Boring betullah.....tengah syok2 menuju ke terminal bus bersama member...tiba2 kesesakan lalu lintas berlaku..fikir apa ke benda. Ada insiden ke.
Tengok2...polis trafik buat road block....sukahati mereka je buat..hehehe. Biasalah kan, nak dekat perayaan Hari Raya Haji katakan. Mesti ada kes saman2 ni...boring betul.
Kasihan member aku tu...kena saman sebab plat nombor berkilau sikit....alahai tu pun boleh jadi kes...sebelum ni rasa ok je...entahlah, saman bermusim katakan. Malas nak komen banyak...nanti kena saman polis trafik pula...hahaha.
Produk terhangat terhebat terhot dalam pasaran online sekarang ialah :
SOFTFEA ORANGE FIBER DIET DRINK
Betul ke produk ni dapat kuruskan badan dan perut buncit....entahlah, aku pun baru beberapa hari amalkan minum SOFTFEA ORANGE FIBER DIET DRINK ni. Kesannye taklah nampak sangat...kena ambil masa juga, sebab baru lagilah. Tapi yang paling best, minum produk ni, anda tak perlu asyik ke toilet. Itu ikut pengalaman akulah. Purata nak buat tu sekali dua je. Tapi tak tahulah orang lain. Lain badan lain kesannye...kan kan.
Apa pun aku memang teruja baca testimonial pengguna yang dah try SOFTFEA ORANGE FIBER DIET DRINK ni. Aku pun nak kempiskan perut yang makin buncit ni sebelum majlis bersejarah aku nanti. Hodohlah kalau perut buncit tapi badan kurus....oh tidaaaaaaaaaaaaak.
Hisss...hodohnye bila buncit :(
Hope misi aku kali ni berjaya hendaknye..kurangkan buncit, kalau tak makin teruk pula. Nak diet pula...penatlah. Tak larat tak dapat makan ni...hehehe. Tak pe.......tunggu tempoh 3 minggu ni pasti kempis macam pengguna ini.....terujanyeeeeeeee aku.
Hujung minggu ini aku nak habiskan masa nak cari hadiah untuk harijadi member seofis aku, yang ke berapa aku pun tak pasti sangat. Biasalah kalau bab umur ni perempuan agak rahsia sikit...hahaha.
Hadiah hadiah....apa hadiah aku nak bagi kat amoi cina tu.....emm tak pelah nanti aku p serbu Mall cari apa yang menarik di mata...yang penting ikhlas nak bagi...kan kan....oklah nak bersiap2 dulu..............byeeee.
Elo elo...ada orang ke singgah blog aku yang kesunyian ni. Agak lama juga aku tak update blog. Tak macam dulu, hari2 update...sekarang makin malas...hehehe.
Posting aku buat kali ni, just nak share2lah sikit dan heboh seluruh alam maya yang aku dapat cek ke-4 dari Nuffnang. (Kalau tak silaplah cek ke-4)
Bulan lepas aku dah dapat pun cek ni, cuma agak lambat nak heboh2 kat sini. Jumlah income dari Nuffnang kali ini agaklah sikit RM147.31 tapi syukur apa yang ada. Sekurang2nye ada duit masuk ma.
Tq ye Nuffnang kerana kau aku dapat duit online ni. Ada juga duit poket untuk aku makan sugerbun....:)
Oh ya...hujung bulan ni aku nak cashout lagi......so sebulan lepas tu barulah dapat cek ke-5....wah bestnye dapat duit dalam sebulan dua ni. Anda pula macam mana? Rajin2 bernuffnang ok...byeeeeeeeeee
Jika anda melihat seorang lelaki (terutamanya India) yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta,
-1 MaVellous-
Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.
Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).
Lelaki-lelaki ini adalah penjenayah samseng terutamanya dari bangsa India, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.
Tujuan utama taktik ini kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.
Mohon sebarkan mesej ini kepada orang yang anda sayang.
Semalam aku layan movie ni online...bolehlah tahan
Sinopsis Bini-Biniku Gangster :
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya.
Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.
Nak tengok kesudahan cerita ni..layan movie ni ye....:)
Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih
Holiday hampir seminggu memanglah syok sakan......dapat habiskan masa dengan insan tersayang. Lebih2 lagi majlis kahwin tak lama lagi. Banyak barang nak kena beli. Persiapan perlu sedia awal..risau ada yang tertinggal.
Memang banyak duit kena pakai....sekarang pokai sikit tapi mudahan rezeki masuk lagi sebab banyak lagi belum bayar penuh. Biasalah kalau nak buat kenduri kahwin ni, perlukan banyak belanja....anyway kenalah sederhana dalam segala hal..betul tak :)
Tapi yang tak bestnye ialah bila balik je dari cuti berlambak kerja kena buat. Walaupun ada rakan sekerja replace tapi banyak juga amended kena buat...aduh tension dibuatnye....aaaaaa.Apa2 pun kena buat juga....:(.
"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
-
Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan
hati. Haha.
Tengah dok scroll notification int...
Di Sekitar UiTM Seri Iskandar
-
kisah seram dalam hidup ni dia boleh datang dalam pelbagai keadaan kannn..
contohnya :
semalam kannn
gua habis melepak di mamak gua nak balik rumah kan
gua ...