Credit: Google
Bau badan yang busuk terutamanya bahagian ketiak, memang menyebabkan orang yang berada disisi anda lemas menghidu bau anda yang masam je tu. Mana tahan kalau asyik hidu bau masam memanjang. Boleh pengsan masuk wad kecemasan dibuatnya. Hehehe…melampau pula.
Sebagai contoh, kalau anda terperangkap dalam LRT yang sesak dengan pelbagai manusia yang berkejar-kejar untuk pergi dan balik kerja. Anda tahulah macam mana harumnya ketiak orang yang masam ni. Lebih-lebih lagi orang yang memang badannya cepat berpeluh. Yelah, dahlah bersesak-sesak kat dalam LRT, cuaca panas lagi. Bertambahlah masam udara yang anda hidu tu. Aduh tak dapat aku bayangkan kalau berada disisi orang yang memang ketiak busuk ni. Sanggup aku naik teksi dari menempuh bencana masam ketiak tu.
Rata-rata yang cepat berbau masam di celah-celah ketiak ni ialah orang yang berbadan besar. Memang cepat berpeluh dan keluarlah segala bau-bau yang tak enak di hidu. Udara yang segar pun boleh tercemar oleh bau ketiak yang tak menyenangkan ini.






