh Saudi Arabian Standards Organization (SASO). Madu Al Shifa tersedia dalam berbagai rasa: Acacia, Orange, Black Forest, Kapur, flora dan Nectar Golden, dan dijual dalam pelbagai saiz bungkusan.


MADU ini berasal dari daerah khomsar dan di botolkan di Khomien Iran. Khomsar adalah kawasan yang terkenal dengan madu yang bermutu tinggi di iran.

Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud:




 Antara khasiat Madu Al-Shifa ni:

    * Melancarkan peredaran perjalanan darah.
    * Menguatkan tenaga dalaman.
    * Melegakan dari keletihan.
    * Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
    * Mengurangkan kesakitan dan tekanan semasa haid.
    * Meningkatkan kepintaran, daya ingatan dan hafalan.
    * Menguatkan daya ketahanan badan.
    * Baik untuk wanita sebelum dan selepas bersalin.
  * Membantu mempercepatkan penyembuhan luka akibat pembedahan dan luka kecil  akibat kemalangan.
    * Boleh dijadikan antiseotik, anti alergik, antianemia, antifungusdan anti ulcer.
    * Melegakan sakit sendi dan kebas.
    * Melegakan batuk dan mengurangkan kahak.
    * Membantu menerangkan penglihatan.
    * Menjadikan kulit yang bersih dan putih bagi anak dalam kandungan.


So....apa lagi....jom minum air madu.....:)

Thursday, June 21, 2012

3 Jenis Jodoh



JODOH ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan…

berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah...

Jodoh dari Jin…

berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah...

Jodoh dari Allah…

cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA..

Saturday, June 16, 2012

Cek Dari Nuffnang Tersayang :)

Rasa lama pula tak terima cek dari Nuffnang. Biasalah sekarang agak jarang nak berblog. Malas hehehe. Tapi yang bestnye campaign buffered earning sentiasa ada. Syukur alhamdullilah atas rezeki yang Allah berikan. 


Apa faktor kita nk dapat buffered earning ni ye???? Pasti ramai yang nak tahu. Sebenarnya aku sendiri pun tak berapa pasti faktor apa yang menarik minat campaign buffered earning singgah di blog aku and anda.


Tapi aku rasalah maybe sebab dulu2 aku suka buat posting macam2 cerita...so bila dah lama dapat sambutan pula....hehehe agaknyelah...aku pun tak pasti. Siapa yang tahu tu bagitaulah ye.



Oklah tak perlu membebel panjang........tadddddddddddaaaaaaaaaaaaaaaaaa:






Inilah cek ke-4 rasanye...taklah banyak sangat tapi cukuplah untuk shopping2 or p makan di pizza hut....oklah tu je..the end.

Saturday, June 9, 2012

SayangKu....:)



Jangan pernah membuat orang yang kamu sayangi menangis.. Kerana akan menyakitkan apabila ada insan lain yang membantu mengusap air matanya..

Saturday, May 26, 2012

Seandainya.....


Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah.
Kudambakan keredhaanMu......Amin :)

Friday, May 18, 2012

Wanita Oh Wanita...:)


Khas buat insan bernama wanita:

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

Sunday, May 13, 2012

Sajak: Ibu Kiranya Kau Tahu



 Sempena hari ibu...aku tujukan sajak ini buat ibuku yg tersayang..:)

Ibu Kiranya Kau Tahu 

Ibu…
Akulah zigotmu…
Yang terhasil dari sperma dan tersenyawa
Akulah embriomu…
Yang menempel pada uterusmu yang suci
Akulah fotusmu…
Yang tak sabar menjengah bumi…
Dan akulah ibu…
Lambang jirim kasihmu yang abadi.

Tangisku ibu…
Kau reda dengan nasihat terpuji
Gelakku ibu…
Kau sambut denagn nilai- nilai murni

Nakalku ibu…
Kau sulam dengan akhlak muslimah sejati
Dengan hipotesis yang kau ciptakan ibu
Kau mengharapkan hidupku penuh variasi islami.

Tetapi ibu…
Dewasanya anakmu ini tanpa sezarah harga diri
Tanpa lagi atom- atom syahadah
Tanpan lagi molekul- molekul peribadi yang luhur
Tanpa lagi ion- ion keimanan.

Ibu…
Dengan alasan berdikari
Kujejakkan kaki ke bumi metropolitan
Hidupku tak ubah seperti gerakan Brown.
Bebas! Rawak! Tanpa hala tuju.

Yang ku impikan ibu…
Hanyalah sinaran pantulan- pantula neon yang bercahaya
Yang ku rindukan ibu…
Hanyalah kerlingan mata keranjang si buaya.
Aku bangga menjadi pilihan pria- pria kota
Hingga ku lupa hamparan sejadah
Hingga ku lupa pesanmu ibu.

Dahulu ibu… Mataku buta dengan lambaian masjid
Tetapi galak dengan lambaian disko
Telingaku pekak dari alunan dan laungan ayat- ayat suciNya
Tetapi peka dengan alunan muzik yang mengasyikkan

Hidungku hilang deria bau wangian Firdausi
Tetapi tajam dengan bauan alkohol yang memabukkan
Lidahku seakan kelu untuk melafazkan zikir dan munajat
Tetapi, petah mencaci dan memaki.

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Kurasakan gentar menyelubungi siangku
Rantaian dosa- dosa silam menyelimuti malamku

Aku takut ibu…
Aku takut… dengan serulis Israfil
Aku takut… dengan sentakan Izrail
Aku takut dengan cemeti munkar dan Nankir

Aku takut!!!
Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Anakmu ini tidak lekang dari tempat sujudNya
Bibirku basah dengan kalimah suci
Mataku tersasar ke arah QiblatNya
Telingaku dirakum dari umpatan cela…

Meluruhkan dedaun dosa
Digantikan bebunga pahala.
Kiranya kau tahu ibu…
Betapa anakmu ini dipalit rasa sesal
Hingga ke akhirnya…


Sumber nukilan:
Majalah Sekolah SMK Seri Perak, Teluk Intan

Friday, May 11, 2012

RAGAM BERCINTA



♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.

♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,
bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.

♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,
cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan

Thursday, May 10, 2012

♥ JARAK ITU INDAH ♥



Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah ,
Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu
Kini aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia kerna


✿ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia bjanji utk BERUBAH menjadi yg lebih baik..

✿ Dengan JARAK ini aku dan dia bjanji utk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

✿Dengan jarak ini aku dan dia bjanji utk MENCINTAI Pencipta kami lebih dr segalanya..

✿Dengan JARAK ini aku dan dia bjanji utk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

✿Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yg diredhai..


Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥
Ya Allah semoga hubungan ini berkekalan hingga ke JANNAH!

Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday, May 5, 2012

Seindah-Indah....:)


 
 
 

◕Seindah2 hati adalah bersangka baik

◕Seindah2 kesedihan adalah mengenangkan dosa

◕Seindah2 kegembiran adalah setelah solat

◕Seindah2 penghayatan adalah ayat2 al Quran

◕Seindah2 nasihat adalah hadis2 nabi SAW

◕Seindah2 tekad adalah nazar

◕Seindah2 taat adalah kepada Allah SWT

◕Seindah2 ikutan adalah kepada Rasullullah SAW.

Friday, May 4, 2012

Cinta Bukan Erti Mencintai??


Buat tatapan minda kita...:)

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
 
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
 
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
 
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
 
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

p/s: Buat suamiku tersayang, aku mencintaimu seadanye kamu...:)
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."