KFC..idamanku selalu. Yum yum...memang sedap...biasalah KFC kan makanan segera yang paling aku gemari sejak turun temurun...hehehe.
Aku berkesempatan makan di KFC Mukah, Sarawak semasa balik kampung hari tu. 2 kali aku singgah KFC Mukah. Sekali dengan ayah mak and adik. Sekali tu dengan adik serta suami and aku dengan tunangku.
Kali ke-2 nilah aku order KFC Fish Donuts....boleh tahan juga rasanya. Sedap gitu. Sampai menjilat jari...hahahaha.
KFC Fish Donuts cecah dengan mayonis...fuh meleleh air liur...hahaha. Gurau je...:) Apa pun aku memang suka makan KFC. Sebab itulah lepas balik dari kampung, badan pun naik. Yelah balik kampung bukan selalu. Dahlah tu mak masak sedap2, so makan jelah. Tapi lepas ni kenalah diet sikit.